Tuesday, August 26, 2014

Katanya, Tanda-Tanda Hamil Bayi Lelaki Part 1 *update*

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum


Nak kongsi sikit tentang tanda-tanda kehamilan yang aku lalui. Sekarang dah masuk minggu ke 25. Hari ni pun ada check up dengan nurse ;(

Hb rendah. Makanya setiap dua minggu kena check up. Tak koser betul! Daripada tagging putih terus tukar tagging hijau. Hari ni kalau check up hb rendah lagi, makna kata lepas ni kena check up dengan doktor terus. 

Tanda-tanda kehamilan ni banyak dah dekat blog-blog mommies to be. TANDA jer hokay. Tanda-tanda ni kira macam ciri-cirilah. Orang dolu-dolu mana nak ada mesin scan kan. Kadang ada mommies yang tanda-tandanya lebih ke arah bayi ni. Dah scan 3d, 4d bagai. Tapi bila dah beranak, yang keluar lain plak. Kuasa Yang Maha Esa kan ;)



TANDA-TANDA HAMIL ANAK LELAKI 1

1. Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung
ND: Sejak tahu aku pregnant pada minggu ketujuh, aku tak pernah langsung alami morning, afternoon, evening mahupun night sickness hingga ke minggu 25 nih. Alhamdulillah syukur sangat ;) Sebab kan aku ada berdoa. 'Ya Allah, jika ditakdirkan aku hamil, biarlah suami aku yang rasa alahan mengandung. Biarkan dia rasa kesusahan dan kepayahan menjadi seorang wanita.' Haaa jangan kata aku kejam hokay! 


2. Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit
ND: Hat ni tak pernah tahu pun lagi setakat ni. Bila buat check up, nurse atau doktor tak de habaq pun. Hari nih (26/8) ada check dengan nurse. Dengar degupan jantung baby. Nurse kata 142.


3. Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh
ND: Ada kot. Kalau turun naik tangga, aku mesti pegang perut. Rasa perut nih berat jer. Bangun nak berdiri pun pegang perut.


4. Perut anda kelihatan bulat sempurna
ND: Entah. Mata sendiri yang tengok, bulat jer kot. Tapi terbonjol sikit ke arah kanan.


5. Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
ND: Rahsia kerajaan!!


6. Bentuk perut condong ke arah bawah
ND: Masalah ni. Tak reti nak tengok. Tak reti nak beza. Dah hujung-hujung lima bulan gitu baru cikgu dan anak murid perasan perut. First time pregnant kan. Perut keccik. Babat tak tebal. 


7. Sukakan makanan yang masam dan masin
ND: Masa awal pregnant, suka gila makam asam. Sepeket pun boleh habis. Kalau masak, mesti nak buh garam lebih sikit. Alhamdulillah tak de plak kena darah tinggi. Risau jer suka makan masin-masin ni kena darah tinggi.


8. Suka makan daging dan keju
ND: Sungguh aku tak suka makan ayam. Adik aku beli ayam kfc, aku nengok jer. Makan tak lalu. Kalau masak sendiri pun aku tak makan. Aku suka makan daging, makan ikan. Nak nak raya hari tu mak mertua kau masak kari kerbau. Perghhh!!


9. Tapak kaki selalu berasa sejuk
ND: Awal-awal dulu rajin pakai stokin sebab nak elak simpul biawak. Lepas tuh dah malas. Sebab kerap nak pergi tandas. Asyik nak kena bukak stokin. Bukak pakai bukak pakai. Lastly dah malas dan jarang pakai. Bila dah kena simpul biawak, baru rajin nak pakai balik. Pemalas kan!!


10. Tangan selalu kekeringan
ND: Sebab sejak mengandung aku semakin rajin dan suka plak nak basuh pinggang mangkuk. Kalau dulu, siapa yang masak, siapa yang makan kena basuh sendiri. Sekarang, tak pelah pun pinggan mangkuk berlonggok. Aku sukaaaa nak basuh!! Tuh yang kering tapak tangan. 


11. Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur
ND: Posisi tidur aku ikut keselesaan. Pernah aku tidur menonggeng dan meniarap sebab perut sakit gila. Bila tidur menonggeng/meniarap baru dapat tidur dengan aman. Tapi sekarang nih dah banyak tidur arah kiri.


12. Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan
ND: Entahlah. Suami aku tuh selim melim. Ada cikgu sekolah aku kata makin kurus. Mahulah tak. Kan aku dah berdoa pada Allah supaya dia dapat alahan kan? AKu pun perasan selera makan dia ada kureng sikit.


13. Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil 
ND: Tak pernahnyalah aku rasa berseri. Nak nak aku nih ngajar PJ. Dengan perut memboyot nih pun masih lagi mengajar dekat padang. Ko hadoooo??


14. Hidung tampak lebih mekar
ND: Mekar maksudnya kembang gitu? Hakhakhak. Dah memang pesen hidung kembang. Nak buat guano??


15. Selalu sakit kepala
ND: Kerap dan selalu. Seminggu sakit, lepas tuh seminggu reda. Seminggu lagi sakit seminggu lagi reda. Setiap minggu macam tuh. Lagi plak sekarang anak murid perangai macam hape!! Lagilah bertambah-tambah sakit. Bukan pening, tapi sakit.


*Haa inilah tanda-tanda yang aku lalui. Ni yang part untuk tanda-tanda bayi lelaki. Lain masa kita kongsi tanda-tanda bayi perempuan plak. 

**Ada kata baby perempuan. Sebab aku suka bersolek. Bersolek?? Kihkihkihhh. Tak de makna. Padahal kadang jer aku pakai celak dan maskara gitu. Iaitu pada hari Ahad. Sebabnya hari Ahad jer aku berpeluang nak pakai baju kurung atau dress orang beranak. Hari Isnin sampai Khamis aku berfesyen dengan baju dan kasut sukan. Harap maklong. Ada kata aku rajin masak, baby girl nih. Padahalnya tekak aku ni ngengada. Kang kalau makan luar, beli lauk tak sedap memang aku tak makan. Jadi langkah terbaik, masak sendiri. Puas hati. Boleh buh garam lebih ;)

***Ada jugak kata baby lelaki. Sebab perut aku tomey tomey, aktif gerak sana-sini, tak de alahan. Orang kata lagi kalau baby lelaki nih maknya pemalas. Dalam aku rajin, aktif ada jugak pemalas. Pemalas lipat baju!! Kumpul dulu sampai seminggu, baru lipat. Aku basuh baju seminggu sekali. Makanya melipat pun seminggu sekali. Agak dahh pemalas kuasa 250% aku gantung jer dekat hanger. Krikrikrikk~~








Sunday, August 24, 2014

Reception of Yusuf and Noah

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Reception of Yusuf and Noah

Date: 15 December 2013
Time: 2.00 p.m.
Place: Alor Janggus, Kedah

MUA: Quraisya
Henna: Nedhenna
Outfits: minaz.com.my
OP: Kayumanis Photography
*link kemudian*


Again let's the pictures talk....












Saturday, August 23, 2014

My Little Bean. Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Syukur Ya Allah.
Rejeki yang tidak disangka.

7 minggu usia kandungan:
Pengadil bola jaring daerah P15, P18.
Sempat main roller coster dekat Legoland.
Naik superbike dari Kedah ke Johor.

2-3 bulan usia kandungan:
Train pasukan bola jaring sekolah.
Pengadil Bola jaring daerah P12.
Main bola jaring!
Senamrobik!
Macam-macam lagi!!

Sungguh, tanpa aktiviti ni semua hidup aku bosan.
Tapi aku tetap menjaga kandungan.
Orang dah biasa aktif, kalau tak buat kerja sakit badan.
Serius!! Itu yang aku rasa.
Tak boleh banyak sangat rehat.

Due date ada tiga tarikh.
5 atau 6 atau 10 Disember.
Tengoklah tarikh yang mana satu anakanda nak keluar.
Lelaki ke perempuan?
Naluri aku kata dua-dua.
Boleh gitu??
;)


 *Berita indah hari Jumaat*


*7 minggu 3 hari*

Thursday, August 21, 2014

Solemnization of Noah and Yusuf

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Solemnization of Noah and Yusuf

Date: 11 December 2013
Time: 11.00 a.m.
Place: Masjid Nurul Huda, Kampung Parit Mahang, Jeram

MUA: Kak Amy
Henna: Nedhenna
Outfits: minaz.com.my
OP: Kayumanis Photography
*link kemudian*



Let's the pictures talk........
























