Showing posts with label #kursus KSSR PK tahun 2. Show all posts
Showing posts with label #kursus KSSR PK tahun 2. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Kursus KSSR PK: Hari Keempat

Salam dan selamat pagi!

Okay semalam lupa nak update pasal kursus KSSR PK untuk hari keempat. Rushing sebab banyak kerja. Haihhh baru seminggu pergi kursus kan :o

Semalam punya kursus buat instrumen. Instrumen nih kira macam lembaran kerja untuk murid-muridlah. Alaa dalam modul dah ada instrumen dengan evidens. Nih kena buat lagi. Memang thumbs up untuk kursus macam nih!! I like bebeh~

Hari pertama jerk dapat balik awal. Hari-hari yang seterusnya tak berpeluang langsung. Langsung tak fleksibel dengan masa. Cikgu nih kan macam anak murid gak. Tahap memberi perhatian dan fokus tuh akan berkurang kalau asyik duduk jerk kan. Lagi plak dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa. Haihhh nak melentok jerklah mata nih.

Okay dua hari nih aku mengalami perasaan yang teruk dengan encik OLLIE. Memang nanti akan ku serbu si pusat servis PROTON tuh. Aku suruh check kenapa kereta aku susah nak hidup kau tak check yerk!! Aku dah call careline dan dia orang suruh report dekat HQ. Haa tunggulah nanti aku dalam proses nak report dekat TRIBUNAL!!







Wednesday, September 28, 2011

Kursus KSSR PK: Hari Ketiga

Salam!

Haaa nih aku tengah curi tulang. Bagus jadi kumpulan pertama nih. Dah habis present boleh suka-suka hati nak dengar orang present ke tidak. Ohh jangan ikut cara cikgu degil nih ekh :o

Nak tunggu kursus nih habis hingga hari Jumaat nih sangat azab. Kalau bawa Juju dengan Chika best juga. Tapi bilik kursus nih kecil. Kang kejap lagi si Chika crabbing dengar satu bilik! Aku juga yang niaya nanti. Haihhh

Nih RPH untuk tahun depan dah siap. Tinggal kena buat rancangan tahunan jerk. Tapi rasanya tak susah kot nak buat rancangan tahunan PK nih.




Kursus KSSR PK: Hari Kedua

Salam!

Hari kedua semalam kursus perghh mantap mata den nih haaa. Sarapan pagi disajikan dengan nasi lemak dan kopi o. Ohhoiii mengantuk kot pagi-pagi makan nasi lemak. Tapi aku tak minum kopi so azab gilalah nak tunggu kursus tuh habis. Say NO to CAFFIEN!!!

Semalam sumpah aku memang penat. Dahlah balik lambat. Tak fleksibel betul JU nih. Ngam-ngam pukul 4 gak dia nak lepaskan balik. Haihhhh aku nih kalau drive petang sorang-sorang memang ngantuk mata nih.




Juju Chika pon dapat main sekejap jerk. Sorry yer anak-anak mommy. Minggu nih sumpah mommy banyak kerja dan sibuk. Minggu depan pon sama gak kena handle bola jaring dengan camping sekolah. Haihhh

Errmmm semalam punya kursus buat bengkel dan RPH. Ohhh complete sudah RPH PK Tahun 2 aku untuk tahun depan. Ehh itu pun kalau aku mengajar lah kan. Totally kursus KSSR PK untuk hari kedua agakkkk bosan!!

Tuesday, September 27, 2011

Kursus KSSR PK: Hari Pertama

Salam!

Minggu nih minggu aku a.k.a Cikgu Wati berkursus. Ohh yeahh lima hari tuh beb. Ohh yeahh lagi tak payah mengadap muka budak-budak. Ppfftttt!! BEST~

Aku diarahkan pergi kursus induksi KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 2 di PKG Sungai Sayong. Ohh wallawehh. Lebih kurang empat puluh lima minit kalau tak banyak lori dan jalan lengang. Aku bawa kereta tak laju pun. Jalan kampung kan. Lopak merata alam. Ehhh tuntutan pun masyuk gak nih. Boleh isis minyak kereta penuh dua kali!!

Sekian sahaja laporan untuk kursus pada hari pertama. Secara keseluruhan sangat memmmmmbosankan dan mengantuk!! Aku tak tahu berapa kali aku menidurkan mata dengan sengaja :p