Showing posts with label #body tough seksi-meksi. Show all posts
Showing posts with label #body tough seksi-meksi. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Cikgu Pinkish Dengan Baju Raya

Salam

Hari Isnin memang moody day, blues day etc etc. Tapi aku suka hari Isnin sebab hari Isnin jerk aku boleh melaram pakai baju kurung, shawl belit-belit, brooch juntai-juntai. Walaupun hari Isnin aku selalu bangun lambat sikit tapi aku masih mempunyai masa untuk bersolek! Ohh gedik sigh

Alalaaa Isnin jerk boleh cantik-cantik dengan baju kurung. Selain daripada Isnin, aku sarung seluar dengan tshirt jerk. Ahaaa sebab itulah hari Isnin aku jadi perhatian dekat assembly. Ohh no!!
Nahhh tadi aku ditegur SANGAT CANTIK oleh seorang cikgu lelaki. Haihhh kalau anak murid yang tegur tak pe lagi. Kalau dah cikgu ambil port juga nahas aku macam nih! Alaaa aku bukan cantik. Tapi celak dengan bedak nih bagi advantage :-)

Ohh dan juga baju kurung moden pinkish nih. Hehhh bila dah pakai baru aku nampak betapa ayu dan sopan baju berwarna merah jambu nih. Alaaa alasan nih nak suruh aku pergi beli baju warna merah jambu banyak-banyak. Ehh majlis nikah nanti nak pakai persalinan warna merah jambulah. Mesti comel si Yusuf tuh. Aku tak payah tanyalah sebab aku memang comel. Auwwww!!






Monday, August 29, 2011

Countdown Raya: 1 Hari Sebelum Raya

Salam Syawal sayang..

Hari nih aku lambat update entry. Banyak kerja nak siapkan dekat rumah. Tambah lagi menjaga dua orang budak kecil nih. Huhhh! Patutlah pon berat aku turun dengan mendadaknya ;p Itu belum lagi aku melayan kerenah si budak dua ekor.

Esok raya. Macam biasa kalau dekat rumah pusaka nih tugas aku adalah memasak. Kali nih aku masak tak banyak. Sebab raya kedua nak balik kampung dah. Jiran tetangga pon ramai yang balik kampung masing-masing. Sekarang nih tinggal jiran tetangga yang non-muslim jerk. Tak lupa juga anjing peliharaan mereka yang masih menyalak tuh!!

Aku cuma masak ketupat segera Nona, rendang daging, ayam masak kicap, taufu fa, air kacang soya dan tak lupa juga membuat lemang di kedai tepi jalan. Ehee. Entah apa-apa jerk lauk raya kali nih. Aku suka minum air soya. Sebab tuh aku nak raya kali nih minum air soya. Sedap dan kurang gula ;p

p/s:Menguatkan hati dan perasaan. Sedihnya hati aku mendengar takbir.


Sunday, August 28, 2011

Countdown Raya: 2 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan sayang..

Dah tak lama masa yang ada untuk Ramadhan. Lusa dah raya insyaAllah. Hari nih hari kedua aku bercuti. Sekolah kan memanglah cuti Sabtu dengan Ahad nih.

Hari nih aku kemas rumah, kemas cage Juju Chika, kemas segala-galanya. Huhh penat! Mana nak kemas mana nak layan budak dua orang dan budak dua ekor tuh lagi. Dahlah aku seorang! Fffttt~

Hari aku berbuka dengan chicken porridge, double GCB, kuih lopez dan coolblog. Nyumm nyumm. Tak larat nak masak. Penat. Bazar pun dah tak ramai orang yang berniaga. Esok pun terfikir nak makan apa lagi ;p


p/s:Ada tak sesiapa yang sudi pinjamkan emak dan abah dia untuk raya pertama nanti??

Wednesday, August 17, 2011

Bila Duit Banyak Shopping Sakan!

Ehhee. Salam sejahtera semuanya. Harap berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Aminn

Bagai pucuk dicita ulam mendatang. Ceh berbasa-basi plak bahasa aku hari nih. Mana taknya kan. Tadi lepas sekolah aku, Jaja, Kak Ida dengan Kak Zurina pergi terjah Kota Tinggi shopping baju raya. Kakitangan awam kerajaan kan dapat bonus. Mahulah kan tak shopping ;p

Walaupun bonus aku tak sebanyak yang mereka dapat tapi Alhamdulillah. Di saat-saat kekeringan nih dapatlah aku membeli sepasang baju untuk hari raya. Lima pasang baju yang aku tempah entah tak tahu sempat siap ke tidak. Jadi, aku standby lah dengan sepasang baju yang aku beli tadi.

