Showing posts with label #lawak jenaka ketawalah. Show all posts
Showing posts with label #lawak jenaka ketawalah. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Teknologi Wireless Sebenarnya Berasal Daripada Malaysia..tak percaya??


Salam buat semua..

Okay di keheningan malam nih aku nak kongsi satu kisah lawak yang aku ambil dekat sini. Aku selalu singgah sini sebab banyak benda yang best. Mana-mana yang join silalah datang ke sini ekh. Dialu-alukan kedatangan kamu semua ;p


Apa dia kisah lawak yang aku nak kongsi tuh?? Haaa. Meh sini cheq nak habaq mai. Kisah ini berkenaan dengan teknologi wireless. Kamu semua percacya tak kalau aku cakap teknologi wireless tuh berasal daripada Malaysia?? Mesti ada yang geleng kepala laju-laju kan tak percaya. Meh sini aku bagi kamu semua dengar cerita nih ;p

*********************************************************


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi, Menteri Jepun, Menteri Amerika Syarikat (AS) dan Menteri Malaysia sedang berbincang.


Menteri JEPUN : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenali teknologi robot.



Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenali teknologi nuklear.



Menteri MALAYSIA : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.



Lalu dipanggillah dua orang penggali untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, kedua-dua tukang gali tadi naik ke atas lagi.


Menteri MALAYSIA : Apa yang korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa.
Menteri MALAYSIA : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Tak de Dato’.



Menteri MALAYSIA : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa MALAYSIA, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!!



*kredit


 


Terima kasih kerana membaca (O_o)


p/s:Haaaa.... Percaya tak apa aku cakap tadi??


bila ND memekak lagi:
ohhoii..tahniah HARIMAU MALAYSIA!!

Thursday, December 23, 2010

Siapa NORMAL angkat kepala cepat!!!!


Salam buat semua..

Di keheningan malam nih *caitt..ayat sembang* I ada cerita-cerita lawak yang I nak kongsi dengan you all semua. siapa yang dah pernah terbaca tuh tak pelah. nih khas untuk yang belum pernah baca lagi. I pun tak ingat dekat mana I jumpa benda nih. nih pon I copy dekat notes FB I.


Cerita 1
Aminah merenung batang yang semakin menegak itu. Dia terus mengusap-usap batang tersebut, kelihatan air putih mengalir keluar. Aminah pun menjerit "..Nek lemang ni nak buat macam mana, dah masak rasanya.."


******************


Cerita 2
Jalal meramas-ramas kemuncak kedua-dua bukit kecil itu. Hatinya puas dan semangatnya semakin berkobar-kobar. Jari-jemarinya terus menguli tanpa henti. Jalal tidak sabar hendak menyiapkan model untuk projek sainsnya itu yang bertajuk "bentuk muka bumi di kawasan berbukit bukau."


******************


Cerita 3
Zamrul menghisap-hisap puting itu dengan berhat-hati dan perlahan. Dia tidak mahu tergesa-gesa. Sesekali lidahnya menyentuh lembut hujung puting itu dan menyedut keluar sedikit susu. "Cehhh masih panas, dah dekat satu jam aku rendam dalam air suam pun masih panas." Anak Zack yang masih bayi terus menangis meminta susu. Zamrul semakin tension.


******************


Cerita 4
Idham menjerit sambil menghenjut-henjut badannya dengan rakus dan kasar. "Come on baby, lets make it... "..katanya berulang-ulang kali tanpa henti. Kemuncaknya semakin tiba dan Idham kelihatan semakin rakus memacu kudanya untuk menamatkan perlumbaan itu. Dia bertekad untuk memenangi tempat pertama dalam perlumbaan itu.


