Showing posts with label #hot-hot chocolate. Show all posts
Showing posts with label #hot-hot chocolate. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Selamat Menjadi Isteri Solehah Sahabat

Assalamualaikum dan salam maghrib,

Beberapa jam lagi, sahabat baik daripada kecil hinggalah sekarang akan menamatkan zaman bujangnya. Whewww nak jadi isteri orang dah noks! 

Syukur rezeki dan jodoh dia datang dulu. Rezeki dan jodoh aku? HAHAA! Mungkin malam ni sampai kot. KUANGKUANGKUANG.

Siti Fariza binti Ghazali-inilah dia sahabat dunia akhirat aku. Gaduh sama, baik sama, nangis ketawa sama, pendek cerita semua benda bersama. Dari umur enam tahun berkawan. Sekarang dah umur 25 tahun. Oiii lama tu!

Ramai dah bff serata alam menamatkan zaman bujang. Yang dah beranak pinak pun ada. Aku pun dah beranak pinak. Anak-anak berbulus sugar glider tu haa ada sebelas ekor. Anak juga kan :p

Okaylah noks. Nak siap-siap solat, mengaji dan bermekap bagai. Nak menyaksikan detik bersejarah sahabat dunia akhirat aku. Semoga menjadi isteri yang solehah kepada suaminya, Ezry.

Aduhai pun! Aku suka pergi kenduri kahwin. Cari inspirasi ;)


Ezry dan Siti masa bertunang. Haii dorang nak nikah malam ni aku yang berdebar lebih ;)

Tuesday, October 18, 2011

Suggies Meet Up II

Salam.

Okay ini berita tertunggak. Sekarang aku dah kurang nak mengadap blog nih. Haihhh cikgu super busy sekarang.

Ini cerita ahad lalu 16 oktober 2011 bertempat di Taman Tasik Permaisuri, Cheras Kuala Lumpur. Haaa si mama Azie nih gedik sangat kempunan nak jumpa aku. Ngada betul kan. Ehee dan akhirnya kami berlima dapat juga berjumpa dengan anak masing-masing. Noah, neon, azie, asyen dan cahaya. Ohhooo semua nama samaran kan :p Opss tambah lagi budak tak cukup umur dua orang, Danish dan Ijat adik Neon.

*Ijat, Neon, Cahaya, Noah, Danish dan Azie*








*This is my Chika. How adore her fur ;p




*Mucuk mucuk mommy kehausan yerk. Alalaaa sian dia yerk
*Hehh cecenit nih kot. Ke si Kyky ntah













p/s: Love the moments sigh. Dan ada juga benda yang tidak dijangka terjadi. Tungguuuuuu

Wednesday, August 10, 2011

Saya Nak Doodle Dari MawarMerah

Anda nak doodle? Ehh bukan NOODLE ekh tapi DOODLE. Alaaa kartun yang comel-comel handsome jelita tuh. Hahaa ayat merapu. Encik Mawarmerah nak bagi free dekat korang. Tak mahu doodle free? Melepaslahhhh

Tak susah pon nak doodle free nih. Anda hanya ikut apa yang dinyatakan oleh Encik MawarMerah seperti:

-buat satu entry
-letak banner dan link dekat post
-details doodle yang anda mahu
-boleh tag kawan kalau rajin
-yang nih paling BEST: TAK DE TARIKH TUTUP DAN SEMUA ORANG DAPAT!!



Encik MawarMerah, ini details doodle yang saya mahukan *tak boleh demand lebih-lebih ekh walaupun free*

-gambar perempuan bertudung shawl *kipas susah mati shawl nih
-berseluar/berskirt pon boleh dan berbaju lengan panjang
-paling penting saya seorang cikgu sukan!!Yeahhh~
-warna??tak kisah pon tentang warna asalkan doodle cantik, cun melecun, comel ;p




Tuesday, April 12, 2011

Dah jadi OKB Senyap Plak daripada Dunia Blogging Yerp~~

Hahaa. Bukanlah aku nih jenis manusia yang dapat gaji terus lupakan dunia. Tapi dunia perguruan aku terlalu banyak kerja. Siapa yang cakap kerja jadi cikgu tuh sikit silalah berfikir berjuta million kali untuk berkata sedemikian! NOKTAH~

Sebelum jadi cikgu memanglah kita tak sangka kerja akan berlambak macam nih rupa. Apa kita ingat cikgu masuk sekolah 7.30 pagi balik pukul 1.20 tengah hari tuh kerja ciput jerk ke?? Silaplah wahai kekacak dan cecantik sekalian. Kerja guru pada masa sekarang ini *cehh ayat gebang lebih bukan sahaja mengajar tetapi juga membebel dan sibuk berniaga. Hahh. Tak percaya ke?

