Showing posts with label #resepi sedap melantak. Show all posts
Showing posts with label #resepi sedap melantak. Show all posts

Saturday, July 20, 2013

Resepi: Baked Cheese Macaroni

Assalamualaikum,
 
Hari ni awal sikit update blog. Ni pun update guna komputer sekolah. Hari nih sekolah ganti hokayy!! Saya tak de laptop mahupun komputer. Jadinya hak sekolah adalah kepunyaan saya juga *sambil siapkan surat-surat lawatan ;). Nampaklah sikit kan aku buat kerja.
 
 
Semalam menu berbuka puasa aku ada buat baked cheese macaroni. Update gambar dalam facebook *biasalah letteww hobi menayang makanan kan. Ada kengkawan yang minta resepi.
 
 
Ehemm. Aku bab masak nih semua main campak jer dalam kuali. Tapi dah ada request, jadi mari kita tengok macam mana kacang gorengnya nak buat baked cheese macaroni nih.
 
 
 
Bahan-bahan:
Macaroni (satu setengah cawan)
Daging/ayam kisar 100 gram (aku guna cap Ramly)
Cendawan butang (hiris nipis)
Kacang peas (hiris sukahati)
Lobak merah (potong kecil)
Cheese (aku guna cheesedale sebab itu jer yang ada dalam peti ais)
Marjerin (untuk menumis)
Bawang merah (potong dadu)
Bawang putih (potong dadu)
Serbuk perasa (serbuk lada hitam, garam)
 
 
 
Cara-cara:
1. Rebus macaroni hingga empuk. Tambah minyak dan garam sikit dalam air rebusan. Dah siap, ketepikan.
2. Masak daging dalam kuali tanpa minyak. Bagi air-air dia keluar. Hancur-hancurkan daging masa masak tu. Ketepikan.
3. Tumis bawang merah, bawang putih. Masukkan sayur (lobak merah, kacang peas, cendawan butang dan tambahlah sayur ikut korang).
4. Bila sayur dah empuk, masukkan daging tadi. Kacau bilaukan bahan yang ada dalam kuali.
5. Masukkan pula macaroni. Gaul lagi. Tambah serbuk perasa. Sebab bulan puasa, ko agak-agaklah nak bubuh serbuk perasa. Kalau tawar tak pe. Masa makan boleh letak sos cili ;)
6. Dah siap masak, ketepikan.
7. Ambil Loyang pembakar. Lengserkan sekeliling dengan marjerin.
8. Bubuh macaroni tadi suku. Taburkan cheese. Bubuh lagi macaroni. Tabur cheese. Ulanglah berapa lapis ko nak. Macaroni-cheese-macaroni-cheese-macaroni-cheese.
9. Dah siap, masukkan dalam microwave atau oven. Kalau oven panaskan suhu dalam 180 darjah gitew. Masaklah lebih kurang 20 minit atau sehingga lapisan cheese paling atas dah cair atau kekuningan. Ikut sukahati korang. Tapi jangan sampai hangit plakkk.
 
 
Okay, sekian sahaja resepi baked cheese macaroni dari Dapur Noah ;)
 
 
 
Aku guna kacang peas yang ini.
 
 

Tadaaa!! Inilah dia hasil yang sedang tunggu masa untuk dibakar. Gambar selepas bakar, mals nak ambil sebab kanak-kanak Ribena dah meroyan nak makan ;p
 
 


Friday, November 11, 2011

Ulat Dalam Kiub Pati Tomyam Mag*i

Salam.

Kembali sudah aku ke arena blogging nih. Sebenarnya curi masa sikit. Kertas peperiksaan budak tengah menunggu giliran. Haihhh. Macam-macam der. SAPR, SAPS, SPSK, SYMP. Hahaaa pening kepala eden oii.


