Showing posts with label #contest bajet menang besar. Show all posts
Showing posts with label #contest bajet menang besar. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

CIK AYU'S 22TH BIRTHDAY GIVEAWAY


As salam everybody!!

Hari nih I ada join satu birthway-CIK AYU'S 22TH BIRTHDAY GIVEAWAY. Si budak Ayu nih junior I masa dekat IPG tuh. Sekarang dia sudah semester 5. Meh jom kita riki apa dia nak untuk birthway yang dia anjurkan nih ;p







1.Tulis tajuk entry "CIK AYU'S 22TH BIRTHDAY GIVEAWAY" - tak kira la, nak campur huruf kecik dengan huruf besar ke, nak buat huruf besar saja ke, huruf kecil saja ke, janji tajuk entry berbunyi begitu.

2.JADI folower belog HIDUP DAN IMPIAN.

3.COPY BANNER dibawah dan linkkan banner tersebut dengan entry ni. makna kata, promot la entry ni sedaya mungkin. hehe.

4.Letak banner di bahagian getjet dan linkkan.

5.Tulis la ucapan sikit happy birthday sikit.

6.Letak gambar anda bersama member, gambar yang paling cantik dan menarik yang pernah anda miliki. seboleh-bolehnya gambar dalam resolusi tinggi supaya gambar yang dipamerkan cantik dan tak pecah. :)

7.Tulis caption sikit pasal gambar bersama member.

8.Tinggalkan komen anda dibawah entry ni bersama dengan link entry supaya senang Cik Ayu nak melawat ke belog anda. tak payah tercari-cari entry peserta.

9.Last sekali, tag 3 orang kawan anda untuk sertai GA ni.



Ucapan untuk Cik Ayu:
Selamat menyambut hari kelahiran yang ke-22. Dalam dunia ini tiada yang mustahil kecuali mati. Kuatkan semangat untuk menghabiskan sisa-sisa hidup sebagai pelajar. Hahaaa dan selamat juga menjadi seorang guru yang berdedikasi seperti saya!!!! Wallaweyh~~



Geng Pipi Comel Sedunia~~


Kenapa I pilih gambar nih?? Sebab kami saling melengkapi antara satu sama lain. Kelebihan yang kami ada menutupi kekurangan yang ada pada diri masing-masing. Walaupun berbeza usia, negeri, perangai dan segalanya tapi itulah yang membuatkan persahabatan kami bermakna. I love them so much!!!! 

Last but not least, I nak tag orang-orang yang ini:-


3)Korang yang baca entry nih ;p




p/s:Apa hadiah yang Cik Ayu nak bagi??Jeng jeng jeng~~

Friday, April 16, 2010

aqid's birthway~





salam..kepada sesiapa yang nak join contest sila klik gambar kat atas okeh....birthday giveaway nih adalah yang paling simple pernah cik noah jumpa..ahakssss~kalau tak caya sila klik sekarang!!!!sekarang okeh....



so nak tahu dengan lebih lanjut sila jangan malu dan jangan nak buat tak malu plak..join contest nih cepat sebab due date dia dah nak berakhir....



nOta kHaki:lupa lagi nak upload gambar pasal giveaway yang cik noah menang hari tuh....aisehhh~

Tuesday, April 13, 2010

hadiah sudah dapat!!!!


salam dan selamat petang fellas....

pendek jerk entry kali nih....cik noah cuma nak ucap terima kasih berbanyak kat KAK SUE..hadiah yang kak sue pos dah selamat sampai..siap dah try2 lagi..*gediksssss*

kenapa cik noah dapat hadiah??sesiapa yang ketinggalan mehlah baca entry nih..gambar nanti kemudian cik noah upload..sekarang agak banyak kerja yang perlu disiapkan..dan malam nih ada rehearsel kat DIK plak..rehearsel untuk apa????jeng3....nantikan berita kehangitannya pada entry akan datang....
chaoossssssssss~


nOta kHaki:minggu nih cik noah jadi blurrrrrrrrrrrr~

Friday, April 02, 2010

SLEEPING CUTIE CONTEST~




salam....


blogwalking tadi terjumpa contest..rasanya masih belum terlambat lagi nak join kan..even contest nih untuk baby tapi cik noah still mahu join juga okeh~i dont care!!!!


eheee..semua syarat telah cik noah lakukan..korang pon kalau nak join masih sempat lagi..ada lagi masa sehingga 9 april belum menjelma..jangan lambat2 taw..nanti tak sempat..uhuuuu....giat sangat cik noah nih pehal??

dan inilah gambar yang cik noah nak bagi kat tuan punya blog tuh....