Cuba tengok aku nih. Tak payah tengok akulah. Tengok keadaan sekeliling kita. Kita sibuk macam mana pun Facebook mesti nak online punya kan? Tak dapat lama sekejap pun jadilah asalkan status tuh berubah kata. Betul tak??!

Tapi aku kalau nak update blog memang payah sikit bila time banyak kerja nih. Aku perlukan ketenangan dan kepala otak yang segar untuk update blog. Aku tak mahulah update blog dengan entry entahapehape *sedangkan memang entry aku kekadang entahapehape pun kan ;p

Aku menyepikan diri daripada dunia blogging semenjak dapat gaji pertama bukanlah sebba aku pergi berfoya-foyan dengan segala skandal aku. Tapi aku sibuk menyiapkan segala SBOA *school based oral assessment nih. Sekolah baru kan. Banyak bendalah yang kena buat. GPK dok kalut sekolah lain dah kena pantau. Tuhlah dulu aku tanya cakap tak payah buat lagi. Sekarang siapa yang susah?? Nasiblah kan aku dah buat sikit-sikit. Siap ada cikgu yang nak suruh aku buat kerja dia lagi. Ewah ewah ewah~ Macam aku tak de kerja lain kan ;)

Aku pon baru sempat belanja Eno dengan Danish makan pizza hut. Adik aku yang lagi seorang tuh dah menuntut janji minta aku belanja. Tunggulah hujung minggu nih kalau tak de aral melintang aku rajinkan diri nak turun KL tuh. Mentang-mentang aku beru berWANG, macam-macam yang di demand nya ekh.


*nyumm nyumm sedapnya Kenny Rogers ini (T__T)

Wednesday, April 06, 2011

Pandang-pandang Jeling-jeling Orang Mendapat Gaji Pertama. Ada Berani????

Cettt. Kunun tadi berangan nak masukkan duit dalam akaun. Sekali bila check baki ada 38++!! Omaigoddd!! Aku terpaku kejaplah kan depan mesin ATM tuh. Setahu aku kerani cakap dia salah buat aku punya gaji. Itu pun dua minggu yang lepas dia bagitahu. Jadinya aku tak expect langsung akan dapat gaji bulan Februari dengan bulan Mac. Sebab aku dah agak gaji aku mesti masuk hujung April nih ;(

Tapi bila gaji dah masuk alamakkkk sukahati lah beb!! Minggu nih pon banyak orang bank yang datang sekolah sebab ada cikgu-cikgu yang nak buat loan. Aku cuma pandang-pandang, jeling-jeling pasang telinga jerklah dengar orang bercerita pasal loan nih. Orang tak dapat gaji lagi kan..

Dah berminggu-minggu gaji masuk aku pun tak tahu. Kerani nih pon satu hal juga. Kot-kot nak mainkan aku janganlah sampai macam nih. Minggu nih aku jadi Orang Kaya Baru. Kena tunaikan hasrat Danish nak makan pizza!! Yerp aku memang jakun sikit walaupun ada kawan-kawan aku yang dah dapat gaji. Tapi tidak mengapa. Lambat dapat gaji lambat jugalah habis kan ;p

Esok dan lusa aku akan berkampung di padang. Pesanan kepada Encik GPK 1 silalah beri relief kelas aku yang banyak tuh kepada cikgu-cikgi yang selalu MC okay. Hahh ini misi membalas dendam. Sebab aku tak pernah ambil MC dan selalu dapat relief mengalahkan kelas yang diajar~~



p/s:Nak shopping Suggie ;p

Friday, March 04, 2011

Aku Ada FaceBlog!! ;p


Dah beberapa minggu aku join FaceBlog nih. Baru hari nih berkesempatan nak update blog bagai. Kalau korang nak join FaceBlog nih bolehlah pergi ke sini ekh.


Dan jangan lupa buat satu entry khas untuk FaceBlog nih. Aku copy dan credit jerk daripada FaceBlog nih ;p Dasar pemalas!!!!

Inilah dia entry yang dicopy credit tuh..