Okay hari nih teringin sangat nak makan tom yam ayam. Nyummm terliur beb. Itu belum lagi kalau makan. Aishhh meleleh sekali lagi :p


Tadi dah pung pang pung pang bagai sediakan bahan-bahan yang perlu. Tiba masa nak masukkan kiub pati tom yam mag*i dalam periuk arcopal arwah abah. Alah kiub yang bentuk empat segi tuh. Taw kan kan? Okay aku memang teliti bab makan. Aku belek-belek dulu kiub tuh.


Sekali tanpa disangka-sangka ada plak SEEKOR ULAT meliuk lentok dekat dalam kiub tuh. Kira macam dia nak keluarkan diri daripada kiub tuhlah. Ohhh whatthefish kan!! Okay fine aku buang ambil kiub lain.


Kali nih aku penyekkan kiub tuh. Nak tengok ada ke tak ulat. Nahh sekali sah memang ada ulat juga dalam kiub tuh. Derr, habislah hancur resepi tom yam aku! Aku beli kiub nih semalam. Dalam packing tuh ada enam kiub free dua kiub. KESEMUA KIUB tuh ada ulat!!


Heii hilang dah selera aku. Nak tak nak kena pergi kedai cari rencah lain. Bila dekat kedai aku ternampak lagi kiub tomyam cap Mag*i tuh terus aku teringat pada ulat-ulat yang aku jumpa. Hahhh trauma beb! 


Dan akhirnya lauk tom yam yang aku masak hari nih menggunakan perencah tom yam cap Ada^i. Tuh pun aku usha-usha dulu kotlah kan ada plak si ulat-ulat menggelitik tuh. Tapi syukur aku dapat makan si tom yam dengan lazatnya. Yang pasti lepas nih aku TAK KAN lagi guna KIUB PATI TOM YAM cap MAG*I. 



Sekian.






p/s: Kalau makan dekat luar pun aku tak kan order tom yam ;p

Tuesday, September 06, 2011

Sugar Glider: Smoothies Jambu Madu

Malam nih Juju dengan Chika dapat makanan special. Ehee hari-hari pun special juga. Cuma malam nih rajin lebih banyak daripada biasa. Smoothies Jambu Madu. Nyumm nyumm. Kita kena variety makanan untuk suggies kan?

Resepi yang mudah, cepat dan senang. Bahan-bahan cuma jambu batu, madu, sedikit air. Opps jangan lupa blender yerp. Kalau tak de blender korang pergi pinjam dekat rumah Mak Cik Joyah nun sana ;p

Cara-cara membuat:
1. Potong buah jambu kecil-kecil. Tak nak buang kulit pun tak pe. Ikut selera.
2. Masuk dalam blender. Letak madu dan air sedikit. Jangan banyak-banyak nanti cair tak jadi smoothies plak.
3. Blend sampai hancur lebur.
4. Dah siap bubuhlah dalam bekas. Letak dalam ice cube lagi senang.
5. Bila nak bagi dekat suggies, defrost dulu ekh.
6. Selamat mencuba!!

Agak-agak kalau si suggies tak nak minum, si tuan suggies boleh layan minum juga. Nak tambah HPW ke pun boleh. Tapi selepas blend lah ekh. Kang kalau campur awal-awal, suggies tak nak minum tuan suggies nak minum ke?? Ngaaa~




*Smoothies di dalam bekas yang comel. Senang nak sukat banyak mana dorang minum.

Tuesday, August 30, 2011

Hari Ini Hari Raya

Salam Lebaran sayang..

Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan menyambut lebaran. Macam biasa pagi raya. Sediakan apa yang patut, mandi sunat, mandikan budak dua orang tuh, makan ketupat, rendang, lemang, kuih raya, tunggu orang datang.

Angah kerja hari nih. So akulah yang menjaga rumah. InsyaAllah petang nanti kalau tak de aral melintang baru aku berjalan ke rumah jiran tetangga.

