Showing posts with label #hari raya hari yang mulia. Show all posts
Showing posts with label #hari raya hari yang mulia. Show all posts

Tuesday, September 06, 2011

Lirik Lagu Raya: Suasana Di Hari Raya (Anuar Zain & Ellina)

SUASANA DI HARI RAYA-ANUAR ZAIN DAN ELINA

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beraneka macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak diberi

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )











Sunday, September 04, 2011

Esok Belum Kerja Lagi. Yes!

Salam Syawal sayang..



Esok dah mula kerja. Sekolah pun dah mula sekolah juga. Giliran aku bekerja belum tiba lagi. Hari Selasa nanti baru sekolah aku buka. Ehehee. Bangga nih dapat cuti lebih.



Jangan besok pagi aku giat bangun nak pergi sekolah plak. Memang aku mengajar pak guard jerklah esok kalau mengigau juga pergi sekolah.



Tadi dapat kad undangan perkahwinan. Alahaii banyak betul kawan-kawan nak kahwin bulan September nih. Bila dapat kad, sibuk tanya kad aku bila nak bagi. Haihh bosan dengar soalan yang sama. Jodoh aku ada dah. Bila masanya aku nak kahwin tunggu jerklah kadnya sampai. Allah maha mengetahui bila aku nak kahwin. Ppftt jawapan bernas ;p



Malam nih aku nak berjimba-jimba lagi dengan Juju dan Chika. Semakin hari semakin sayang pada budak dua ekor tuh. Lagi aku bertambah sayang kalau dorang gigit tangan. Ppfftttt!! Tak sakit tahu!!



Pesanan untuk kawan-kawan aku yang akan bekerja esok, selamat menjalankan tugas ekh. Jangan lupa bawa kuih raya jamu dekat guru besar dan juga guru kecil.

*Jom pergi pantaiiiiii!!

Saturday, September 03, 2011

Keluarga Kecil Noah

Salam Syawal sayang..

Berita yang sangat menggembirakan aku raya kali nih! Tiada langsung bergambar dengan baju raya. Sebab?? Baju raya dalam keadaan yang sangat menyakitkan hati. Hmm nih yang malas kalau tak de tailor tetap. Hampehhh

Okay tak nak marah-marah sumpah seranah. Benda dah berlaku so i'm just let it go even my heart stuck!




*My small family: dari kiri Karim, Eken, Darwish, NOAH, Danish, Eno, Hafis. Parrots dengan iguana tak mask dalam family ekh ;p

*Darwish bersama acik Noah comel..Lalalalalala~

*My heart, my soul, my everything!!

*Mama Eno with her second son, Darwish~

*Eken, my eldest sister.
  

Nah Ambil Lagi Entry Untuk Raya!!

Salam Syawal sayang..

Ini entry kedua untuk hari nih. Dah berapa hari aku tak update blog. Tak update macam-macam. Malas nak bawa laptop. Bukan dapat line pon. Memberatkan bonet kereta jerk nanti.

Ini juga entry kedua untuk bulan September. Sekejapnya dah sampai bulan September kan. Maknanya tak lama lagi aku pun dah bertambah usia. Aiyoo. Tak kisahlah umur dah banyak pon. Yang penting aku masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini. Aminn.

Raya kali nih kurang meriah sikit. Tiap-tiap tahun pun dah tak meriah sejak abah emak nenek ayah nenek tak de. Daripada kisah baju raya sampailah kepada kisah-kisah yang lain. Tapi paling aku bengang mestilah dengan kisah baju raya. Haihh. Memang lepas nih aku kena cari kelas menjahit. Tak nak dah upah baju dekat orang. Menyakitkan hati dan sanubari.


*Raya sebulan ooiii oiii!!

Cuti Memang Tak Pernah Cukup.

Salam Syawal sayang..