<<<@


<<<@


<<<@


<<<@


<<<@



*nih bukan lakonan taw..danish memang suka tidor style macam nih..*


okeh..sekarang cik noah sudah tipu okeh..*apa nih..kan dah dapat dosa*..nih bukan cik noah yerk..kalau cik noah pon nampak sangat tipu yang ketara kan..time2 cik noah dulu mana nak ada kamera digital pon....

nama baby nih-
MUHAMMAD DANISH ZAQUAN

umur dia-
1 tahun 6 bulan

tarikh lahir-
14 oktober 2008

baby nih bukan anak cik noah..tapi anak adik cik noah okeh..*maknanya anak saudara saya*

lagi satu kena reka lagu dodoi untuk baby..erkk....nih yang cik noah tak reti..tapi selalunya nyanyi pok amai2 ngan selawat jerk kalau dia nak tidor..tak pelah..cik noah cuba try buat lagu sendiri..uhukkkk

budak danish sayang,
dengar lagu ini,
acik cakap tidur,
danish kena tidur.

bila besar nanti,
jadi orang berguna,
jangan lupa tuhan,
hidup pon aman.

sekian sahaja lagu yang cik noah reka..kang banyak2 melalut mencarut plak kang..eheee..simple jerk kan..tapi makna penuh mendalam..


nOta kHaki:tuan punya blog, pasnih watlah kontest sleeping mak cik cutie..ngeeee~

Wednesday, March 31, 2010

i am the lucky girl..dont be jealous okeh..~


dimulakan dengan bismillah..disudahi dengan alhamdulillah~
salam dan selamat petang semuanya..

hari ini cik noah agak sedikit gembira..eheee....sebabnya tadi kak suriyati cakap *dia tak cakap..cuma bagi komen kat enry cik noah jerk* cik noah menang GIVEAWAY kat blog dia......heee....nih adalah giveaway yang pertama cik noah dapat okeh..dan cara mencari pemenangnya dilakukan dengan menggunakan cabutan *macam tak betul ayat nih plak kan..lantaklah*..credit to hubby kak sue sebab tangan beliaulah yang telah memilih nombor cik noah iaitu 10 - dan akhirnya telah membawa tuah kepada cik noah..eheee....clap your hand okeh..banyak2 kali clap taw..

dan sekarang cik noah sedang tunggu hadiah yang akan diposkan oleh kak sue..masyuk nihhhh..mahu tak ketahuan buat kerja bila dah tahu menang giveaway kan..walaupun cuma melalui cabutan bertuah..bertuah lah kan cik noah nih..akekeee~

:

:

:

:

:

*meh klik gambar nih nak tengok kesahihan kemenangan cik noah*


dulu time sekolah menengah cik noah selalu pakai jersi nombor 10 kalau maen handball.....nihlah dia kan tuah masa sekolah2 dulu..baru sekarang nak nampak..aisehhh..melalut merepek meraban yang bukan-bukan dah nih..


nOta kHaki:kepala blur untuk menyiapkan worksheet untuk kelas BI esok..ni nong ni nong ni nong~~

Saturday, March 06, 2010

Baju Kurung Menawan COntest


Align Center
salam semuanya~
eheee....kali nih cik noah sudah join contest baju kurung menawa..kah3..bajet kau menawan ke noah kalau pakai baju kurung????poda cittt~
okay2..stop membebel..KLIK SINI untuk tau lebih lanjut tentang kontest tuh..contest nih laki perempuan boleh join..kalau lelaki kenalah pakai baju melayu..perempuan plak tak kisah baju kurung ke kebaya ke jubah ke..janji menampakkan keMELAYUan tuh....apa yang penting??ke-MELAYU-an okehhh....
dan ini adalah gambar yang cik noah bagi kat tuan empunya blog....
:
:
:
:
:
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ~.~

nihlah gambar cik noah yang kunun2nya menawan bila memakai baju kurung..kah3..GELAK JAHATTT..kalau tengok kat tarikh gambar tuh sikit punya dah bertahun kan..

okehhh2..stop lagi..sekarang bab syarat plak..syarat 1-4 dah buat..sekarang syarat yang ke-5 plak....