Daripada pagi tadi aku tunggu orang datang. Nahhh seorang punya kelibat pon tak de yang datang. Yang ada tadi cuma Umi datang hantar makanan. Umi memang suka hantar makanan dekat aku. Kawan emak semenjak aku kecil sampailah sekarang. Hampir 22 tahun berjiran.

Entah kenapa raya nih aku rasa semakin sunyi. Selalunya raya pertama nih budak-budak dari mana-mana jerk akan datang. Tapi hari nih sunyi sangat. Bunyi kenderaan pon tak berapa nak bunyi. Ramai yang dah balik kampung agaknya. Aku jerk lagi yang belum balik kampung. Tunggulah esok!!

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Halalkan segala makan, minum, perbuatan, bahasa dan sebagainya. Buat salah lagi nanti minta maaf lagi. Macam itukah erti raya??

Tuesday, August 23, 2011

Countdown Raya: 7 Hari Sebelum Raya

Salam dan selamat sejahtera semuanya ;p

Hari nih kek lapis Sarawak yang aku tempah sudah dapat. Ahh ini gamaknya sebelum raya menjelma kek lapis, kuih-muih aku memang licinlah! Dahlah aku nih sangat HEBAT kununnya nak buat kuih-muih tuh. Yerlah hebat MEMBELI!!

Tadi dah tercium-cium bau kek lapis tuh. Aduh sedapnya bau hingga menusuk ke kalbu. Tapi tak delah sampai niat nak buka puasa kan ;p InsyaALLAH kalau tiada aral melintang puasa tahun nih penuh lagi seperti sebelum-sebelum ini. Aminn

Aku cuma beli tiga jenis jerk kek lapis Sarawak tuh. Masam manis, Milo dengan Coklat cheese. Ohh confirm buka puasa karang aku sebat sedikit tiga-tiga jenis kek lapis tuh!! Mumumuuu


*Ohhh sangat berwarna-warni!! Rambang mata jap~

Tuesday, August 02, 2011

Dalam Kepala Lain Dibuatnya Lain

Itulah aku kalau nak tahu. Tadi masa layan budak dua orang tuh main, macam-macam dalam kepala aku ligat buat plan nak masak sekian dan sekian. Tapi bila dah masuk dapur, kelentung kelentang lain plak yang dimasaknya.

Begini, niat asalnya aku nak masak sambal sotong, ayam goreng cili padi dengan kacang botol tumis. Alih-alih aku TERmasak plak si macaroni with spagethi sauce. Perghh mula-mula selera kampung dah bertukar selera western plak!!

Kenapakah? Kerananya aku lambat keluarkan si encik sotong dan puan ayam. Makanya dorang tuh membeku lagi. Si encik daging tuh aku boleh plak keluarkan awal-awal padahal tak plan pon nak masak dia. Itu yang membuatkan aku tukar resepi!

Lagipon masak si western nih sekejap jerk. Plus rice cooker tuh dah bengong-bengong alam tuh yang aku malas nak tanak nasi atas dapur. Kang jadi nasi bau hangit plak.

Tuesday, January 11, 2011

RESEPI:kuih keria keledek comel-comel


Salam buat semua..

Hari nih aku nak kongsi satu resepi yang aku suka makan tapi malas gila babas nak buat. Teehee. Bagi aku benda nih agak senang nak buat cuma part yang campur dengan tepung tuh leceh sikit. Melekat-melekat dengan tangan eewwww~okay murid semua. Sediakan pensil dan kertas untuk salin resepi cikgu kali nih. Ohh lupa plak. Hari nih cikgu nak ajar buat kuih keria keledek comel-comel ;p

************************************************************************************************

Bahan pembuatan:-
1)Keledek
2)Tepung gandum
3)Minyak
4)Gula
5)Garam
6)Air


***************************************************************************************************

Cara penghasilan kuih keria:-


1)Rebus keledek sehingga empuk. Campurkan sedikit garam dalam air rebusan. Bila dan empuk dan sejuk, lenyek-lenyekkan sehingga hancur.