Pukul 2.30 tadi aku dah sampai dekat Johor. Syukur alhamdulillah lebuhraya tak banyak kenderaan. Cuma banyak abang-abang dan pak cik-pak cik polis. Ehee. Dan aku pun sukalah bila tekan pedal minyak ;p

Bila sampai Johor hujan lebat. Hmm aku paling tak suka hujan selebat-lebat tidak bila bawa kereta. Lagilah kalau ada kenderaan yang tak pasang lampu. Memang nak kena fire jerk bila aku nak potong time tuh baru kau nak pasang lampu! Cettt~

Esok dan esok cuti lagi. Hari Selasa dah kerja. Alalaa. Sambunglah cuti lagi. Aku nak rehat lagi. Penat balik kampung tak hilang lagi. Penat layan Juju Chika barking. Penat layan orang datang rumah. Penat layan perut makan kuih raya. Penat juga melayan perut keluar masuk bilik air.

Tuesday, August 30, 2011

Sugar Glider: Chika Semakin Baik

Salam Syawal sayang..

Aku dah mula rasa kebosanan pada Syawal kali nih. Hari nih hujan sejak daripada tengah hari sampailah sekarang. Lagilah sempoi tak de budak-budak datang beraya.

Okay kali nih aku nak cerita sedikit tentang Chika. Chika adalah sugar glider aku yang kedua selepas Juju. Mula-mula aku beli Chika sangat garang. Walaupun dia sangat ‘ngam’ dengan Juju tapi dia tak sangat geng dengan aku. Pilih kasih kan!!

Crabbing memang dah wajib bagi Chika kalau aku nak pegang dia. Mula-mula aku agak stress kenapa dia nih macam tuh sekali. Sebab masa aku bela Juju, Juju tersangatlah baik. Tapi Chika macam langit dengan bumi. Minggu pertama aku bela Chika aku biarkan jerk dia dalam cage dengan Juju. Aku memang tak usik langsung. Aku nak dia serasi dengan cage, serasi dengan Juju, serasi dengan persekitaran dan juga serasi dengan aku.

Nak bondingkan sugar glider nih memang ambil masa. Rezeki aku agaknya dapat sugar glider yang agresif dan tersangat mencabar. Bagi aku sugar glider yang manja adalah satu perkara yang subjektif. Tak semua sugar glider boleh manja kan.

Tapi sekarang setelah hampir tiga bulan aku membela Chika Alhamdulillah dah banyak perubahan yang dia tunjuk dekat aku. Dah tak de crabbing lagi. Chika dah mula nak datang kalau aku hulur tangan. Lama kan masa yang aku ambil. Aku tidak pernah kisah kalau sugar glider aku nih gigit ke, berak kencing merata. Itu lumrah binatang. Dan aku memang suka kalau Chika gigit tangan aku. Kalau Juju yang gigit sakit gaklah sebab dia dah besar ;p


*Tengok kekembangan bulu dia. Hari-hari disajikan dengan ayam~

*Auuww chak anak mommy!! Dah besar jangan nakal yer~

Hari Ini Hari Raya

Salam Lebaran sayang..

Alhamdulillah hari ini aku berkesempatan menyambut lebaran. Macam biasa pagi raya. Sediakan apa yang patut, mandi sunat, mandikan budak dua orang tuh, makan ketupat, rendang, lemang, kuih raya, tunggu orang datang.

Angah kerja hari nih. So akulah yang menjaga rumah. InsyaAllah petang nanti kalau tak de aral melintang baru aku berjalan ke rumah jiran tetangga.

Daripada pagi tadi aku tunggu orang datang. Nahhh seorang punya kelibat pon tak de yang datang. Yang ada tadi cuma Umi datang hantar makanan. Umi memang suka hantar makanan dekat aku. Kawan emak semenjak aku kecil sampailah sekarang. Hampir 22 tahun berjiran.

Entah kenapa raya nih aku rasa semakin sunyi. Selalunya raya pertama nih budak-budak dari mana-mana jerk akan datang. Tapi hari nih sunyi sangat. Bunyi kenderaan pon tak berapa nak bunyi. Ramai yang dah balik kampung agaknya. Aku jerk lagi yang belum balik kampung. Tunggulah esok!!

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Halalkan segala makan, minum, perbuatan, bahasa dan sebagainya. Buat salah lagi nanti minta maaf lagi. Macam itukah erti raya??