******************


Cerita 5
Bahagian belakang kereta itu bergegar dan terhenjut-henjut. Aiman yang dari tadi mengintip dari celah-celah pokok dapat melihat dua susuk tubuh manusia sedang melakukan sesuatu di dalam kegelapan itu. Aiman terus mendiamkan diri, dia takut kehadirannya akan disedari. Tetapi setelah lama mengintip Aiman pun lantas bangun dan segera menawarkan khidmatnya untuk membantu mereka menukarkan tayar kereta mereka yang pancit itu.







Kesimpulannya,
Jika anda langsung tidak terfikirkan apa-apa mengenai seks semasa membaca 5 cerita di atas, ini bermaksud anda bukanya seorang yang NORMAL. Sebaliknya jika anda terfikirkan sesuatu yang berkaitan dengan seks, jangan lah anda risau, sebab anda adalah seorang yang normal.


bila ND memekak lagi:
laparlah plak..nak makan prosperity!!nyum3~

Thursday, December 16, 2010

kisah si lesung batu dan sambal kicap


6 Disember 2010, Isnin 1.15 p.m

Tadi masa tengah sibuk tumbuk bawang nak masak, tiba-tiba I teringatkan satu kisah. Kisah si anak mak cik Tipah *bukan nama sebenar* yang bernama Aminah *juga nama palsu* yang sangat pandai membuat sambal kicap. I pon tak pernah terfikir nak buat sambal kicap macam yang si Aminah tuh buat. Eheheee.

Cerita nih mak I yang dendangkan dekat I. Mak cakap buat pengajaran pada masa hadapan. Kisah yang berlaku masa yang zaman sekolah menengah dulu. Kisahnya begini. Mak Cik Tipah nih kira macam best friend Mak Cik Ina *nama sebenar Mak I* lah. Anak sulung dia si Aminah nih tua 3-4 tahun gitu daripada I. I pun tak ingat sangat umur dia berapa dah sekarang. Senior masa dekat sekolah I dulu. Adik dia pon kamceng juga dengan I walaupun kami tak sekamceng kucing ;)


Lalu mak cik Tipah pon cerita lah perihal si Aminah nak buat sambal kicap. You all pon tahu kan nak buat sambal kicap tuh macam mana. Hiris bawang merah, bawang putih, potong cili padi, bubuh kicap. Nahhh. Dah sedia untuk dicicah dengan lauk. Tuh resepi yang simple punya. Kalau nak advance sikit, tumbuklah si bawang merah, bawang putih dengan cili padi tuh. Lepas tuh baru tuang kicap dalam bekas. *Siapa yang tak tahu juga buat sambal kicap semudah ini, memang buta dapur*


Tapi yang si Aminah nih buat lain daripada yang lain. Macam yang cakap mula-mula tadi. I pun tak pernah terfikir nak buat cara macam yang si Aminah nih buat. You all nak tahu ke dia buat sambal kicap tuh macam mana?? Meh sini cheq nak habaq mai.Aminah buat sambal kicap menggunakan proses tumbuk-menumbuk dengan incik lesung batu. Elok jerk dia tumbuk bawang merah, bawang putih dengan cili padi tuh. Dah lumat-lumat siap boleh buat masker lagi. Ehh. You all sanggup nak pakai masker bawang dengan cili padi?? Dan aksi yang paling tak disangka-sangka ialah si Aminah nih pergi TUANG KICAP DALAM INCIK LESUNG BATU UNTUK DITUMBUK SEKALI. Ya Allah. You all boleh bayangkan tak tumbuk kicap CECAIR dalam lesung batu? Mahulah tak percik-memercik macam bunga api kan. Plak tuh si Aminah nih boleh cakap dekat mak cik Tipah kenapa kicap nih percik-percik dekat muka dia. Reaksi mak cik Tipah? Itu I tak tahulah sebab mak I tak cerita.