 

2)Campurkan dengan tepung gandum. Kalau banyak tepung nanti keras dan kalau tepung sikit nanti lembik plak. Sendiri mahu ingat okay sebab aku punya resepi ikut sesedap tangan menguli ;p



3)Ulilah adunan tepung dan keledek tadi sehingga sebati. Kalau ada keledek yangtak hancur tuh silalah buang dalam tong sampah.




4)Bila dah siap uli, rekalah bentuk apa pun yang korang nak. Kalau aku senang buat bentuk bulat macam cincin tuh. Kalau korang superb punya malas, buat jek bulat-bulat macam bola ;)




5)Bila dah siap mereka cipta bentuk, panaskan kuali dan goreng kuih sehingga kekuning-kuningan. Jangan plak sampai kehitam legaman ekh~ 

***********************************************************************************************

Cara penghasilan gula sira:-
1)Panaskan kuali denagn api sederhana.
2)Letak gula berdasarkan bilangan kuih tuh. Kalau 10 biji mungkin 2-3 sudu dah memadai.
3)Letak sedikti air dan  biarkan sehingga cair. Kacau selalu. *Jangan sampai jadi gula karamel ekh*
4)Agak-agak gula tuh dah pekat dan putus-putus macam air hujan, perlahan api dan masukkan kuih keria tuh dalam kuali.
6)Kacau sampailah korang tengok benda ajaib akan berlaku. Sumpah aku tak tipu!!
7)Bila dah siap jangan lupa padamkan api dan apa lagi. Pergilah hidang dan makan bersama air teh 'o' panas!!!! Nyumm nyumm


Yang ini dah siap disira dengan gula. Tak sempat nak ambil gambar masa proses dijalankan~

 

Tadaaa!! COmel jerk kuih keria yang aku buat nih. Sekali masuk dalam mulut macam tak makan apa-apa. Maknanya kalau aku jerk yang makan 10 biji pon habis ;p

p/s:Silalah mencuba resepi yang cincai boncai daripada aku nih..

p/s/s:Kalau tak de keledek, boleh juga ganti dengan kentang. Tapi warna dia pucat sikitlah daripada keledek~

Wednesday, December 22, 2010

RESEPI:kerabu delima epal


Salam buat semua..


*Uuuu.. terliur tak tengok makanan nih?? Decoration jerk dah superb, apatah lagi rasanya.. nyumm2*


Hari nih I nak kongsi satu resepi yang I buat sendiri. kunun-kunun macam I yang reka cipta resepi nihlah. bagus sungguh I. dahlah bakal cikgu yang dedikasi, pandai masak plak tuh. uishh. memang untung mak mertua yang dapat I kan (O_o). okay resepi nih I buat masa join pertandingan memasak dekat IPG tempat I belajar.

BAHAN-BAHAN:

*timun
*lobak merah
*bawang merah
*bawang putih
*daun limau purut
*cili padi
**ikan bilis goreng
**kacang tanah goreng
-garam dan gula
-perahan air limau nipis
-sedikit minyak
-buah delima
-buah epal hijau (kupas, potong ikut suka hati kemudian rendam dalam air garam)

Perhatian:
bertanda * bahan-bahan perlu dihirs
bertanda ** bahan-bahan perlu ditumbuk
kenapa rendam epal dalam air garam??SEBAB tak mahu epal tuh lebam masa nak hidang~



CARA PEMBUATAN:

1.Campur semua bahan yang telah dihiris di dalam bekas dan gaul rata.
2.Masukkan ikan bilis, kacang goreng, perahan limau nipis, garam dan gula mengikut kesesuaian. Kacau rata bahan tersebut.
3.Kemudian masukkan epal dan buah delima.
4.Letak sedikit minyak untuk membuatkan kerabu tadi kelihatan berkilat.
5.Siap untuk dihidang dan masuk ke dalam perut!!