*non edit pictures*

Kenapa?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Tahun lepas.
Ini cerita tahun lepas.
Salah satu penyebab kenapa blog bersawang ;)

NIKAH.

Sibuk uruskan segala benda.
Sebab tu blog bersawang.
Sebabnya semua buat sendiri.

DIY.
Do it yourself kununnya.

Aku tak buat majlis dekat Johor.
Buat dekat kampung, Selangor sana.

Kerja dekat Johor, majlis dekat Selangor.
Kalau ikutkan hati memang nak buat dekat Johor.
Tapi yerlah kita nih sebatang kara.
Ada adik-adik jer.
Kenalah ikut kata mak cik pak cik.

Kelam kabut sangat.
Masa nak sibuk kawin, aku pun sibuk jugak nak sambung master.
Kelas seminggu tiga kali.
Lepas kelas balik kampung dua, tiga hari.
Settlekan apa yang patut.
Dah settle sikit, balik lagi ke Johor pergi kelas.

Balik naik kereta.
Penat kena drive sorang.
In the end, kereta tinggal dekat kampung.
Pergi kelas naik motor.
Lepas tu balik kampung naik bas.
Senang.

Cenggitulah setiap minggu.
Minggu terakhir kelas tak pergi.
Sebab tarikh nikah tu jatuh pada tarikh kelas.
Tuanglah sekali.
Bagitahu dekat kawan sekelas.

Pensyarah??
Okay jerrr.
Nak nikah pun kan.

Pada yang tanya kenapa tak update blog, itulah jawapannya.

Sekian.



Wednesday, August 20, 2014

Entri Pertama 2014

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Tahniah!
Setelah hampir setahun blog tak update.

Malas.
Itu jer jawapannya.
Mood menulis tak de.

Maka terabai dan bersawanglah blog ini.
Ada perasaan jugak nak delete.
Tapi entahlah.

Sekian.



Saturday, August 24, 2013

Cerita Sekolah Ganti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bosan! Hari nih sekolah ganti. Sebab nak raya hari tuh cuti lama sangat kan. Enambelashari hokayy! Hambek kaw. Bila kena ganti, kehadiran sangat memalukan. 

Aku memang dah lobi budak kelas aku supaya tak datang. Boleh gitew? Kenapa tak datang sekolah ganti? Cikgu Wati kata tak payah datang. Haha! Niaya sungguh~

Biasalah siapa yang jadi cikgu mesti tahu situasi hari sekolah ganti. Murid dah ciput, cikgu pun ada yang ponteng juga. Hhmmm. Apa cikgu buat, anak murid pun buat. Betul kan kan?

Kelas gabung. Kejap lagi nak masuk kelas ganti. BENDA YANG AKU PALING BENCI DEKAT SEKOLAH IALAH DAPAT RELIEF! Seriously muka aku akan berubah on the spot bila dapat relief. Kenapa? 

Dengan jadual yang padat setiap hari, ko dapat relief?! Memang baranlah masa tuh. Aku boleh bertolak ansur dalam sesetengah perkara. Kalau orang lain boleh datang kerja, kau senang-senang tuang kerja. Kadang tu bagi alasan tak munasabah~

Sebab tuh aku cuba sedaya upaya datang sekolah. Walaupun demam, sakit kepala, migrain ntah pape penyakit yang datang, gagahkan diri datang sekolah. Kenapa nyusahkan diri sendiri? Sebab aku buat kerja kerana ALLAH. Kerana anak murid yang akan aku tinggalkan tuh aklau tak datang sekolah.

Sebab aku bersangka baik. Tak pelah. Cikgu tuh tak datang. Anak sakit kot. Ada emergency kot. Fikir jerlah yang positif dalam kepala tuh. Walaupun dalam hati kau dah mencaci macam-macam ;(

Nanti aku tak datang, dorang plak kena ganti kelas aku. Sistem barter lah kan. Kira adil lah tuh. Positippppp betul aku nih!

Haaa tunggulah nanti musim PSKPP, musim lawatan sekolah, musim pengadil. Berderet relief kelas aku bakal korang dapat. HAHAA! Gelak kejam. Puas hati kot ;p

Dah mari kita masuk kelas! Hari nih aku bagi poster suruh dorang mewarna. Kan musim merdekaaaa. Hias kelas, mewarna, nyanyi lagu patriotik. Kihkih ;p




SELAMAT HARI RAYA YOU ALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!