'saya nak masuk contest ini kerana memang susah saya nak pakai baju kurung sebab hari2 kena pakai baju sukan dan warna yang saya suka ialah dark choco..'

syarat ke-6....

saya dapat tau contest nih daripada blog cik nurul zaty..

syarat ke-7 pon sudah dilaksanakan..

okay fellasss....apa tunggu lagi..silalah cepat men-join-kan diri dalam contest nih..dia punya closing date 7 MARCH 2010!!!!

Monday, January 18, 2010

WITHOUT BORDERS CONTEST (join sudah)


salam my fellas....

hari nih cik noah ada join 1 contest baru..iaitu WITHOUT BORDERS CONTEST yang dianjurkan oleh cik edriena..silalah yerk KLIK SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut..kalau tak maw klik nanti tak tau plak macam mana nak join contest nih..


---<@ ---<@ ---<@ ---<@ ---<@ ---<@




inilah dia gambar yang cik noah perjudikan untuk contest ini..cik noah telah men-join-kan diri dalam contest PART 1..part 2 mungkin akan menyusul dalam masa2 terdekat nih..akeke~*bajet gilak contest nih*


jadi, kepada sesiapa yang view blgo cik noah nih, jangan malu jangan segan *even korang buat muka malu2 kucing pon* silalah meng-join-kan diri dalam ini contest..manalah tau kalau rezeki dapat hadiah..WANG TUNAI tau takkkk!!ingat boleh dapat free2 ke duit?


nOta kHaki:jap lagi pukul 2 ada kelas action research..wakaka..*haraf maap..tak de kaitan dengan entry..taip pon dah tunggang langgang nih*..aiisehhh

Friday, January 15, 2010

Edit Photo Contest


salam..salam..dan salam..

 
cik noah baru jerk buat blog walking..jumpa lagi contest..kali nih cik noah saja nak join edit photo contest..bajet macam cik noah nih pakar lah bab2 edit gambar kan..

 
meh jom kita usha dulu dia punya syarat2 penyertaan....check it out!!



syarat2:


  • gambar mestilah gmbar korang..solo atau paling ramai bertiga...(baik solo, kalo rmai nnti menang kena lak share hadiah..=)
  • kreativiti perlulah tulen, asli dn bkn cetak rompak ye...xbaik pirate2 ni..hehe..
  • buat satu entry kat blog korang psl contest ni dan letak la pic yg korang edit kat entry tersebut dn bg link kat komen cik ros..nnti cik ros g terjah ye
  • korang kena letak pic/banner kata atas tu kat side bar korang dan link pada contest ni ek...nnti cik ros nk wat sportcheck sape yg join contest ni...hehe..
  • kalo nk follow..follow lah..kalo xnk pn xpe..bkn pe..sng korang nk update pe2 psl contest ni..hehe


okay..semua syarat2 tuh telah cik noah penuhi..dan sekarang marilah jom tengok gambar yang telah cik noah perjudikan..nih pakai hentam punya edit taw..




::


::


::


::


::


::






nihlah dia gambar yang cik noah edit malam tadi..sebab bosan kan..so cik noah edit lah gambar cik noah..saja maw tunjuk kekreatifan cik noah untuk mengedit gambar..wakaka (+.+)




dan sesiapa yang view blog cik noah, jangan lupa join contest nih..cik noah bukan nak harap dapat hadiah..tapi mengisi masa lapang sementara meng-update blog cik noah..