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA. TERIMA KASIH~~



Sunday, February 20, 2011

Kenapa Shawl Menjadi Pilihan Hati ;p


Banyak sebab kenapa aku suka gila dengan shawl. Kalau pergi Jalan TAR memang tak sahlah kalau aku tak beli shawl walaupun sehelai. Dulu era pakai shawl nih tak semeriah sekarang. Aku mula pakai shawl kalau tak silap aku masa umur 15 tahun!! Nahh masa tuh tahun 2002. Sekarang dah tahun 2011. Memang macam langit dengan tanah jerk beza fesyen shawl dulu kala~~



Inilah antara sebab-sebab kenapa aku suka gila kentang dengan shawl ;p



1. Jimat sebab kalau pakai shawl kedut-kedut atau jenis crumple tuh memang tak payah iron. Bukan pemalas tapi fesyen kan ;O
2. Harga memang murah kalau nak dibandingkan dengan harga tudung bawal entah apa-apa tuh. Kadang rm5 pon dah boleh dapat tapi kena tengok juga jenis dan kualiti ;p
3. Macam-macam style gitu kalau pakai shawl. Kau nak belit macam mana pun belitlah janji kau tak mati sebab belit shawl dekat leher ;D
4. Aku jenis yang nak cepat. Kalau tudung bawal tuh kejap nak pin sana pin sini. Dah buang masa aku kan. Shawl simple jerk. Kalau pandai pakai tak guna pin pon boleh ;)
5.Kalau pakai shawl nampak lagi fresh banding pakai tudung bawal sebab tudung bawal kan banyak batu, sulam bagai. Geng mak cik-mak cik sesuai lah pakai shawl. Aku kan muda remaja haruslah pakai yang funky!!





Nah sekarang aku buktikan apa yang aku tulis tuh dengan gambar budak comot ;p



Kawan-kawan tak suka aku pakai tudung macam nih. Dorang cakap aku minah indon. Ggrrr jangan main-main weih. Aku mix blood okay!!

Haaa yang nih time photoshoot. Senang jerk aku pakai shawl. Kalau pakai tudung lain gambar aku tak secantik ini ;p


Tengok nih shawl crumple yang aku suka gila sebab tak payah iron~~


Pakai shawl siap boleh pakai dengan inner macam-macam style lagi ;D


Tips Untuk Kelihatan Comel Di Dalam Gambar =.=


Aku tahu tak semua orang comel macam aku *tettt tapi kita boleh buat-buat comel tak kira masa dan tempat. Ngaaa ini bukan hipokrit ekh. Nih cuma nak memvariasikan kehidupan kita. Cehh kalau hari-hari pun buat benda yang sama bosan gak kan. Sekali sekala ubahlah sikit benda yang membosankan tuh ;p

Ini aku nak kongsi tips untuk kelihatan comel di dalam gambar. Dalam gambar jerk okay!! Kang nanti ada orang salahkan aku kenapa dia tak comel dekat luar gambar plak. Itu mak tak boleh nak jawab sebab kita manusia saling berbeza ;)

Kalau nak comel dalam gambar ambillah gambar posing macam dekat bawah nih. Tak payah nak malu-malu segan blushing bagai. Gambar kau, suka hati kaulah kan nak posing macam mana kan. Haa aku nih terpaksa buat muka tak kesah suruh orang ambil gambar macam nih. Meh jom tengok gambar aku (T__T)




Gambar 1:Hahaa sila abaikan~~ Tapi aku suka ;o


Gambar 2:Kan comel jerk tuh. Tertutup sikit bahagian yang besar ;p

Gambar 3:Wallaweyh!! Main kenyit-kenyit mata plak dia kan. Babab nanti karang!!!!



Aaaa tuhlah dia tips sengal-sengalan daripada aku macam mana nak NAMPAK COMEL DI DALAM GAMBAR. Kalau korang buat tak jadi juga, bukan salah ibu mengandung okay!!!! Selamatlah korang mencuba tips tak seberapa nih ekh. *All the pictures credit to him



p/s:I like camwhoring!!!!

p/s/s:Janganlah plak korang cakap aku nih perasan yerk~~

Monday, February 14, 2011

Kami Ahli Geng Gemoks Comel Sedunia..Yeahhhh!!


As salam!!

Daripada petang tadi duduk mengadap incik laptop. Kununnya nak buat laporan program orientasi. Hei!! I kan cikgu BAHARU. Haruslah ada orientasi bagai nih~~Tapi daripada tadi juga masih satu muka surat yang lulus. Wahhh. Serius sungguh I blur tahap cipan. Jangan nak hina cakap I pemalas ekh. I memang tak de idea langsung nak menggoreng menatang nih =.=





Kepada ahli-ahli geng gemoks, Maton Saad dan Nana Alias *kami memang kurus walaupun orang panggil gemok* much much miss and love you!! Yeee I bukan lesbo kalau I cintakan mereka ;p


p/s:Gengs, really miss our times....