Saturday, July 20, 2013

Resepi: Baked Cheese Macaroni

Assalamualaikum,
 
Hari ni awal sikit update blog. Ni pun update guna komputer sekolah. Hari nih sekolah ganti hokayy!! Saya tak de laptop mahupun komputer. Jadinya hak sekolah adalah kepunyaan saya juga *sambil siapkan surat-surat lawatan ;). Nampaklah sikit kan aku buat kerja.
 
 
Semalam menu berbuka puasa aku ada buat baked cheese macaroni. Update gambar dalam facebook *biasalah letteww hobi menayang makanan kan. Ada kengkawan yang minta resepi.
 
 
Ehemm. Aku bab masak nih semua main campak jer dalam kuali. Tapi dah ada request, jadi mari kita tengok macam mana kacang gorengnya nak buat baked cheese macaroni nih.
 
 
 
Bahan-bahan:
Macaroni (satu setengah cawan)
Daging/ayam kisar 100 gram (aku guna cap Ramly)
Cendawan butang (hiris nipis)
Kacang peas (hiris sukahati)
Lobak merah (potong kecil)
Cheese (aku guna cheesedale sebab itu jer yang ada dalam peti ais)
Marjerin (untuk menumis)
Bawang merah (potong dadu)
Bawang putih (potong dadu)
Serbuk perasa (serbuk lada hitam, garam)
 
 
 
Cara-cara:
1. Rebus macaroni hingga empuk. Tambah minyak dan garam sikit dalam air rebusan. Dah siap, ketepikan.
2. Masak daging dalam kuali tanpa minyak. Bagi air-air dia keluar. Hancur-hancurkan daging masa masak tu. Ketepikan.
3. Tumis bawang merah, bawang putih. Masukkan sayur (lobak merah, kacang peas, cendawan butang dan tambahlah sayur ikut korang).
4. Bila sayur dah empuk, masukkan daging tadi. Kacau bilaukan bahan yang ada dalam kuali.
5. Masukkan pula macaroni. Gaul lagi. Tambah serbuk perasa. Sebab bulan puasa, ko agak-agaklah nak bubuh serbuk perasa. Kalau tawar tak pe. Masa makan boleh letak sos cili ;)
6. Dah siap masak, ketepikan.
7. Ambil Loyang pembakar. Lengserkan sekeliling dengan marjerin.
8. Bubuh macaroni tadi suku. Taburkan cheese. Bubuh lagi macaroni. Tabur cheese. Ulanglah berapa lapis ko nak. Macaroni-cheese-macaroni-cheese-macaroni-cheese.
9. Dah siap, masukkan dalam microwave atau oven. Kalau oven panaskan suhu dalam 180 darjah gitew. Masaklah lebih kurang 20 minit atau sehingga lapisan cheese paling atas dah cair atau kekuningan. Ikut sukahati korang. Tapi jangan sampai hangit plakkk.
 
 
Okay, sekian sahaja resepi baked cheese macaroni dari Dapur Noah ;)
 
 
 
Aku guna kacang peas yang ini.
 
 

Tadaaa!! Inilah dia hasil yang sedang tunggu masa untuk dibakar. Gambar selepas bakar, mals nak ambil sebab kanak-kanak Ribena dah meroyan nak makan ;p
 
 


Thursday, July 18, 2013

Hambekkaw: Cuti Raya Enambelas Hari!!






Assalamualaikum,


HAHAA. Pagi-pagi dimulakan dengan gelak tawa kecik. Kelakau tengok komen GB. Aku rasa kalau tak cuti pun, ada dah cikgu-cikgi yang beli tiket balik kampung. Khususnya yang tinggal dekat Sabah Sarawak nun. Takkanlah kot nak beli tiket on the spot. Koman-koman pun dah booked tiket sebulan awal. Gitewww kau.


Cuti enambelas hari bermula 3 Ogos sehingga 18 Ogos! Masyukkklah cuti lama-lama. Aku rasa nanti akan ada pihak yang iri hati, komen negatif sana sini kenapa sekolah cuti lama. Tahu dah memang begitu fenomena profesion perguruan dekat Malaysia nih. Tak sama macam zaman aku dulu. Zaman sekarang mak bapak dah educated.


