Showing posts with label #suggies hammock. Show all posts
Showing posts with label #suggies hammock. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

Sugar Glider: Cage Set Accessories

Assalamualaikum.

Set aksesori untuk sugar glider. Ada kombo A dan juga kombo B *ingat KFC jer ada kombo ke??

KOMBO A:
1 sleeping pouch
1 seeking hut
1 square hammock ATAU 2 rectangle hammock
2 corner hammock

HARGA: RM60.00 sahaja





KOMBO B:
1 sleeping pouch
1 square hammock ATAU 2 rectangle hammock
1 cage base
2 corner hammock

HARGA: RM65.00 sahaja





* Harga TERMASUK kos penghantaran. Price INCLUDE postage.
** Self collect at No. 323, Jalan Serunai 4, Taman Saleng, 81400 Senai, Johor. Any inquiries please call/SMS 0123063776.
*** All these products are under ND GLIDERS HUT.

Thursday, March 01, 2012

Ka Ching Ka Ching!! Rezeki Malam Jumaat.


#
Assalamualaikum.

Alhamdulillah minggu nih rezeki bertambah. Tadi baru lepas jumpa customer.  Encik Junaidi namanya. Dia order cage set sugar glider 6 set. 

Tadi sempat borak sekejap. Katanya dia tengah setting buka pet shop dekat Taman Universiti, Skudai. Cage set yang dia beli nih jual satu set dengan sangkar sekali. Aku pun dah agak sebab sebelum nih customer aku beli satu set jer.

Alhamdulillah untuk minggu pertama aku memulakan bisnes nih aku dah menjual 10 cage set. Woww!! Lepas nih kena pelbagaikan lagi corak yang ada. Ada seorang customer nih cakap cage set aku jual nih murah.

Aku buat dua set. Set A dan Set B. Set A ada lima barang (sleeping pouch, hammock, corner hammock, seeking hut) dengan harga RM50 untuk Semenanjung manakal RM55 untuk Sabah Sarawak.

Set B pun ada lima barang juga (sleeping pouch, hammock, corner hammock, cage base) dengan harga RM55 untuk Semenanjung dan RM60 untuk Sabah Sarawak. Kalau belian lebih dari sepuluh cage set, akan dapat harga borong. Buahahaaa! 

Nak cari duit senang jer :p Yang penting usaha dan tawakal serta jangan putus asa.






Wednesday, February 29, 2012

Kerja Menjahit Yang Best!!

Salam semua!

Hari nih 29 Februari. Esok 1 March. Ehh sekejapnya rasa! Esok sampai sabtu bawa budak olahraga peringkat daerah Kulaijaya. Tak sempat nak putih pun!!!! Arghhh tension bila budak tanya, 'kenapa muka cher hitam?'

Sekarang aku dah ada kerja sampingan yang baru. Menjual aksesori sugar glider! Yeahh jahit-menjahit tuh you all. Bisnesnih aku buat dengan adik aku. Aku tukang supply barang dan tukang potong kain. Tukang jahitnya dia. Kalau aku jahit confirm lambatttt gila nak siap sebab aku seorang yang sangat detail :p

Alhamdulillah dengan berbekalkan mesin jahit berharga RM50.00 aku beli dekat kedai Mr. DIY, bisnes semakin masyukk. Ka ching ka ching!! Bukan tak nak beli mesin jahit brand stylo mylo. Tapi masa tuh dah tak tahan nafsu nih. Rembat jer dulu yang murah nih. Walaupun murah, Bobo nih tak pernah meragam. Itu yang aku sayang!

Bisnes makanan sugar glider sudah, aksesori pun sudah. Mungkin dalam masa beberapa tahun lagi aku nak breed sendiri sugar glider. Pernah gak berangan dengan Eno *adik aku nak buka kiosk. Tapi sewa kiosk terlalu mahal dan tak banyak yang tahu tentang sugar glider nih dekat tempat aku. Jadi pendam dulu untuk beberapa tahun yang akan datang.

Insya Allah nanti aku nak daftarkan perniagaan yang aku buat nih. Senang kalau dah didaftarkan bawah SSM. Doakan yer semoga bisnes nih akan berkembang :o


p/s: Kerja sampingan ini alhamdulillah untuk mengisi masa lapang. Main job aku tetap berkhidmat untuk anak bangsa. Aminnn