Thursday, January 14, 2010

Terserlah Ayu Mu Kategori A



salam my fellassss..


hari nih i gila buat blog walking..dan lagi gila i join contest..tak pernah2 i join contest kat blog taw..dan ini adalah kali kedua untuk hari nih saja!!!!memang gila kan i nih..hehe


nak taw contest apa??meh jom tengok lagi kat bawah nih..baca elok2..dan jangan lupa join sekali yerk..i pon dah join tadi..saja nak mengisi masa lapang di petang ini..kuh3..


:


:


:


:









.Terserlah Ayu Mu Contest.
Terbahagi kepada dua kategori:-
A. Terserlah Ayu Mu edisi 'memakai shawl @ bertudung'
B. Terserlah Ayu Mu edisi 'shawl wearing with anak tudung syria'

.Cara untuk menyertainya.
  1. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar 1 penyertaan shj.(Tidak boleh masuk kedua-dua kategori,pilih salah satu shj.)
  2. Jadi follower ButikTejaz.
  3. Buat entri mengenai contest ini dengan tajuk 'Terserlah Ayu Mu-kategori A' atau 'Terserlah Ayu Mu-kategori B'.
  4. Letakkan sekali banner contest pada entri dan link kan kepada link contest ini.
  5. Letakkan juga gambar yang anda pertaruhkan.
  6. Setelah selesai,emailkan data peribadi anda seperti nama ,phone num dan link post anda dengan subject Terserlah Ayu Mu contest kepada anggunpesona88@yahoo.com
  7. Senarai peserta akan sentiasa kami kemaskini dari semasa ke semasa.


okay..dan sekarang ini adalah gambar yang telah i perjudikan..ehhh..pertaruhkan..wakaka..i tak tawlah gambar nih ayu ke tak..cuma i rasa orang yang kat dalam nih gedik terlebih..auuwwww


jeng..jeng..jeng..jom terjaz i punya gambar


:


:


:


:




nih gambar i dan ahli geng gediks masa perform pesta tanglung..bajet macam konon kami ayu sangat lah nih..auuwww..seswai gitu..~

the sweetest smile contest....auummmm


salam sayangs2 ku semua..

tetiba petang nih kelas en tat cancel..bagus dan sangat syiok nih..sudah lama mengidamkan saat2 kelas cancel..so sepanjang petang nih i buat nota subjek psikososial sukan..*wahhh..sangat rajin kan..uhukkk*

 
then i pon buatlah blog walking..*disebabkan otak dah tepu buat nota*..i pon terjumpalah ngan satu blog nih..ada plak contest kat blog tuh..THE SWEETEST SMILE CONTEST kat blog delisya's collection..



i pon sesaje nak cuba contest tuh..then i pon upload 2 gambar yang i rasa sangat manis senyumannya!!!!ohh manisnya..manisnya senyumanKU....wakaka..sudah perasan kan..kalau you all nak tahu ini adalah contest pertama yang i try..sebelum nih tengok jerk..sekarang baru ada nafsu maw join contest.. @_@
tapi sebelum tuh i kena komen blog tuh..i rasa kalau blog tuh di-upgrade lagi mesti syiok punya..betol tak akak tuan blog??then akak promote lah anything yang akak jual tuh..gerenti lepas nih MALATOP punya!!!!*wahh..i sudah menjadi kaki bodek nih..stop2!!*

 
dan ini adalah gambar yang telah i upload..i tak tahulah gambar tuh senyuman paling sweet ke tak..aceceh..*sebenarnya malu nak puji diri sendiri*


check it out yaaa!!!!

:

:

:

:

:

:


nih adalah picture i yang sedang SENYUM PALING MANIS!!time nih i ngah nak pergi kelas..*bajet sebentar untuk mengambil gambar sebelum kelas bermula* maaflah..ketika nih i agak gelap kerana banyak ujian amali dan selalu berdating dengan incik matahari..

:

:

:


dan yang ini i bersama my BFF, maton masa nak pergi shopping kat penang..sangat manis kan kami berdua tersenyum..i sangat suka gambar nih taw..wakaka (O_o)


nOta kHaki:ada chance tak i nak menang contest tuh??hehe..sesiapa yang rajin jangan lupa view blog tuh yerk..i dah promote habis nih!!