Cuti enambelas hari nih bukanlah untuk raya semata. Tapi bersambung terus dengan cuti pertengahan penggal kedua persekolahan. Sebab gitewlah jadi enambelas hari. Aku kan cikgu yang tak berapa menjadi sangat. Jadi perihal cuti nih memang dah set dalam kepala ;)


Cuti raya nih pun berganti. Sekolah aku ganti 24 Ogos dan 21 September. Biasalah sekolah ganti buat hari Sabtu. Kedatangan memang sangat menghampakan. Aku rasa daripada dia ganti hari Sabtu, lebih baik dia lambatkan cuti akhir tahun untuk ganti cuti raya nih. Tapi siapalah aku ini. SYMP jerrrr~


Okaylah kepada cikgu-cikgi sekalian. Manfaatkan cuti anda dengan mengisi SPPBS. Erkkk??!


Nahh amek sedas mood nak cuti raya enambelas hari!!

Wednesday, July 17, 2013

Sugar Glider: Penghuni Terkini ND Gliders Hut

Assalamualaikum,

Sekarang nih dah jarang nak update pasal sugar glider. Baik dekat belog jalanan nih mahupun mukabuku. Bila dah melayan dorang malas nak ambil gambar. Payahnya sebab nak kena jaga aurat masa ambil gambar tuh. Takkan nak tayang lengan perkasa nih kan kan??

Nahh mari kita tengok senarai sugar glider yang pernah dan masih kekal dalam ladang ND sehingga hari ini ;p

1. Juju
2. Sherley (ada in pouch 2 ekor)
3. Chad
4. Elma
5. Joanne
6. Ralphie
7. Chika
8. Tori
9. Trina
10. Soraya
11. Dior (dah jual)
12. Darrel (dah jual)
13. Pino (dah jual)
14. Etsu (dah jual)
15. Jacko (dah jual)
16. Celia (hilang)
17. Penelope (R.I.P)

Jadi sekarang nih ada 10 ekor jer. 10 ekor pun huru hara bila malam masing-masing lawan barking. Bila tak nyahut atau tengok, selagi itulah tak berhenti barking. Kadang menyampah juga dengar =_=

Buat masa nih dah tak nak breed classic grey. Fokus nak breed yang variation. Tengah tunggu hasil dari Ralphie (male WFB het 100% leucistic) dengan pasangan baru, Soraya (female WFB mosaic het 100% platinum, 25% leucistic, 25% cremeino). Chika (sebelum nih pasangan Ralphie) dah asingkan biar dia dok rehat senang lenang dengan anak dara beliau, Tori dan Trina.


Hye peeps. My name is Soraya. My nick name is Aya ;p


Soraya dalam bonding shirt. Terpenyek beliau seketika ;)


Ralphie bersama Soraya. Sila bagi joey yang comel-comel belaka okayh =_=

Dah itu aje. Nanti ada masa update lagi. Okaybyethankyou!

Monday, July 15, 2013

Blog Ter-update Juak

Assalamualaikum,

Dah beberapa bulan tak hapdate belog. Malas tambah dengan sibuk tambah dengan tab selalu jadi tempat tengok cerita upin ipin. Makanya blog pun bersawang. Berbulan giteww terbiar.

Ada juga yang tanya kenapa tak update blog pasal sugar glider. Kuikuikui. Kelakaulah ko. Aku nih newbie jer. Info tentang sugar glider aku pun ciput. Banyak lagi blog yang boleh dikunjungi dek non. Tapi terima kasihlah sebab ko cari juga ilmu sugar glider dalam blog jalanan ni =_= Terharu! Nanti ah kak update lagi info infi tentang sugar glider yer

Sekarang dah masuk bulan Ramadhan. Hmm biasa jer bagi aku. Puasa dengan adik dan berbuka dengan keponakan. Ohh yee tahun nih kali pertama Danish belajar puasa. Okaylah tuh umur baru 4 tahun setengah. Dah ramadhan ke 6 ni, baru 2 hari dia puasa penuh. Baki yang lain setakat pukul 3 petang ke atas. Need more training. Mengaji pun dia dah pandai sikit. Solat pun tengah ajar bacaan basic.

