Showing posts with label #Kursus Bengkel Taklimat Ceramah Seminar. Show all posts
Showing posts with label #Kursus Bengkel Taklimat Ceramah Seminar. Show all posts

Tuesday, May 22, 2012

Kurus Profisiensi Bahasa Inggeris MBI

Assalamualaikum.

Kursus Profisiensi Bahasa Inggeris MBI untuk guru bukan opsyen. Hahh memang layak untuk aku. Majoring in Physical Education (PE) but teaching English more than PE. 

In the morning, teach PE after recess teach English. Can imagine how my body works? Like a robot! Fuhyoooo. I can be a supercikgu!!

9 days of courses in SMK Bandar Putra-one of cluster school in Johor, from 8.00 am until 5.00 pm (in schedule ONLY). Today-day six, lack of motivation to attend the course. Three days left. Then, i am ready for my holidays!!!!

Raff, my sweet and steady boy forever ^•^

Saturday, November 19, 2011

Kursus, Kerja, Cuti

Salam.
Ehhh tengok! Aku sekarang bukan main susah nak update blog. Padahal banyak jerk benda nak story mory dekat korang. Tak pe. Blog picitan :p

Minggu nih minggu terakhir sekolah. Okay bestlah korang anak murid CUTI lama bagai. Sebulan setengah tuh. Cikgu punya cuti jangan cakaplah. Kalau tak, tak delah aku terperuk dekat hotel seri malaysia nih sampai esok. Okay then cuti dua hari. Rabu sampai jumaat kerja balik. Lepas tuh baru cuti ekhhh. 

Tapi cuti-cuti pun dah ada kerja sedang menunggu. Kena buat kerja HEM sebab aku telah dilantik sebagai setiausaha HEM untuk tahun depan! Wahh macam best kan. Bukan tuh jerk. Ramai benor nak rebut aku jadi setiausaha nih. Haihhh cikgu hebat menaip semua nak rebut. Citttt~~


Friday, September 30, 2011

Kursus KSSR PK: Hari Keempat

Salam dan selamat pagi!

Okay semalam lupa nak update pasal kursus KSSR PK untuk hari keempat. Rushing sebab banyak kerja. Haihhh baru seminggu pergi kursus kan :o

Semalam punya kursus buat instrumen. Instrumen nih kira macam lembaran kerja untuk murid-muridlah. Alaa dalam modul dah ada instrumen dengan evidens. Nih kena buat lagi. Memang thumbs up untuk kursus macam nih!! I like bebeh~

Hari pertama jerk dapat balik awal. Hari-hari yang seterusnya tak berpeluang langsung. Langsung tak fleksibel dengan masa. Cikgu nih kan macam anak murid gak. Tahap memberi perhatian dan fokus tuh akan berkurang kalau asyik duduk jerk kan. Lagi plak dalam bilik yang mempunyai pendingin hawa. Haihhh nak melentok jerklah mata nih.

Okay dua hari nih aku mengalami perasaan yang teruk dengan encik OLLIE. Memang nanti akan ku serbu si pusat servis PROTON tuh. Aku suruh check kenapa kereta aku susah nak hidup kau tak check yerk!! Aku dah call careline dan dia orang suruh report dekat HQ. Haa tunggulah nanti aku dalam proses nak report dekat TRIBUNAL!!







Wednesday, September 28, 2011

Kursus KSSR PK: Hari Ketiga

Salam!

Haaa nih aku tengah curi tulang. Bagus jadi kumpulan pertama nih. Dah habis present boleh suka-suka hati nak dengar orang present ke tidak. Ohh jangan ikut cara cikgu degil nih ekh :o

Nak tunggu kursus nih habis hingga hari Jumaat nih sangat azab. Kalau bawa Juju dengan Chika best juga. Tapi bilik kursus nih kecil. Kang kejap lagi si Chika crabbing dengar satu bilik! Aku juga yang niaya nanti. Haihhh

Nih RPH untuk tahun depan dah siap. Tinggal kena buat rancangan tahunan jerk. Tapi rasanya tak susah kot nak buat rancangan tahunan PK nih.




