Showing posts with label #MSSD Kulaijaya. Show all posts
Showing posts with label #MSSD Kulaijaya. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Habuan JOHAN Karnival Bola Jaring P12 MSSD Kulaijaya 2012 #part 2

Assalamualaikum dan salam semuanya.
Masih bernafas? Syukur alhamdulillah. Nikmat yang diberikan kita tak tahu bila nak diambil semula kan kan??

Okay cerita berpatah kembali tentang bola jaring p12. Dah lah dapat JOHAN, perghh bagai ditatang minyak yang penuh!! Kembang kempis jer hidung nih bila orang tanya menang ke kalah. Ada ke patut tanya menang ke kalah?? Aku tak suka jenis soalan macam tuh. Tak menghargai langsung usaha aku, Jaja dan Dayah (A) nak tingkatkan mutu pencapaian kokurikulum SKPU. Hampehhhh. Macam tak layak plak kita orang nih dapat JOHAN kan kan.

Ramai yang terkejut beruk buat muka konon suci mata terbuka besar mulut ternganga bila kita orang cakap JOHAN. JOHAN okay!! Bukanlah JOHAN AS'ARI atau JOHAN RL tuh. Apatah lagi JOHAN NAWAWI suami kepada penyanyi NORA tuh. Semua tiada kaitan langsung! None!!

Sedih sangat sepanjang kita orang berjuang di padang yang dah macam dicurah dengan air teh tak de ais jer. Dah macam kerbau lembu bergolek dalam lumpur!! Aku taklah bergelumang dalam lumpur sebab aku juruletih hottt kan *nak makan penyepak*. Budak-budak jer dah macam gajah tak jumpa becak ;p

Sampai pusingan akhir kita orang nih menunggu kelibat orang-orang besar SKPU. Tapi sayu jer. Memang aku kecil hati pun. SANGAT! Aku tahu dorang nih tak harap pun team aku akan menang sebagai JOHAN. Aku kan cikgu baharu mana layak nak bagi budak menang. Yang datang masa tuh Cikgu Mazlan (SU SUKAN) dan Cikgu Adib. Kebetulan dorang sampai masa peringkat akhir-lawan dengan SK TAMAN KOTA KULAI 2. Memang kaw-kaw sokongan padu tuh! 

Yang ambil berat pasal bola jaring si Cikgu G-la. Dia sibuk dengan latihan pusat olahraga pun sempat telefon tanya apa perkembangan. Cuma tak de rezeki dia nak tengok sebab dia datang masa penyampaian hadiah.  

Dan sebagai ubat penyembuh kedukaan aku tuh, GPK KOKO telah memberikan saguhati kemenangan berupa RM150.00 kepada aku. Bukanlah untuk aku pun. Untuk budak-budak juga. Hahaa yang paling best dia bagi depan cikgu lain! Sentap noks. Pandang-pandang jeling-jeling jer yang korang mampu kan kan *senyum leret*

Johan karnival bola jaring daerahh Kulaijaya-kemenangan SKPU yang terbesar kot!! Barulah sekolah-sekolah otai lain nampak sekolah aku nih. Biarlah sekolah baru dua tahun berdiri nak berangan jadi juara pun. Aku tahu ada desas-desus banyak pasal SKPU nih. Ada dah segelintir sekolah yang cuak dengan kehebatan sekolah aku. Sekolah aku taw bukan sekolah orang lain!! Hahaa *mampus aku kalau GB tahu*


*cukup nak makan pizza hut 15 orang?

RM150 maknanya seorang dapat RM10. Cukuplah tuh kan. Budak-budak tak payah bagi banyak sangat duit. Kihkihkih. Perancangan aku nak bawa dorang pergi makan dekat Pizza Hut IOI Mall. Cukup ke tak cukup duit tuh lain kira. Aku ada lagi dua orang juruletih boleh support.  Kan Jaja kan. Kan Dayah (A) kan. Tak pe yang penting niat aku ikhlas. Bagi jerlah dorang makan sebanyak mana dorang nak. Tahun depan dah masuk sekolah menengah. 

p/s: Pemilihan pemain daerah Kulaijaya 18 dan 19 April. Seperti yang diberitahu ramai budak dari team aku terpilih. Jangkaan aku cuma empat orang sahaja. Lebih dari satu kira banyaklah kan kan.

Saturday, April 07, 2012

JOHAN Karnival Bola Jaring P12 MSSD Kulaijaya 2012 #part 1 (UPDATE)

Assalamualaikum.

Maaflah yerk sekarang aku dilanda kesibukan melampau. Tak sempat nak update blog. Alaaa blog picitan jer. Orang tak hairan pun kalau tak update. Kan kan??

Tak nak cerita panjang. 3 April 2012, pasuka bola jaring Sekolah Kebangsaan Putra Utama telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam karnival bola jaring perempuan bawah 12 tahun peringkat MSSD Kulaijaya.

Perghhh hebat kau jahhh!! Okay aku memang tak sangka pun team aku akan menang sejauh ini. Tahun lepas, peringkat kumpulan pun tak lepas. Tahun nih aku ubah strategi. Bulan Februari dah mula latihan. Sampaikan GPK KOKO cakap kenapa nak training awal-awal? PERLU KE TANYA SOALAN MACAM TUH????

Alhamdulillah team aku menang besar. Cuma sekali kekalahan di peringkat kumpulan kerana rehat yang panjang akibat hujan yang tak nak berhenti. Perlawanan selepas itu syukur dipermudahkan olehNya. Aminnn

Nanti aku cerita pada entry akan datang. Ini cuma hebahan di blog. Dekat facebook memang aku dah heboh bagai ;p

Carta kemenangan netballers SK PUTRA UTAMA

Pusingan 1:-
SK Putra Utama(15) VS SK Bukit Batu(2) 
SK Putra Utama(9) VS SK Bukit Ramun(4)
SK Putra Utama(4) VS SK Sinar Bahagia(5)

Pusingan 2:
SK Putra Utama (9) VS SK Murni Jaya (1)

Suku Akhir:-
SK Puta Utama (10) VS SKBandar Tenggara 1 (4)

Separuh Akhir:-
SK Putra Utama (8) VS SK Kulai Kampung Melayu (5)

Akhir:-
SK Putra Utama (8) VS SK Taman Kota Kulai 2 (4)



Netballers SKPU 2012 *ohhh cantik baju nokss!!




Nampak tak palitan becak tuh? Itu bermakna bermain dengan sesungguhnya!!

p/s: Tiba-tiba aku jadi glamour di kalangan jurulatih. Ohh saya cuma jurulatih picitannnn~

p/s/s: Sebelum pertandingan dah bermacam cerita ada. Sampaikan kisah perlawanan persahabatan dengan SK Bandar Putra pun sekolah di pedalaman tahu. Ohhh hebat nih! Gara-gara gol kemenangan 40 *sigh

p/s/s/s: Insya Allah empat orang netballers SKPU terpilih untuk peringkat negeri mewakili daerah Kulaijaya di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi.

p/s/s/s/s: GPK KOKO tak bagi aku pegang benda lain. Nampak gaya aku kena tolak pergi kursus SPBT. Alasan dia aku jurulatih team daerah Kulaijaya untuk peringkat negeri. Ehh aku tak hebattttlah~