Tak de apa sangat untuk permulaan entry selepas cuti yang panjang. Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga ada kesempatan untuk melaksanakan sehingga akhirnya. Ameen. 

Thursday, February 28, 2013

Cerita di Bulan Februari

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nahh akhirnya tiba juga hari terakhir di bulan Februari. Syukur alhamdulillah diberi kesempatan dan masih lagi bernyawa sehingga entri ini ditulis ;p

Awal tahun begini memang aku jarang update entri. Sekali sekala menjengah juga ke blog dah bersawang bagai nih. Banyak cerita suka duka tapi biarlah pendam jer. Malas nak luah dalam entri. 

Bulan Februari bulan cinta? Bagi aku semua bulan pun bulan cinta. Takkanlah orang jatuh cinta pada bulan Februari jer? Nonsense! Asyik ingat cinta pada manusia. Cinta pada Tuhan yang menghidup dan mematikan korang ada ingat tak? Jadi, cinta tu tak mengenal bulan. Anak murid aku yang linus tegar tuh pun tak kenal nama bulan lagi. Stres~

Bulan Februari aku banyak kena migrain, stres. Yee aku sangat stres bila mengajar kelas nombor lima. Aduhh perit jiwa raga kepala hotak nih. Hingga kadang kala aku terfikir apalah yang dorang nih belajar masa pra-sekolah atau tadika dulu? Takkanlah cikgu dorang tak ajar macam mana nak buat itu, buat ini. Bila dah sampai tahap gini, siapa yang nak disalahkan? Ibu bapa? Guru? Sistem pendidikan di Malaysia? Stres aku weihh. Rasanya bila masuk kelas tuh aku perlu menggunakan tenaga yang berkali ganda banyaknya.

Bulan Februari dah mula dengan latihan macam-macam. Bola jaring dah mula bulan Januari. Selaku Johan daerah tahun 2012, maka aku telah menggunakan strategi lama. Buat latihan daripada awal. Sebab tahun nih semua pemain baru. Jadi, nak mengasah bakat yang ada tuh bukan senang lenggang kangkung. Baru penyingkiran pertama, dah ada tiga, empat orang yang tarik diri dengan sukarela. Hahh amekkaw! Tak tahan mental kena kutuk ;)

Latihan tarian juga dah dimulakan. Semua pertandingan nak pulun buat bulan April. Olahraga minggu depan. Kulit muka aku memang dah gelap dah. Sebab tuh aku nak kawen hujung tahun!! Sempatlah kot nak putih sikit ;o

Pengarah Turun Padang-perkara yang buat semua orang gerun. Aku malas nak fikir. Pengarah JPN ke pengarah PPD yang nak turun. GB suruh prepare buat ABM bagai. Ehh masa pengarah turun baru nak buat ABM bagai. Ahh mengarut semua tuh. Duniawi jer. Heheee. Padahal dalam hati ketar-ketar. Mujur aku ngajar Tahap 1. 

Sehingga hari ini, bilangan sugar glider aku dah berkurang dua ekor. Celia pun masih belum dijumpai. Pino dan Etsu telah selamat meninggalkan ND GLIDERS HUT. Yang tinggal sekarang Juju, Sherley, Chad, Elma, Ralphie, Chika, Dior, Darrel, dan empat (mungkin) ekor joey in pouch. Nahhh bertambah lagi. Pantang betul si Chika dengan Sherley nih. Bila sekor bunting, yang lagi sekor pun nak sibuk juga bunting +.+



*NOAH VAMPIRE. Bulan Februari ni aku sering kurang sihat. Sakit mata, demam, selsema, batuk pada satu masa yang sama!

Monday, January 28, 2013

Sugar Glider: Ralphie dan Chika Mengawan (AMARAN:18SX!!)

Assalamualaikum,


Semalam, saja nak skodeng geng-geng debab (Raff, Chika, Dior, Darrel). Sambil keluarkan aksesori yang nak dicuci. Baunya mak aihh!! Menusuk jantung, rosak deria bau aku.


Skodeng dekat tunnel Y, cuma ada Dior dan Darrel. Nahh mana plak mak pak dua ekor ni. Check dalam sleeping bowl. Nahhaiiii! Ini kerja depa dua ekor rupanya.