Ohh syiok habis shopping dekat Kota Tinggi tadi. Almaklum aku dah merantau belajar luar daripada Johor. Bila dah balik semula ke Johor nih macam jakun sikitlah. Apa aku kesah?? Rambang mata aku nak pilih baju. Itu nasib baik pergi bahagian depan. Kalau tak mahu berpasang-pasang aku angkut ;p Ahh kau tamak sangat!! Pergi sekolah pon pakai baju sukan jerk~

Nampak gaya setiap kali dapat gaji kena terjah Kota Tinggi lagi. Harga yang sangat berpatutan dengan kualiti kain yang sangatttttt bagus. Tak rugi aku beli tadi sepasang walaupun harga dia ratus-ratus. Paling penting aku tak menyesal pon tak shopping dekat Kuala Lumpur!!!!

Sunday, April 17, 2011

Menantikan Kursus Supaya Mereka Rindukan Teacher Comel ;p

Kahh3. Naklah sangat kan budak-budak tuh rindu dekat aku. Lagi suka agaknya kalau aku tak masuk kelas. Aku pun suka gaklah tak payah masuk kelas ;) Taklah weih. Mana boleh sesuka hati tak masuk kelas kan. Tapi bila berdepan dengan budak-budak yang sentiasa cari pasal nih, memang aku tersangat perlukan KURSUS!! Supaya aku tak sakit hati, kepala, jiwa dan raga memikirkan kerenah mereka yang 1001 macacm ~~

Esok, lusa dan tulat aku pergi Kursus J-robik dekat Kompleks Belia dan Sukan Johor. Daripada KL tadi pergilah jap usha-usha tempat. AKu nih bukan hafal sangat jalan dekat Johor nih. Nak pergi hospital pon aku boleh singgah dekat danga bay ;p

Jadi ini pesanan untuk anak-anak murid aku sekalian. Yang budak kelas aku memang aku dah kelentong siap-siap cakap aku tak mahu ajar kelas dorang lagi. Sumpah percaya hidup-hidup sebab ingat aku merajuk dengan dorang. Ngeh3. Biarlah dorang 'merindui' aku selama tiga hari nih. Itupun kalau ada perasaan rindu kan.

Ngaa aku suka kursus j-robik nih sebab nanti dapat tengok perempuan-perempuan yang bodynya seksi-meksi. Auwww!! Atau apakah nanti juga akan ada si jejaka sutun yang seksi juga?? Keh3.. Itu yang aku tunggu esok ;o

Sunday, February 20, 2011

Tips Untuk Kelihatan Comel Di Dalam Gambar =.=


Aku tahu tak semua orang comel macam aku *tettt tapi kita boleh buat-buat comel tak kira masa dan tempat. Ngaaa ini bukan hipokrit ekh. Nih cuma nak memvariasikan kehidupan kita. Cehh kalau hari-hari pun buat benda yang sama bosan gak kan. Sekali sekala ubahlah sikit benda yang membosankan tuh ;p

Ini aku nak kongsi tips untuk kelihatan comel di dalam gambar. Dalam gambar jerk okay!! Kang nanti ada orang salahkan aku kenapa dia tak comel dekat luar gambar plak. Itu mak tak boleh nak jawab sebab kita manusia saling berbeza ;)

Kalau nak comel dalam gambar ambillah gambar posing macam dekat bawah nih. Tak payah nak malu-malu segan blushing bagai. Gambar kau, suka hati kaulah kan nak posing macam mana kan. Haa aku nih terpaksa buat muka tak kesah suruh orang ambil gambar macam nih. Meh jom tengok gambar aku (T__T)




Gambar 1:Hahaa sila abaikan~~ Tapi aku suka ;o


Gambar 2:Kan comel jerk tuh. Tertutup sikit bahagian yang besar ;p

Gambar 3:Wallaweyh!! Main kenyit-kenyit mata plak dia kan. Babab nanti karang!!!!



