Showing posts with label #menjelajah serata alam. Show all posts
Showing posts with label #menjelajah serata alam. Show all posts

Saturday, August 27, 2011

Countdown Raya: 3 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan sayang..

InsyaAllah hari Selasa nanti seluruh umat Islam di Malaysia dan kawasan yangs ewaktu dengannya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Itu bermakna juga Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedih. Diri ini masih lagi tidak pasti akan bertemu Ramadhan sekali lagi.

Sudah tiga hari hujan. Ini pon hujan sedang memuntahkan isinya dengan lebat. Hmmm. Semacam tidak mengizinkan Ramadhan pergi.

Hari ni aku dah mula cuti. Petang nanti nak pergi beli barang untuk masak-memasak. Esok pasti pasar penuh dengan orang. Beli awal senang tak perlu berebut-rebut dengan orang. Kalau membeli di saat-saat akhir nih tak best. Tapi kebanyakan orang macam tuh.

Aku masih berkira-kira buka puasa nanti nak makan apa~ Mungkinkah tat cheese? Kek lapis Sarawak? Kuih raya?? ;p

Wednesday, August 10, 2011

Saya Nak Doodle Dari MawarMerah

Anda nak doodle? Ehh bukan NOODLE ekh tapi DOODLE. Alaaa kartun yang comel-comel handsome jelita tuh. Hahaa ayat merapu. Encik Mawarmerah nak bagi free dekat korang. Tak mahu doodle free? Melepaslahhhh

Tak susah pon nak doodle free nih. Anda hanya ikut apa yang dinyatakan oleh Encik MawarMerah seperti:

-buat satu entry
-letak banner dan link dekat post
-details doodle yang anda mahu
-boleh tag kawan kalau rajin
-yang nih paling BEST: TAK DE TARIKH TUTUP DAN SEMUA ORANG DAPAT!!



Encik MawarMerah, ini details doodle yang saya mahukan *tak boleh demand lebih-lebih ekh walaupun free*

-gambar perempuan bertudung shawl *kipas susah mati shawl nih
-berseluar/berskirt pon boleh dan berbaju lengan panjang
-paling penting saya seorang cikgu sukan!!Yeahhh~
-warna??tak kisah pon tentang warna asalkan doodle cantik, cun melecun, comel ;p




Monday, March 28, 2011

Blogger::Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Bulan 4-6 2011

Mulut muncung itik. Huahuahua~~

Siapa yang rajin nak join bloglist blogger mehlah ke sini ekh. Kali nih Budak Botak buat limit untuk 100 yang terawal jerk. So siapa yang cepat maka tak kan plak engkau yang dapat kan?? Ehee. Nih main aci cepat. Siapa lambat tak dapat!!!!

Senang jerk nak sertai bloglist Budak Botak nih. Rasanya nih yang paling senang dan mudah yang aku jumpa. Cuma buat satu entry dan nyatakan kejantinaan korang jerk. Amacam?? Ada beranikah?? Dan lagi satu jangan lupa letakkan gambar Budak Botak yang super comel nih dalam entry korang. Serta juga silalah beri komen supaya Budak Botak dapat menerjah ke blog korang.

Huhhh. Panjang dah tuh. Nak tahu lebih lanjut silalah berjumpa dengan Budak Botak~~*

Wednesday, February 16, 2011

Gagah Perkasa, Gigih Lagi Plak (>.<)

As salam semua!

Wallawehh. Gila penat I hari nih. Pukul EMPAT baru sampai dekat rumah!! Okay hari nih I sangat suka pergi sekolah!!!! Tetttt. Dahlah I nih gagah perkasa, memang gigih betul kalau hari-hari balik lambat~



Sengal betul hari nih ada sukan MSSD dekat SK Bandar Putra. I tak lah jadi pegawai apa tah lagi nak jadi peserta. Umur pun dah terlebih had pon. Lagi pula I nih kan dah berstatus CIKGU comel. Ngehh3. Dahlah sekolah tuh cikgunya ciput tak delah ciput sangat. Kalau dah belas-belas orang pergi nyibuk-nyibuk berapa kerat jerk yang tinggal dekat sekolah kan?? Heii ambil sempoa cepat pergi kira tinggal berapa??!! *Garang tak I??

Dah tak pasal-pasal I kena jaga budak DARJAH 1 okay daripada pagi sampai lah dorang balik. Ohh what??!! Aku menyampah kot nak jaga budak-budak DARJAH 1 nih. Kerenah banyak betul, cakap pun banyak. Aishh pening kepala I tadi~ Baru cerita siapa baca Iqra' dapat pahala *sebenarnya nak suruh budak-budak kepoh tuh diam* tak pasal-pasal ada yang menangis sebab tak bawa Ira'. Alahai budak nih. Sensitif betulllll. I pun salah cakap juga dah kena tukar statement lain. SIAPA BACA BUKU DAN DENGAR CAKAP CIKGU NANTI DAPAT PAHALA!! Yess ayat terbaik I untuk hari nih~~

Balik sekolah terus berdesup pergi pejabat pos. Omaigucci!! Ramai orang dan tentu sekali I pun dapat nombor tercorot. Heii apa nih bagi nombor corot-corot dekat I? Tahulah kan I nih tak cerdik Matematik. Sengal-sengal jerk bagi nombor corot kan. Memanglah terpaku terduduk melangut mengadap manusia hampir sejam lebih. Huhhh!! Aku benci pergi pejabat pos!!!!

Esok petang ada taklimat guru baharu plak dekat SMK Kelapa Sawit. Aiii tak de ke sekolah yang dekat lagi nak buat taklimat kot. Dahlah petang plak tuh. Kalau pagi syok juga tak payah pergi sekolah kan. I nih dahlah minah rempit. Minah rempit yang bersopan tahu?? Naik motor berbaju kurung. Tak macam korang-korang pergi sekolah naik tayar empat. Tapi I bukan Ana Rafali, dia tuh penyanyi siap menang AJL lagi. I nih cikgu ciput-ciputan, dapat Tokoh Guru Comel pun cukuplah ;p



p/s:Terus menguatkan diri bersama si comel-comel~~

Tuesday, May 25, 2010

jelajah blog A-Y-I-E


bismillahirrahmanirrahim....
salam dan selamat pagi you all..

okeh..mula-mula sekali ND nak minta maaf banyak-banyak kat incik AYIE sebab terlupa nak buat entry khas untuk jelajah blog A-Y-I-E..eheee..harap incik AYIE tak marah ND walaupun ND rasa ada marah-marah gitu haaa..tak baek marah-marah tau..nanti proses penuaan berlaku dengan sepantas kilat!!

banyak komen yang AYIE bagi pada ND..eheee..mula-mula macam bengang gak kan..tapi think positivelah..bagus gak AYIE komen blog ND..sebab ND pon dah lama tak edit blog nih..cuma update cerita sensasi jerkk..muahahaaa..ambil kau..sekali dah kena komen baru terhegeh-hegeh nak edit tuh nak edit nih segala nak bagai..

dan sekarang ND masih dalam proses mencari tutorial untuk mengubah blog ND nih haa..so mungki nanti ada yang tak sempurna sangat..ND nih kalau bab-bab nak baca tutorial memang LAMPI sikitlah..kena belajar direct baru senang faham..ahakss

okeh incik AYIE..sekarang ND dah buat entry khas untuk incik AYIE..kalau ada masa datanglah jelajah blog ND lagi okeh..lagi banyak orang komen lagi banyak yang ND kena belajar..


nOta kHaki:otak merdeka bila exam dah habissssssssss!!