*Raff nyorok plak. Tahu pun malu kena tangkap basah kan!?

Kemain lagi si Raff peluk-peluk Chika. Sebab aku berasa sangat ketidakpuashatian yang melampau, maka aku skodeng dengan lebih dekat. Rupa-rupanya si Raff ni dok sakan menyondol si Chika. Iskisk. Chika plak redha. Hehh (?)


Tak lama lepas tu, jadi macam ni plak. Dah bosan gaknya nyondol dalam sleeping bowl tuh.




*Raff tutup mata maknanya stim ekh?  Chika redha jerlah~~


Bayangkan si Raff dengan ke-debab-an-nya. Agak-agak kalau si Chika tu lepaskan gayutan kaki dan tangan dia, mahu kedebuk bunyi sangkar. Aku tunggu juga kot-kot dorang jatuh. Tapi hampeh. Habis dipusingnya wheel tu. 


Sejak minggu lepas dah perasan si Raff ni asyik nak nyondol-nyondol Chika. Tengah in-heat lah tu. Dah berjaya melampiaskan nafsu yang tak berapa nak serakah tu pada Hari Thaipusam. Kalau ada rezeki in shaa Allah hari keenambelas nanti adalah rezeki nak dapat joey. Harapnya melekatlah dapat joey WF/WFB female ;p


p/s: Senior kata kalau mengawan senyap tak de bunyi in shaa Allah ada hasil. Heheee~~

Thursday, January 24, 2013

Sugar Glider: Selamat Tinggal Pino

Assalamualaikum,

Ini kali pertama aku menjual sugar glider milikku sendiri. HOMEBREED punya. Aku ternak mereka di dalam sangkar yang diletakkan di dalam rumah. 

Sedih. Sobss sobss. Pino adalah sugar glider homebreed aku yang kedua selepas Chad, iaitu abang Pino. Weihh tak pernah rasa sesedih ini. 

Pino dah berumur 6 bulan, OOP 15 Julai 2012. Aku jangka tak de orang nak beli. Sebab aku tak pernah iklankan nak jual dorang. Sayang kot! Kebetulan ada customer aku mencari sugar glider jantan yang dah matang. 

Bila bakal tuan Pino datang nak ambil, homakkau dia torkojut!! Sebab dia jangka Pino tak sebesar yang dia tengok. Hehee. Kan aku dah cakap. Aku punya homebreed. Aku jaga makan pakai dorang. Sebab tu kalau orang kata umur dia setahun lebih pun orang percaya. Bapak dia si Juju sumbing pun kecik daripada dia.

Berat Pino masa hari dia dibeli ialah 83 gram. Aku pegang pun terasa kegemukan. Dia bukan obes okay! Pino sangat baik masa bakal tuan baru dia pegang. Kasihan Chad, kehilangan kasih sayang adiknya.



Pino bersama tuan baru~ Muka sedih??



Ini Chad. Dia pun besar juga. Cuma Pino gemuks sedikit daripada beliau~


p/s-Terima kasih Jaja datang daripada Kota Tinggi meredah banjir untuk membeli Pino. Terharu noks!!

p/s/s-Chad masih available untuk dibeli. Sesiapa berminat boleh hubungi 0123063776.

Atotooo Comelnya Mereka!! (GAMBAR)

Assalamualaikum,

Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua muslimin dan muslimat.

Okay, apa yang comel sangat nih? Hehee. Sekarang mood b2b. Hari tu blogwalking, terjah sana sini, jumpa badge b2b. Macam-macam ada tapi semua tak menarik di hati. Sebab doodle guna gambar free hair ;p

Jadi, aku dengan rasa tidak malu dan bersalahnya telah meminta dia supaya buatkan doodle b2b KHAS untuk aku. HAHAAA. Yaa aku memang suka kalau benda comel-comel ni. Lagi aku suka kalau orang buatkan. Sebab tangan dan otak aku tak berapa nak kretip~~

Alaa dia bukan kerja lagi pun. Jadi tak de salah aku minta tolong (suruh atau tolong?). Nahh ketepikan semua itu. Mari kita tengok hasil yang dia buat.