Aaaa tuhlah dia tips sengal-sengalan daripada aku macam mana nak NAMPAK COMEL DI DALAM GAMBAR. Kalau korang buat tak jadi juga, bukan salah ibu mengandung okay!!!! Selamatlah korang mencuba tips tak seberapa nih ekh. *All the pictures credit to him



p/s:I like camwhoring!!!!

p/s/s:Janganlah plak korang cakap aku nih perasan yerk~~

Monday, February 14, 2011

Kami Ahli Geng Gemoks Comel Sedunia..Yeahhhh!!


As salam!!

Daripada petang tadi duduk mengadap incik laptop. Kununnya nak buat laporan program orientasi. Hei!! I kan cikgu BAHARU. Haruslah ada orientasi bagai nih~~Tapi daripada tadi juga masih satu muka surat yang lulus. Wahhh. Serius sungguh I blur tahap cipan. Jangan nak hina cakap I pemalas ekh. I memang tak de idea langsung nak menggoreng menatang nih =.=





Kepada ahli-ahli geng gemoks, Maton Saad dan Nana Alias *kami memang kurus walaupun orang panggil gemok* much much miss and love you!! Yeee I bukan lesbo kalau I cintakan mereka ;p


p/s:Gengs, really miss our times....

Friday, February 11, 2011

sekilas..Tabiat Pemakanan Yang Harus Diamalkan


As salam!!

Wallawehhaiii geng!! Ahaa. Sekarang aku dah ada ayat favourite yang baru iaitu WALLAWEHH. Apa maksud dia aku pun tak tahu. Main ikut sedap mulut jerk sebut. Akhirnya terlekat sampai sekarang. Memang aku nih manusia perosak bahasa betul. Sungguh itu berlaku di luar kawalan ;p

Pada petang Jumaat yang berbahagia ini aku nak kongsi tips pemakanan yang harus *bukan harus dah wajib nih diamalkan untuk anda, anda dan anda semua. Nih ikut logik akal aku dan juga disokong di dalam buku Dara.com

Yang pertama:MAKAN APABILA LAPAR
Ehh kadang tak lapar pun aku makan juga. Tapi ikut masa juga nih. Bila dah biring, tekanan melimpah ruah barulah aku makan ikut sesuka hati. Skala kelaparan untuk makan adalah ketika kamu berasa agak lapar. Bukannya ketika berasa hendak makan walaupun perut tidak lapar.

Kita juga perlu makan sebelum sampai tahap kebuluran kerana jika tidak tubuh anda akan mudah mendapat penyakit sebab nutrisi tidak mencukupi. Jadi, tabiat makan ketika tidak lapar mesti diubah oaky!! Dengar cakap cikgu ND nih~~

Yang kedua:MAKAN APA YANG DIINGINKAN, BUKAN MENGIKUT PERASAAN
Kita harus kenalpasti apa yang ingin kita makan dan kita boleh ketahuinya kerana otak akan menyampaikan isyarat apakah makanan yang kamu inginkan. Senang cerita makanan apa yang terlintas dalam kepala otak korang makan itulah yang korang nak makan dengan SYARAT mesti sudah rasa lapar!! 

Kalau perut kenyang tapi nak makan sesuatu juga itu tandanya kamu hanya mengikut perasaan!! Perghh. Maknanya selama ini aku hanya makan mengikut perasaan. Mahulah tak setiap masa asyik terfikirkan makanan. Ohh sedap!!

Yang ketiga:MAKAN TANPA MENGIKUT NAFSU DAN PERASAAN
Aku kalau makan seorang diri payah nak control. Semua benda pun rasa nak makan. Tapi kalau makan dengan orang lain, aku rasa macam malas mahu makan. Rasa macam kena control jerk kalau makan dengan orang lain. Hahaa. Kununnya macam aku nih bukan jenis kuat melantak!!

Tips yang aku buat ialah elak makan dalam keadaan tergesa-gesa. Nih kalau kes dah lambat. Lebih-lebih lagi waktu sarapan. Aku kalau sarapan kena ambil feeling lebih sikit. Sebab tuh aku selalu lapar padahal pagi-pagi sebelum pergi kelas dah makan macam orang nak makan tengahari plak ;p

Yang keempat:BERHENTI MAKAN APABILA SEDERHANA KENYANG
Kalau dah makan tak reti-reti nak berhenti payahlah beb. Mahulah perut kau nanti tak buncit lepas tuh sendawa bunyi macam kerbau!! Ahahaha.. Jahat aku cakap orang sendawa macam kerbau. Tapi aku kalau makan dekat kedai, mesti kena habiskan sampai licin sebab aku tak sampai hati nak tengok makanan tuh terbuang jerk.

