Showing posts with label #part time job. Show all posts
Showing posts with label #part time job. Show all posts

Thursday, March 01, 2012

Ka Ching Ka Ching!! Rezeki Malam Jumaat.


#
Assalamualaikum.

Alhamdulillah minggu nih rezeki bertambah. Tadi baru lepas jumpa customer.  Encik Junaidi namanya. Dia order cage set sugar glider 6 set. 

Tadi sempat borak sekejap. Katanya dia tengah setting buka pet shop dekat Taman Universiti, Skudai. Cage set yang dia beli nih jual satu set dengan sangkar sekali. Aku pun dah agak sebab sebelum nih customer aku beli satu set jer.

Alhamdulillah untuk minggu pertama aku memulakan bisnes nih aku dah menjual 10 cage set. Woww!! Lepas nih kena pelbagaikan lagi corak yang ada. Ada seorang customer nih cakap cage set aku jual nih murah.

Aku buat dua set. Set A dan Set B. Set A ada lima barang (sleeping pouch, hammock, corner hammock, seeking hut) dengan harga RM50 untuk Semenanjung manakal RM55 untuk Sabah Sarawak.

Set B pun ada lima barang juga (sleeping pouch, hammock, corner hammock, cage base) dengan harga RM55 untuk Semenanjung dan RM60 untuk Sabah Sarawak. Kalau belian lebih dari sepuluh cage set, akan dapat harga borong. Buahahaaa! 

Nak cari duit senang jer :p Yang penting usaha dan tawakal serta jangan putus asa.






Saturday, December 10, 2011

Si Capang Comel-Danish & Darwish

Salam.

Haihhh bosan sikit bila cuti nih. Tak de pergi holiday pun. Balik kampung pun tidak. Mak ngah dah beberapa kali tanya bila nak balik kampung. Waduhhhh mak jemah lagi sibuk nih jaga anak keponakan.. Hari-hari mengadap muka Danish, Darwish. Dorang pun bosan tengok muka aku kottt.

Sekarang Darwish dah sembilan bulan. Gigi dah ada empat batang. Dah pandai duduk sendiri. Lagi hebat pandai terjun daripada walker!! Aku tak ajar pun skill terjun walker nih. Dia pnuya merangkak style askar. Suka mandi dalam kolam dengan abang dia. Suka sepahkan majalah aku.

Kalau mummy dia pergi kerja pagi rumah elok jerk tersusun balik rumah mesti mummy dia jadi tarzan. Hahaa. Aku biarkan jerk budak beruda nih buat sepah bagai. Kang aku kemas, dorang sepahkan balik. Tak de kerja plak aku nak kemas banyak-banyak kali. 

Yang si Danish sibuk menconteng buku. Hari-hari cakap dengan acik comel dia nih nak pergi sekolah. Alaa baru tiga tahun. Nanti masuk sekolah awal-awal dia bosan plak. Tak pasal-pasal aku jadi cikgu dia ajar semua benda yang nak tahu. Demand nak belajar guna Cik Laxy tab. Wahhh melampau. Sebab dia suka tengok gambar yang ada bunyi/suara.







Tuesday, December 06, 2011

Little Update.

Salam.

Baru perasan bulan nih tak de entry lagi. Sorry noks mak jemah sangat sibuk!! Sibuk mengalahkan perdana menteri yang bersidang UMNO ke? Ishhh tidaklah aii sampai sesibuk itu.

Kalau dah jadi baby sitter nih memanglah payah mak jemah nak update entry noks. Kalau setakat update status facebook ke twitter ke gagahlah lagi. Karang berebutlah mak jemah dengan si Danish nak pegang tab. Tuh belum lagi kalau Darwish tumpang sekaki.

Dah sekian. Cuma nak bagitahu jerk mak jemah sibuk :p