Thursday, October 14, 2010

.bitten by CHARLIE.

salam and morning fellas!!

uihh. dah lama betul tak tulis entry guna english. tak pelah. sekarang bulan bahasa kebangsaan. writing using malay is better. ngeh3

My armpit was bitten by charlie. itu tajuk berita pagi nih. siotlah charlie nih. mula-mula ingatkan melecet tapi rupa-rupanya si charlie yang gigit. weih sakit der. macamlah tak de tempat lain nak gigit kan. dahlah ada LIMA kesan gigitan dia tuh! uhhh dahsyat beb!! nasib dia tak naik dekat muka. syukur~ tapi sakit juga bila dia gigit dekat armpit nih. tak selesa semua pun ada. lagi-lagi kalau berpeluh. uhhh pedih kot.
pesanan untuk si charlie:
tak pelah kalau nak gigit pon. tapi jangan sangka ND tak akan ambil tindakan yerk. memberi amaran kepada binatang?? ohhhh what the fish ND??


nOta kHaki:kepada orang-orang yang nak emo tak tentu pasal, sila muhasabah diri anda dulu~~

Monday, April 12, 2010

sudah dapat elaun buku yeayyyy!!!!


salam dan selamat tengah hari semuanya....

cuaca masih lagi panas kat perlis nih....kekadang jerk ada hujan turun....*ermm..apakah kaitan hujan dnegan tajuk entry cik noah hari nih??*okeh3 cik noah teruskan cerita....
alkisahnya..........

*teruja melihat duit ini??*


elaun buku sebanyak RM600.00 sudah dimasukkan ke dalam akaun BSN anda!!!!eheeee....opsss bukan anda semua..tetapi student IPG Perlis jerk....kuang3....okeh serius beb!!nih betul2 serius..dah macam2 cerita panas keluar tentang elaun buku nih..sepatutnya dapat masa dengan elaun lain hari tuh..tapi disebabkan 'KEPANDAIAN' dan juga 'KEBIJAKSANAAN' seseorang, maka tertangguhlah elaun buku kami tuh....rasanya kalau BPG tak datang check kewangan IPG mesti masalah nih tak selesai..siap ada page lagi kat FB..dasat nih bebudak IPG Perlis....*thums up!!*

dan tentang elaun berita yang menggembirakan..yang paling tak menggembirakan ialah kena beli buku dengan KOPERASI....what the hell nih????ko-op tuh pon tahu nak ambil untung jerk..poyo nak mamp**!!suka sangat ambil duit student..pelik bin ajaib betul dengan gelagat manusia yang entah tak disangka..siap ada pangkat 'TUAN HAJI' dah kat nama tuh..so perangai pon kenalah sama macam pangkat yang telah diperoleh kan..*ayat agak skema sebab baru lepas siapkan assignment PSS*..betullah kan orang cakap..nama tuh tak melambangkan keperibadian seseorang..memang dah terbukti nih....

dan juga tak bermakna elaun dah masuk adalah masa untuk bersuka ria, joli sana sini kan..kenalah beringat sementara senang nih..selalunya time senang orang memang payah nak ingat..time susah nanti baru nak ingat kan....lagi2 cik noah nih haaa....tahun nih last dapat elaun..nak tunggu keje dapat gaji lambat kotttt....itupun kalau berkesempatan....


nOta kHaki:elaun dah masuk maka tabung untuk beberapa bulan nih terselamat~

Wednesday, April 07, 2010

mode silent sebentar ekh~


salam....

ringkas dan padat....

Align Centercik noah telah mengaktifkan mode silent untuk berblogging pada minggu ini ekh..too many works at the same time..gonna be crazy okeh~adushhh..okeh cik noah tipu..tak mahu jadi gila yerk..


hanya ini jerk santapan untuk ketika dan saat ini....lain kali kita jumpa lagi....ahakssss~


nOta kHaki:pak incik, kalau ada masa tolong update..you promise me right??eheee.... o_O

Tuesday, October 06, 2009

Definition of KISS

Prof.of Economics
Kiss is that thing for which the demand is always higher than the supply.

Prof. of Accountancy
Kiss is a credit because it is profitable when returned.

Prof. of Algebra
Kiss is infinity because two divided by nothing.

Prof. of Geometry
Kiss is the shortest distance between two lips.

Prof. of Physics
Kiss is the contraction of mouth due to the expansion of the heart.

Prof. of Chemistry
Kiss is the reaction of the interaction between two hearts.

Prof. of Zoology
Kiss is the interchange of salivary bacteria.

Prof. of Physiology
Kiss is the juxtaposition of two orbicularisoris muscles in the state of contraction.

Prof. of Dentistry
Kiss is infectious and antiseptic.

Prof. of Philosophy
Kiss is the persecution for the child, ecstasy for the youth and homage for the old.

Prof. of English
Kiss is a noun that is used as a conjunction, it is more common than proper, it is spoken in the plural and it is applicable to all.

Prof. of Architecture
Kiss is a process which builds a solid bond between the two dynamic objects.

Prof. of Comp.Science
What is a kiss? It seems to be an undefined variable.