Nahh sebab itu aku tak suka makan dekat luar!! Aku suka masak sendiri dan segala-galanya yang aku bubuh dalam makanan aku, aku tahu apa di dalamnya. Jadi, pesanan khidmat masyarakat ialah rajin-rajinkan diri anda untuk memasak di rumah!!


p/s:Aku dan makanan sukar untuk dipisahkan~~

Sunday, October 17, 2010

merah terbakar

salam and morning fellas..

sepatutnya entry nih published malam tadi. tapi disebabkan kebengongan berukband maka ia pon publish hari nih. pity me uhh??

semalam ada karnival sukan dekat IPSAH. dan syukur alhamdulillah team netball jadi JOHAN. team bola sepak plak dapat tempat ketiga. tahun nih saja team netball dah jadi JOHAN sebanyak dua kali dalam karnival yang kami sertai. alhamdulillah....

tapi banyak juga yang tak best semalam. biasalah kan. setiap benda pasti ada kekurangannya. paling haru bila tiada makanan disediakan walau pun pendaftaran kena bayar RM60. adoyaii. datang setakat lawan kemudian kalau team kalah awal balik. kesian beb. netball tak pe jugaklah kan cuma ada 5 team. bola sepak tuh kesianlah sebab banyak team. yang datang jauh-jauh macam kita orang daripada perlis nih. bila beli makanan dekat kafe, lauk plak seperti hidup segan mati tak mahu.. huahuahua. akhirnya ND makan nasi dengan lauk telur. gagal untuk memenuhi tuntutan CIK PERUT yang sudah lima hari tidak makan nasi. pity me again.. ;(

tapi tidak mengapalah kan. at least kemenangan sudah di tangan kami walau pun perut berdondang dendang. lagipun maktab ada bagi duit RM10 setiap orang. kot-kotlah menang nih maktab bagi duit lagi kan. siapa tahu rezeki tak nampak nih kan. semalam pon kali pertama ND jadi pengadil netball. syiok jugaklah meniup si wisel tuh. coach ND yang suruh sebab nak gilap bakat terpendam. hua3 ayat memang tak boleh blah betul. (o_o)

bila dah main game macam nih kulit pon sudah pastinya bertukar warna. ND yang jadi pengadil nih pon dah merah-merah mak ngah apa tah lagi team ND yang main. cuaca semalam memang agak dahsyat jugalah. kalau dah libatkan diri dalam sukan memang payah nak dapat warna kulit seperti asal.

nOta kHaki:bila entah nak study nih ;(

Thursday, September 23, 2010

RESEPI:Air Kacang Soya

anak murid semua bangun..
salam dan selamat sejahtera..


hari nih cikgu ND nak ajar murid-murid sekalian macam mana nak buat air kacang soya. resepi nih cikgu ND dapat daripada Chef Rai. meh kita tengok apa dia bahan-bahan yang kena gunakan untuk buat air kacang soya nih..



bahan-bahan:-
kacang soya
daun pandan
gula
air




cara-cara membuatnya:-




rendam kacang soya selama 4 jam. Chef Rai cakap kalau lebih masa nanti masam plak.






kacang soya yang telah mengalami perkembangan selepas 4 jam. comey-comey~






kemudian, blender kacang soya tadi. lepas tuh perah guna penapis kain yang selalu mamak bancuh teh. kalau tak de cari napkin BERSIH untuk tapis kacang soya. jangan plak murid-murid guna stokin yerk kalau tak de napkin. (tergelak masa baca celoteh Chef Rai pasal nih)






masak atas api yang sederhana. bubuh daun pandan dan gula ikut rasa. masak lebih kurang 30 minit atau sehingga ada perubahan bau kacang soya. pandai-pandailah korang rasa. jangan lupa air kacang soya nih kena kacau selalu dan jangan guna api besar.






tadaaaa.. dah siap pon kan air kacang soya. boleh dihidangkan panas atau sejuk. kalau nak kalerful murid-murid boleh letak sirap ke, perasa pandan ke perasa tebu ke. sedapkah rasa air kacang soya pastuh tambah perasa tebu??yerkksss....


thanks yerk Rai sebab banyak sangat resepi yang best dan marveles yang Rai buat. selalu gigit jari jerk tengok gambar yang mengiurkan tuh~



nOta kHaki:uhuuu..resepi nih buat masa cuti hari tuh..dah balik asrama memang beli jerklah air soya kat pasar.. ;(

Sunday, July 04, 2010

kemenangan dan kehitaman (O_o)

salam dan selamat pagi hari ahad....

