Showing posts with label #gutload. Show all posts
Showing posts with label #gutload. Show all posts

Thursday, February 02, 2012

Medical Check Up For My Suggies

Salam you all.

Semalam petang aku bawa Juju, Chika dan juga Ralphie pergi buat medical check up. Aku risau dekat Juju dan Chika tuh sebab tumbesaran dia macam terbantut jer. Padahal makan minum semua sampai tak cukup. Tuh pun dah tak letak wodent wheel nak bagi dorang berisi sikit. Tapi nan-hadooo jer. 

Jadi tanpa membuang masa aku bawalah dorang bertiga jumpa veterinar dekat Koh Animal Clinic and Surgery. Klinik tuh terletak di no. 62, Jalan Kemunting, Taman Kebuh Teh, Johor Bahru. Ambil ko siap dengan alamat. 

Heiii penat aku cari klinik tuh tahu? Dia punya papan tanda tuh jangankan orang celik, orang yang buta pun tak nampak! Ehh dah buta memanglah mata tak boleh nampak kan? 

Masa sampai tuh tak banyaklah patient yang ada. Ada seekor kucing, dua ekor anjing. Mula-mula vet tuh check Raff. Check jantung, mata, telinga, ekor, spesimen najis, mulut. Alhamdulillah semuanya okay dan vet tuh terkejut bila aku cakap Raff berumur tiga bulan. Debab dan besar! USA punya mari beb. Juju Chika pun kalah :p Ohh vet tuh puji Raff comel dan cantik. Bangga omak nih Raff~~

Then, check Juju dan Chika plak. Vet tanya umur dorang. Aku cakap Juju 11 bulan dan Chika 9 bulan. Muka dia pun terkejut sikit sebab badan dia kecil. Dah check semua,vet cakap okay tak de masalah. Vet bagi multivitamin untuk Juju dan Chika. Kena bagi makan madu dengan mealworms. Alaa aku malasgila nak bagi mealworms. Malas nak gutload mealworms sebab semut mesti lancarkan perang dunia kesepulohh!!

Kos medical check up untuk ketiga-tiga ekor sugar glider ini adalah sebanyak RM75.00 sahaja. Okaylah tuh seekor makan belanja RM25.00 plus dapat multivitamin lagi. Lepas nih aku harap tumbesaran Juju dan Chika akan kembali normal. Uhuuu sayang anak mommy!! Muahh muahhh







Friday, December 09, 2011

Sugar Glider dan Mealworms

Salam.

Beberapa hari lepas aku beli mealworms a.k.a ulat roti? Nak buat apa? Haaa nak bagi dekat budak empat ekor nihlah-Juju Chika Penelope Gegurl. Kesian plak dorang makan buah, sayur, hpw, slurp, ayam jerk. Sekali sekala bagilah plak makan benda hidup. Nak bagi cengkerik susah plak binatang tuh suka lompat-lompat. Tuh belum lagi kalau bau pee yang sangat harum kalau makan cengkerik. Pengsan mak jemah noks :p

Tapi sebelum nak bagi dorang makan fresh from farm, aku 'gutload' kan dulu si mealworms nih. Apa benda 'gutload' tuh kan? Aku pun baru jerk dengar sejak bela sugar glider nih. 'Gutload' tuh kira macam proses nak bersihkan si mealworms nih. Ini ikut fahaman yang aku senang fahamlah. Sebab apa nak 'gutload'?

Sebabnya selalu dekat pet shop mealworms nih dibagi makan oat/roti/dan sebagainya. Sugar glider plak tak boleh makan benda yang ada kandungan yis/ragi macam roti/nasi. Jadi sebab itulah pentingnya 'gutload' nih. Tapi tak ramai yang tahu tentang 'gutload'. Sebab tuh bedal jerk bagi makan mealworms fresh dari pet shop. Aku tahu nih pun daripada Louis Sugar Glider.

Macam mana nak buat 'gutload' dekat mealworms? Haaa ekau bagilah si mealworms nih makan sayur! Aku mula-mula macam blur juga nak bagi sayur apa. Aku try bagi kobis bunga warna putih tuh. Ohhh seronok mealworms nih makan. Sekejap jerk dah habis. Then aku bagi mealworms nih makan kacang buncis. Sampaikan adik aku cakap 'kamu nak ternak ulat roti plak ke?' Ohhh sentap mak jemah okay!! Hari pertama aku beli mealworms nih tak delah dabak sangat. Selepas dua hari aku tengok dah montel-montel plak. Haihhh ko jangan obes yerk mealworms.