Showing posts with label #R.I.P Penelope Cruz. Show all posts
Showing posts with label #R.I.P Penelope Cruz. Show all posts

Sunday, January 08, 2012

Custom Cruise Wheel *Si Pinkish Yang Menggoda!

Salam hujung minggu you all!!

Lupa hari tuh nak cerita. Wheel baru untuk anak-anak berbulu nih dah sampai. Banyak kerja sampai lupa terus dekat wheel tuh. Merajuk si pinkish dah.

Nama wheel ini ialah cruise wheel. Datangnya daripada USA. Jauhhh betul nak sampai. Harga dia rm303. Ini masa dia buat offer sempena krismas. Sekarang kalau tak silap rm323/rm343 macam tuhlah. Ehhh boleh dapat seekor sugar glider homebreed nih ;)

Aku ada jerk wodent wheel tuh. Tapi kalau untuk keselamatan sugar glider cruise wheel/stealth wheel adalah yang terbaik. Yang sekarang nih raptor wheel. Yang membezakan wheel-wheel nih semua ialah CC (custom cruise wheel) dia ada bouncing. Itu yang harga dia mahal. Sebenarnya harga wheel cuma 39usd *offer* dan 45usd kot kalau tak offer. Shipping costnya tuh yang mahal daripada harga wheel. Tak silap shipping cost si pinkish nih 58usd. Mahl kan kan??

Chika dengan Ralphie dah rasmikan. Kasihannya si Juju dan Penelope belum main lagi. Lagi kasihan si Penelope dah meninggal dunia. Uhuuuuu. Sekarang aku tak guna wodent wheel dah sejak kes Penelope mati tersangkut dekat wheel. Aku bagi dorang bertiga tuh main cruise wheel jerk dalam kelambu sebab cage 3 feet tak muat nak bubuh cruise wheel nih. Itu tanda aku kena DIY cage yang besar!! Yer anak-anak mommy faham :(










p/s: Tahniah yerk cik Neon masuk paper berita harian nih pasal sugar glider ;) Glamor mak timah noks.

p/s/s: Nak beli raptor wheel plak!! Hahaaaaa

Friday, January 06, 2012

Rest In Peace Penelope Cruz....

Salam Jumaat pertama 2012..

Penelope mati semalam. Hurmm. Mati tersangkut dekat wheel. 

Sebelum pergi sekolah elok jerk dia main wheel dengan Juju. Laju plak tuh!! Tak sangka itu kali terakhir aku tengok Penelope main wheel. Malam sebelumnya dia asyik tengok muka aku jerk. Aku panggil pun dia tengok jerk. Selalunya mesti dia terkinja-kinja kalau aku panggil. 

Patutlah semalam aku rasa macam lambat jerk nak balik rumah. Nak tunggu jam pukul 1.20 tuh lambat gila. Bila aku sampai rumah adik aku cakap Penelope dah keras tergantung dekat wheel. Seriously aku memang tak percaya!!

Bila aku naik bilik tengok dengan mata aku sendiri memang aku terkedu! Tapi masa tuh adik aku dah letak dekat hammock. Mata dia terbuka. Dekat kepala dia ada kesan macam kena himpit dengan besi wheel. Wheel tuh aku gantung dan macam-macam kemungkinan yang ada dalam kepala. Lost.

Perit sakit. Aku bela dia hampir tiga bulan. Bulan nih umur dia dah setahun. Juju paling terasa kehilangan Penelope. Bila dia bangun tidur memang Juju mencari-carisi Penelope. Barking tak henti-henti. Makan pun sikit jerk. Haihhhlah. Kena bagi balik si Chika dekat Juju. Juju tuh mentel sikit tak boleh hidup sorang. Kang ada plak yang termenung ingat bini mati. Hhmmm.








p/s: Mommy doakan Penelope aman di sana. Mommy sayang Penelope ketat-ketat ;(