ND masih lagi dalam mood kepenatan..semalam sampai kat bilik lebih kurang pukul 11.30 malam..gila penatlah..Karnival Sukan 1 Malaysia dekat IPG Kampus Pulau Pinang sangat best..lagi best bila team IPG Kampus Perlis balun 3 emas untuk netball, volleyball perempuan dan juga football..volleyball lelaki dapat perak..*tepuk tangan banyak-banyak*

kira hebat juga team IPG Kampus Perlis nih kan..paling tak sangka team bola sepak..rasanya sejak ND join team netball, team football tuh tak pernah dapat emas..KAGUM dulu pun teruk gak kena balun dengan team lain..cuma 5 IPG jerk yang join karnival tuh..yerlah..sebab kita orang IPG utara..so IPG dekat utara jerklah yang join kan..

yang sangat kelakar netball punya game..kebanyakan pengadil terdiri daripada student..cuma perlis jerk yang hantar profesional punya pengadil..siapa lagi kalau bukan puan mariani yang mulut dia macam petir tuh..kui3..faham-faham jerklah kalau dah student jadi pengadil..kalau pengadil tuh ada kelayakan tak pelah gak kan..first game dah huru hara..better lagi kalau ND jadi pengadil..walaupun tak de lagi kelayakan tapi ND berkebolehan..eheee..perasan sudah..amek kau!!

bila perempuan main netball, habis segala emosi pun turut terlibat..dengan pengadil yang buat keputusan ikut cakap coach pihak lawan..perghhh..tak boleh blah betul pensyarah tuh..bajet kau pengadil plak..kalau pengadil tak blow wisel maknanya dia tak nampaklah kesalahan tuh..kau sibuk-sibuk plak kan nak jadi pengadil tambahan kat tepi tuh..yang paling tak best kau tuh lecturer lelaki..mengalahkan lecturer perempuan plak bisingnya..adehhh..tuh belum lagi dengan player yang emo nak mampus..agak-agaklah kot kalau jadi defender..kau macam tak faham plak rules maen netball..netball tuh permainan yang tak de contact tahu tak..haaaa..kan ND dah start jadi cikgu nih..dah tuh nak marah-marah supporters kat tepi padang..apa kes nih??kau yang emo lebih sangat..last-last team kau kalah....haaa..kan dah padan dengan muka..kau main habis-habisan pon akhirnya kau jadi cikgu juga..bukan join karnival tuh siapa menang dapat jadi atlet negara..HJ betul kau nih ekh..

okay2..ND malas nak tulis panjang-panjang lagi..sekarang ND masih menunggu gambar-gambar untuk diuploadkan..nanti dah ada ND buat entry laen ekh..sekarang masa untuk mengemas barang..esok nak pergi sekolah buat internship plak..

nOta kHaki:kerana demam netball, ND pun turut demam gak..uhukk..uhukkk

Wednesday, June 02, 2010

terpanggil kerana YUNA....

salam dan selamat petang....

sorrylah geng..ND agak malas nak update blog kalau kat rumah nih..nak online pon malam jerk..sebab siang ND jadi baby sitter..uhuuu..memang sah-sah tak kan online kalau siang..sebab si baby danish tuh sure akan mengganggu ketenteraman ND untuk online..so malam jerklah yang boleh ND online pon..tadi ND baca blog YUNA..yuna penyanyi tuh ke??bukanlah..nih yuna kawan ND..junior ND..nama sebenar dia laen..tapi nickname dia yuna..muka pon ada ala-ala si Nora Danish tuh..ahakss..sedang nak promote yuna..*za, sila jangan kembang ekh..nanti lagi kembang kat tuuuttt*

back to the topic..yuna menyuarakan isi hatinya tentang kami yang suka menari..kenapa orang tak suka penari??hhmmm..salah ke kalau perempuan menari??kami bukan menari macam penari kat kelab tuh..kami menari kerana cintakan warisan bangsa..bukan ke tarian itu satu nilai bangsa??payah betul kalau orangyang buta seni nih..nak samakan kita orang dengan penari-penari lain..mana nak sama sengallllll..kita orang penari tradisional..cuma kekadang jerk menari yang bukan tradisional..dan rasanya kami yang penari nih jauh lebih baik daripada korang yang kapel dan buat macam-macam..