*ini gambar hiasan dan aminah tak gunakan lesung besar nih nak buat sambal kicap*




Adoyaii. Kenapalah kepala senget punya si Aminah nih. Tak boleh fikir guna logik akal ke?? Untuk pengetahuan you all si Aminah nih budak yang pandai dalam akademik. Dan sekolah I tuh antara sekolah yang star dekat tempat I. Adeh. I tak tahulah plak otak budak pandai nih macam tuh sekali bila menjejakkan kaki dekat dapur. I memang tepuk dahi jerk bila mak cerita macam tuh dekat I. Mak siap pesan macam nih lagi dekat I:’ Angelina Jolie, jangan harap pandai belajar jerk tapi masak pon tak tahu. Orang perempuan belajar tinggi-tinggi pon dapur tuh tempat wajib juga.’ Haaa. Begitulah azimatnya pesanan mak I.  
 
I nih walaupun akademik pandai tapi tak dapat dikesan tapi I agak hebat di dapur. Mak selalu suruh i masak sendiri. Sebab tuh i suka masak benda-benda yang pelik daan mak dengan abah tak makan. Macam spagethi, macaroni. Deii minachi. Mak dengan abah I tuh selera kampong. Tak denya layan makanan macam tuh. I ajak makan pizza hut pon abah siap bagi duit suruh beli sendiri makan dekat rumah. Makan KFC pon tapau jerk bawa balik rumah. Alasan mudah abah: nanti lagi macam-macam nak makan kalau tak tapau. Huhhh. Mudahnya menjadi orang lelaki. Tak memikirkan sesuatu perkara serumit yang difikirkan oleh perempuan.
 
Dan disebabkan kisah si Aminah anak mak cik Tipah tuh I pandai masak. Mak dengan abah tak de nak ajar-ajar I masak macam mana. I selalu masak nasi hangit *sebab tak de rice cooker*. Nak tunggu nasi keringlah. Nak kena kecilkan apilah kalau nasi dah kering. Dan akhirnya abah belikan rice cooker supaya I masak nasi tak hangit lagi. Tambah lagi abah belikan ketuhar sebab dia tahu I suka masak ayam bakar dan mencuba masak kek yang selalu bangkit. Dan macam-macam lagi peralatan memasak yang abah belikan untuk I tahu. Huhh. Baik sungguh hati si abah I tuh kan.




*uhhh..sedapnya sambal kicap makan dengan nenas..nyumm nyumm terliur dah nih*



bila ND memekak:
Otak kalau geliga pon buat sambal kicap pun failed, baik jadi geng katak jerk. Ehhh. I suka tengok Putera Katak!!!!

Thursday, July 29, 2010

.Gila Gaduh Otak.

salam dan selamat tengah hari you all....

ND ada cerita nak share nih..apakah kaitan antara GILA, GADUH dengan OTAK??meh meh jom baca sampai habis dulu okeh..(d_b)


ada 3 orang sahabat bernama Gila, Gaduh dan Otak. Pada satu hari, si Gaduh hilang, Gila dan Otak mencari ke mana-mana tapi tak jumpa juga..last-last, diorang pon pergi lah balai polis..dan bermula lah dialog ini..


Polis: Ya encik boleh saya bantu?
Gila: Saya datang nak cari gaduh.
Polis: Awak ni gila ke?!! (sambil menengking)
Gila: Ya saya gila.
Polis: Ish awak ni tak de otak ke?!!!
Gila: Otak ada tunggu kat luar.
Polis: Awak ni memang nak cari pasal! (menahan marah)
Gila: Saya bukan nak cari pasal. Saya nak cari gaduh! Kawan saya yang hilang..!
Polis: ??!!*&^%$#

nOta kHaki:mak bapak janganlah letak nama anak-anak tuh pelik sangat..kan dah susah~

Monday, July 26, 2010

.ayat tersirat NOAH....ehh bukan..ayat tersirat PEREMPUAN. (dan memang ayat ND pon)

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak perempuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak perempuan tu?


Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!


Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yerk.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.


Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picitkan kepala I.


Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jerlah. Lepas tu, tolong basuh kain baju sekali okeh.


Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak faham-faham lagi ke?


Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you jerk.


Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.


Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.


Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


nOta kHaki:ND paling suka bab makan tuh..kui3

Thursday, July 08, 2010

orang KURANG PANDAI dengan orang terLEBIH PANDAI

bismillahirrahmanirrahim....

sebelum anda meneruskan pembacaan, silalah banyak-banyak bawa bersabar okeh..

*orang KURANG PANDAI
-pakai credit card sampai maksimum lepas tuh tak boleh bayar (berlagak macam orang banyak duit!!)
*orang terLEBIH PANDAI
-pakai credit card tapi orang lain yang bayarkan (maknanya pakai kad klon nih)


*orang KURANG PANDAI
-ada motor tapi pergi kerja nak naik LRT (ini kes sebab suka 'bergesel')
*orang terLEBIH PANDAI
-tak de motor, tak de kereta, dan tak de LRT juga..tapi ada otak (kes suka menumpang kereta atau motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak)


*orang KURANG PANDAI
-company dah sediakan nescafe, milo, biskut dan bla bla bla tapi pergi juga minum kat kafetria..kena bayar plak tuh..
*orang terLEBIH PANDAI
-tak minum dekat kafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut dan bla bla bla angkut bawa balik rumah!!!!


*orang KURANG PANDAI
-beli surat khabar sebab nak tengok nombor ekor jerk..lepas tuh buang..
*orang terLEBIH PANDAI
-tunggu orang KURANG PANDAI buang surat khabar lepas tuh kutip..dapat baca semua part lagi!!


*orang KURANG PANDAI
-kentut kuat-kuat dekat office dan bangga dengan keharuman baunya..
*orang terLEBIH PANDAI
-kentut senyap sunyi (tak de bunyi)..tapi baunya mak aiiii..boleh buat unta sakit perut!!tak pon koma sejam dua..lepas tuh siap bermati-matian salahkan member sebelah (teka siapa member sebelah tuh??si KURANG PANDAI yang kentut kuat tuhlah!!)


*orang KURANG PANDAI
-bila ada masalah cerita dekat orang terLEBIH PANDAI..
*orang terLEBIH PANDAI
-dengar masalah orang KURANG PANDAI lepas tuh cerita dekat orang KURANG PANDAI yang lain..kemudian memperbodohkan orang KURANG PANDAI tuh..jadinya orang KURANG PANDAI yang pertama tuh jadi KURANG PANDAIS (plural nih)


haaa..nih yang terakhir plak..

*orang KURANG PANDAI
-orang yang memperuntukkan masa untuk membaca artikel nih (O_o)
*orang terLEBIH PANDAI
-orang yang post artikel nih untuk orang laen baca (ND lah tuh kan!!)



*orang KURANG PANDAI = stupid = bodoh*





*orang terLEBIH PANDAI = clever = cerdik*

you all semua jenis yang mana ntah??sila buat pilihan dengan tepat okay..ND tak mahu anda menyesal di kemudian hari, bulan dan juga tahun..ada kaitan kah??lantakkk~


nOta kHaki:minta ampun minta maaf..tiada niat nak mengguris sesiapa..~.~

Saturday, May 08, 2010

istilah komputer yang ditranslatekan~



salam dan selamat pagi sabtu fellas..


pagi nih cik noah nak kongsi sesuatu yang cik noah dapat kat virtualfriends.net


jom layannnnnnnn~


Beginilah akibatnya orang Malaysia mente
rjemahkan istilah-istilah komputer.



Istilah

Hardware: barang keras
Software: barang lembut
Joystick: batang bahagia
Plug and Play: cucuk dan main
Port: lubang
Server: pelayan
Client: pelanggan




Contoh:
"That server gives a plug and play service to the clients using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client."




Translated:
Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan mempergunakan batang bahagia jenis keras atau lembut. Batang bahagia itu dimasukkan ke dalam lubang pelanggan
.


nOta kHaki:apakahhhh??