Terima kasih kerana membaca (O_o)



bila ND memekak lagi:
saya suka masak macam-macam~~

Thursday, September 23, 2010

RESEPI:Air Kacang Soya

anak murid semua bangun..
salam dan selamat sejahtera..


hari nih cikgu ND nak ajar murid-murid sekalian macam mana nak buat air kacang soya. resepi nih cikgu ND dapat daripada Chef Rai. meh kita tengok apa dia bahan-bahan yang kena gunakan untuk buat air kacang soya nih..



bahan-bahan:-
kacang soya
daun pandan
gula
air




cara-cara membuatnya:-




rendam kacang soya selama 4 jam. Chef Rai cakap kalau lebih masa nanti masam plak.






kacang soya yang telah mengalami perkembangan selepas 4 jam. comey-comey~






kemudian, blender kacang soya tadi. lepas tuh perah guna penapis kain yang selalu mamak bancuh teh. kalau tak de cari napkin BERSIH untuk tapis kacang soya. jangan plak murid-murid guna stokin yerk kalau tak de napkin. (tergelak masa baca celoteh Chef Rai pasal nih)






masak atas api yang sederhana. bubuh daun pandan dan gula ikut rasa. masak lebih kurang 30 minit atau sehingga ada perubahan bau kacang soya. pandai-pandailah korang rasa. jangan lupa air kacang soya nih kena kacau selalu dan jangan guna api besar.






tadaaaa.. dah siap pon kan air kacang soya. boleh dihidangkan panas atau sejuk. kalau nak kalerful murid-murid boleh letak sirap ke, perasa pandan ke perasa tebu ke. sedapkah rasa air kacang soya pastuh tambah perasa tebu??yerkksss....


thanks yerk Rai sebab banyak sangat resepi yang best dan marveles yang Rai buat. selalu gigit jari jerk tengok gambar yang mengiurkan tuh~



nOta kHaki:uhuuu..resepi nih buat masa cuti hari tuh..dah balik asrama memang beli jerklah air soya kat pasar.. ;(

Saturday, September 04, 2010

RESEPI:begedil nestum ayam makaroni nyumm nyumm

salam dan selamat sejahtera you all....



hari nih ND nak kongsi satu resepi yang ND buat tadi..eheee..nih resepi yang terngiang-ngiang dekat dalam kepala..jom kita tengok apa dia resepi yang ND nak kongsi tuh..






~BEGEDIL NESTUM AYAM MAKARONI~


bahan-bahan:
kentang
isi ayam
makaroni
carrot
nestum
telus
garam
minyak



cara-cara:
1.rebus kentang sampai empuk(letak garam sikit). kemudian lenyek dan ketepikan.
2.ambil isi ayam yang telah direbus dan siat-siatkan menjadi kecil.
3.carrot dipotong dadu dan celurkan dalam air panas.
4.rendam makaroni dalam air. bila dah lembut rebus dalam air panas sampai empuk. jangan biar sampai lembik ekh.
5. campurkan semua bahan 1-4 dalam mangkuk dan kacau guna tangan.
6.bila dah kacau rata, apa lagi mulalah menggentel mengikut kreativiti anda..
7.bila dah siap, golek dalam telur dan salutkan dengan nestum.
8.sedia untuk digoreng!!




nih masa proses mencampurkan segala bahan-bahan buangan tadi..hik3





selepas selesai menggentel..ND punya begedil nih bulat2 sebab senang nak makan..keh3..comel apa bila dia punya bentuk chubby kan..terliur tadi petang nak siapkan..





yang nih selepas dibalutkan dengan nestum..aihh..tahan air liur jerk masa nih..si danish dah ngap 2 biji walaupun belum digoreng lagi..budak budak..





tadaaaa..nihlah dia begedil ND selepas digoreng..baunya sangat wangiiiii..


nOta kHaki:kalau dekat rumah ND suka masak yang pelik-pelik..bereksperimen dengan resepi..