Kursus KSSR PK: Hari Kedua

Salam!

Hari kedua semalam kursus perghh mantap mata den nih haaa. Sarapan pagi disajikan dengan nasi lemak dan kopi o. Ohhoiii mengantuk kot pagi-pagi makan nasi lemak. Tapi aku tak minum kopi so azab gilalah nak tunggu kursus tuh habis. Say NO to CAFFIEN!!!

Semalam sumpah aku memang penat. Dahlah balik lambat. Tak fleksibel betul JU nih. Ngam-ngam pukul 4 gak dia nak lepaskan balik. Haihhhh aku nih kalau drive petang sorang-sorang memang ngantuk mata nih.




Juju Chika pon dapat main sekejap jerk. Sorry yer anak-anak mommy. Minggu nih sumpah mommy banyak kerja dan sibuk. Minggu depan pon sama gak kena handle bola jaring dengan camping sekolah. Haihhh

Errmmm semalam punya kursus buat bengkel dan RPH. Ohhh complete sudah RPH PK Tahun 2 aku untuk tahun depan. Ehh itu pun kalau aku mengajar lah kan. Totally kursus KSSR PK untuk hari kedua agakkkk bosan!!

Tuesday, September 27, 2011

Kursus KSSR PK: Hari Pertama

Salam!

Minggu nih minggu aku a.k.a Cikgu Wati berkursus. Ohh yeahh lima hari tuh beb. Ohh yeahh lagi tak payah mengadap muka budak-budak. Ppfftttt!! BEST~

Aku diarahkan pergi kursus induksi KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 2 di PKG Sungai Sayong. Ohh wallawehh. Lebih kurang empat puluh lima minit kalau tak banyak lori dan jalan lengang. Aku bawa kereta tak laju pun. Jalan kampung kan. Lopak merata alam. Ehhh tuntutan pun masyuk gak nih. Boleh isis minyak kereta penuh dua kali!!

Sekian sahaja laporan untuk kursus pada hari pertama. Secara keseluruhan sangat memmmmmbosankan dan mengantuk!! Aku tak tahu berapa kali aku menidurkan mata dengan sengaja :p



Thursday, May 19, 2011

Berempitan Meredah Highway!!!!

Hampeh lah kan siapa yang buat jadual Bengkel Pemantapan J.Robik Peringkat Negeri Johor nih. Macamlah tak de hari lain nak buat. Dah tuh dekat Pagoh plak!! Oppa oiii jauh okay. JAUH!!

Dahlah pendaftaran dalam lingkungan masa 8.00 hingga 10.00 pagi. Entah sempat ke tidak aku nak sampai nih. Kenapalah kan tak buat jerk dekat KBS Larkin tuh. Nih dah susah payah aku nak merempit subuh kala plak. Eii sejuk tahu tak! Mengantuk mata aku nanti nak merempit.

Bila aku tengok senarai nama peserta tuh tak de plak orang daripada Muar. Yang meramaikannya cuma daerah JB jerk. Kan ke senang semudah ABC kalau buat dekat KBS Larkin tuh. Uhuuu. Satu hal aku nak meredah highway esok pagi! Bak kata Adnan Sempit kan: Di mana ada jalan, di situ ada highway!!

Nahh dah terkena dekat batang hidung sendiri. kenapa aku tak nak baik bas jerk kan?? Elehh aku nih bukan tahu pun stesen bas Muar tuh dekat mana. Pakatnya lagi jauh nak sampai ke IKBN Pagoh tak ke naya dekat aku nanti. Biarlah aku merempit pun kan *walau aku tahu perempuan tak elok merempit

Aku punya tayar empat tak keluar lagi. Maka berempitanlah esok meredah highway!! Yeahhhh~~