uhhhh..malas nak cerita pasal benda nih..asal nampak jerk budak tarian nak tengok lain macam..apa kes nih??kau tuh yang kapel-kapel pegang sana sini tuh elok sangat ke??ada ke kalau kita orang menari buat benda yang tak baik??tak de pon geng kita orang yang ada kapel sesama sendiri..ohhhh..bajet penari yang tergedik-gedik kat atas stage tuh buruk perangai ke??
menari satu cara untuk melepaskan tekanan..tarian dapat melahirkan apa yang kita rasa..dan lagi satu..tarian juga membuatkan ND lebih ramping!!!!kuang3..okeh..ND tipu ekh..tapi realitinya ND memang ramping..sila gelak guling-guling taw~



nOta kHaki:korang susah ke kalau ND yang tergedik-gedik kat atas stage tuh??

Sunday, March 28, 2010

so you think you can sing~


dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim....


salam semuanya....



sebenarnya dah lama nak buat pasal benda nih..tapi asyik tertangguh jerk kan..banyak sangat kerja yang queue..nih pon nasib baik hujan..kalau tak hujan memang dah pergi merayap entah ke mana..



nih adalah pertandingan menyanyi yang buat kat dewan indera kayangan masa bulan januari awal tahun tuh....time nih cik noah kena perform untuk acara selingan..dan tema kita orang adalah retro..eheeee....bajet betul..kalau bab nak menggedik kat atas stage memang cik noah suka okeh~

:

:

:

:

ada orang cakap cik noah minta hug..amboi..giat nih..tak kan ku sesekali minta hug kat atas stage tu..tak sesuaiiiiiiii gitu~

:

:

:

:


yang nih dari kiri azie, CIK NOAH, dak maton dan dayang..si dayang nih adalah salah seorang finalis malam tuh..


:

:

:

:


last but not least..nihlah dia HANIF DANCERS....eheee....actually ada 10 orang..tapi yang laen tak dapat dikesan plak..so jangan jeles kalau gamabr korang tak de okeh~dari kiri helmi, anip, dak maton, baby jen, CIK NOAH, amin dan juga baei..


nOta kHaki:after this get prepare for konvo and music project~

Thursday, January 14, 2010

Terserlah Ayu Mu Kategori A



salam my fellassss..


hari nih i gila buat blog walking..dan lagi gila i join contest..tak pernah2 i join contest kat blog taw..dan ini adalah kali kedua untuk hari nih saja!!!!memang gila kan i nih..hehe


nak taw contest apa??meh jom tengok lagi kat bawah nih..baca elok2..dan jangan lupa join sekali yerk..i pon dah join tadi..saja nak mengisi masa lapang di petang ini..kuh3..


:


:


:


:









.Terserlah Ayu Mu Contest.
Terbahagi kepada dua kategori:-
A. Terserlah Ayu Mu edisi 'memakai shawl @ bertudung'
B. Terserlah Ayu Mu edisi 'shawl wearing with anak tudung syria'

.Cara untuk menyertainya.
  1. Setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar 1 penyertaan shj.(Tidak boleh masuk kedua-dua kategori,pilih salah satu shj.)
  2. Jadi follower ButikTejaz.
  3. Buat entri mengenai contest ini dengan tajuk 'Terserlah Ayu Mu-kategori A' atau 'Terserlah Ayu Mu-kategori B'.
  4. Letakkan sekali banner contest pada entri dan link kan kepada link contest ini.
  5. Letakkan juga gambar yang anda pertaruhkan.
  6. Setelah selesai,emailkan data peribadi anda seperti nama ,phone num dan link post anda dengan subject Terserlah Ayu Mu contest kepada anggunpesona88@yahoo.com
  7. Senarai peserta akan sentiasa kami kemaskini dari semasa ke semasa.


okay..dan sekarang ini adalah gambar yang telah i perjudikan..ehhh..pertaruhkan..wakaka..i tak tawlah gambar nih ayu ke tak..cuma i rasa orang yang kat dalam nih gedik terlebih..auuwwww


jeng..jeng..jeng..jom terjaz i punya gambar


:


:


:


:




nih gambar i dan ahli geng gediks masa perform pesta tanglung..bajet macam konon kami ayu sangat lah nih..auuwww..seswai gitu..~