Showing posts with label #doa dan amalan. Show all posts
Showing posts with label #doa dan amalan. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Doa Sebelum Dan Selepas Makan

Salam Jumaat sayang :)

Waktu apa, waktu apa sekarang?
Waktu makan, waktu makan sekarang.
Makan apa, makan apa sekarang?
Makan tomyam, makan tomyam sekarang.


Cikgu: Sebelum makan kena buat apa?
Murid: Baca doa, cikgu!!
Cikgu: Okay baca doa sekarang!
Murid: Baik, cikgu.

Dengan lafaz bismillah....






p/s: Penelope pun pandai tadah tangan baca doa sebelum makan. Hebat anak mommy nih ;)

sumber: 1khalifah.wordpress.com

Wednesday, September 14, 2011

Doa Penerang Hati



Makna:
“Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah-Mu, wahai Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.”


credit: malaysiaku.com http://malaysiaku.com/doa-pendek-2/doa-penerang-hati/

Tuesday, September 06, 2011

Doa Bangun Dari Tidur





Maksudnya:

'Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.'




Maksudnya:

'Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya kekuasaan dan bagiNya pujian dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu . Maha Suci Allah, Segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan upaya melainkan degan keizinan Allah. Ya Allah ampunilah daku.'

credit: doaharian

Doa Dipermudahkan Bertemu Jodoh

Salam sekalian.

Bosan plak menunggu cikgu-cikgu bagi markah peperiksaan hari tuh. Disebabkan bulan September nih kenduri kahwin berderet, jadi aku pun mencari-carilah perkara yang berkaitan dengan kahwin.

Mari kita tengok antara doa supaya dipermudahkan bertemu jodoh ;p

1. Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini:

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”

2. Amalkan ayat 131 dan 132 daripada Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

“Walaa tamuddanna’ainaika illa ma mata’na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa’ mur ahlakaa bisSolaati,wastabir ‘alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal’aqibati lit taqwa…….”

Ertinya:

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan ‘akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa”

3. Perbanyakkan amalan membaca selawat Nabi Muhammad s.a.w seperti di bawah ini. Hendaklah dibaca paling minimum 1000 kali dalam sehari semalam. InsyaAllah doa anda akan termakbul oleh Allah SWT.

“Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad.”

Ertinya:

Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan Nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau.

 
p/s:Ini cuma sebahagian doa sahaja. Ada banyak lagi doa yang ada. Yang penting jangan lupa berdoa dan baca al-quran. 

credit: setelkahwin