Jeng..jeng..jengggggg








Suuuuwitttt! I loike it bebeh. Ada 6belas semua. Dia buat untuk setiap negeri. Yang uniknya tentang doodle b2b ini ialah warna baju yang dipakai oleh groom and bride tu mengikut warna bendera negeri masing-masing. UNIK kan kan??




INI AKU PUNYA!!

Sesiapa yang berminat nak guna doodle b2b nih gunalah. Tapi nanti jangan lupa kredit kepada blog budak tinggi hamsom ni. Aku ada juga sediakan dekat sini. Boleh jer nak ambil. Aku nak buat amal jariah ;p



p/s-Mari perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w tak kira bila dan di mana~~



Sunday, January 20, 2013

Bride To Be. Aummm!

Assalamualaikum,

Dah tengok tajuk entry? Heheee.
Majlis lambat lagi. Ramai yang bertanya bila. Jawapan aku mudah jer. 

'HUJUNG TAHUN KAK. TAPI TAHUN BILA TAK TAHU LAGI'

Kuang kuang kuang. Ai sengaja nak buat kejutan dekat you all. Janganlah tanya bila ai nak kawen. Segan ai taw ♥

Sekarang masih lagi dalam perancangan apa yang nak buat, Ohh yang pasti ai dah booked tarikh dengan designer. Wee ai kan bajet artis retissss giteww~~

Gambar ihsan pak cik Google kacakwan~



Sunday, January 13, 2013

Legoland Malaysia Lagi??

Assalamualaikum,

Sengaja tunggu tarikh hari ni nak update blog. Kebetulan 13.1.13 dan aku pun memang sukakan nombor 13 ;p

Semalam, 12.1.13 pergi Legoland Malaysian nun dekat Nusajaya tu lagi. Dah berjanji dengan Danish dan Darwish. Nanti dah sekolah baru pergi. Cuti sekolah nak pergi Legoland memang taklah kan. Manusia ramai sangat! Jadinya semalam adalah misi menunaikan janji.

Lepas waktu Zohor bertolak. Cuaca pun boleh tahan panas. Danish memang suka datang Legoland sebab dia dapat naik kereta! Darwish plak suka naik kereta api.

Aku biasa-biasa jer. Dah berusia kan. Mana nak suka sangat benda-benda macam nih. Harharhar. Bukanlah. Sebenarnya malas nak naik Project X sorang-sorang. Ada geng baru sedap sikit nak menjerit ;o


Welcome to Legoland. First time visit in year 2013.

Inilah dia kereta kegemaran Danish. Kunun nak jadi Danish Raikonen.

Si adik frust tak dapat jadi Darwish Schumaker.

Melepaskan gian sebab tak dapat jadi pelumba F1.

Nahh adalah juga sekeping gambar aku. Sobss sobss sobss!!

Adik dan Abang bergumbira. Lalalalalalalala

p/s- Aku dah perasan beberapa mainan Lego dah naik harga dekat BIG SHOP.

p/s/s- Payung Legoland aku hilang!! Menyampah gila kot. Payung tu sekarang dah harga RM35.00. Masa aku beli cuma RM29.90.

Wednesday, January 02, 2013

Sugar Glider: Elma dan Etsu, Female Classic Grey

Assalamualaikum,

Cerita tentang sugar glider lagi. Ahh korang mesti rasa bosan kan. Balik-balik cerita pasal binatang ni. Dah memang binatang ini jer yang aku bela kan.Ada lagi satu aku bela, dubia balaptica. Tak tahu apa benda? Alang-alang korang dah online tu, gunalah khidmat pak cik google yang handsome sedunia tu ;)

Okay ladies and gentlemen, entri kali ni berkisar tentang joeys terbaru Juju dan Sherley. Good news sedunia, joeys tersebut adalah betina. Pada permulaannya, bersaksikan Eno, aku tengok jantan. Sekali bila dah seminggu lebih OOP (out of pouch) rupa-rupanya betina. Harharhar. 

Name: Elma (amiable), Etsu (delight)
OOP: 6 December 2012
Father: Juju (sumbing classic grey)
Mother: Sherley (classic grey)
Brothers: Chad & Pino (OOP on 15 July 2012)


*Elma means amiable

*From left is Elma and right is Etsu

*Elma and Etsu

*Etsu is from Japan's name means delight.

*Etsu