Monday, August 29, 2011

Countdown Raya: 1 Hari Sebelum Raya

Salam Syawal sayang..

Hari nih aku lambat update entry. Banyak kerja nak siapkan dekat rumah. Tambah lagi menjaga dua orang budak kecil nih. Huhhh! Patutlah pon berat aku turun dengan mendadaknya ;p Itu belum lagi aku melayan kerenah si budak dua ekor.

Esok raya. Macam biasa kalau dekat rumah pusaka nih tugas aku adalah memasak. Kali nih aku masak tak banyak. Sebab raya kedua nak balik kampung dah. Jiran tetangga pon ramai yang balik kampung masing-masing. Sekarang nih tinggal jiran tetangga yang non-muslim jerk. Tak lupa juga anjing peliharaan mereka yang masih menyalak tuh!!

Aku cuma masak ketupat segera Nona, rendang daging, ayam masak kicap, taufu fa, air kacang soya dan tak lupa juga membuat lemang di kedai tepi jalan. Ehee. Entah apa-apa jerk lauk raya kali nih. Aku suka minum air soya. Sebab tuh aku nak raya kali nih minum air soya. Sedap dan kurang gula ;p

p/s:Menguatkan hati dan perasaan. Sedihnya hati aku mendengar takbir.


Sunday, August 28, 2011

Countdown Raya: 2 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan sayang..

Dah tak lama masa yang ada untuk Ramadhan. Lusa dah raya insyaAllah. Hari nih hari kedua aku bercuti. Sekolah kan memanglah cuti Sabtu dengan Ahad nih.

Hari nih aku kemas rumah, kemas cage Juju Chika, kemas segala-galanya. Huhh penat! Mana nak kemas mana nak layan budak dua orang dan budak dua ekor tuh lagi. Dahlah aku seorang! Fffttt~

Hari aku berbuka dengan chicken porridge, double GCB, kuih lopez dan coolblog. Nyumm nyumm. Tak larat nak masak. Penat. Bazar pun dah tak ramai orang yang berniaga. Esok pun terfikir nak makan apa lagi ;p


p/s:Ada tak sesiapa yang sudi pinjamkan emak dan abah dia untuk raya pertama nanti??

Saturday, August 27, 2011

Countdown Raya: 3 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan sayang..

InsyaAllah hari Selasa nanti seluruh umat Islam di Malaysia dan kawasan yangs ewaktu dengannya akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Itu bermakna juga Ramadhan akan meninggalkan kita. Sedih. Diri ini masih lagi tidak pasti akan bertemu Ramadhan sekali lagi.

Sudah tiga hari hujan. Ini pon hujan sedang memuntahkan isinya dengan lebat. Hmmm. Semacam tidak mengizinkan Ramadhan pergi.

Hari ni aku dah mula cuti. Petang nanti nak pergi beli barang untuk masak-memasak. Esok pasti pasar penuh dengan orang. Beli awal senang tak perlu berebut-rebut dengan orang. Kalau membeli di saat-saat akhir nih tak best. Tapi kebanyakan orang macam tuh.

Aku masih berkira-kira buka puasa nanti nak makan apa~ Mungkinkah tat cheese? Kek lapis Sarawak? Kuih raya?? ;p

Friday, August 26, 2011

Countdown Raya: 4 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan sayang..

Semalam aku kehilangan Juju almost the whole day. Syukur Allah masih panjangkan jodoh aku dengan dia. Pukul 12 lebih malam tadi dia terjun daripada lubang siling dekat loteng.

Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Aku semalam memang hilang pedoman kejap. Seriously blank, blur. Aku tunggu dia dekat luar balkoni siap dengan makanan dan minuman bagai. Dah macam panggil apa jerk malam tadi. Pukul 12 aku tercongok dekat balkoni menunggu si Juju tahu!! Juju Chika nih dah macam nyawa aku.

Bila dia terjun daripada siling tuh aku pun giatlah kejar dia dalam gelap. Kalau buka lampu kang sure confirm dia mencicit lari. Nasib dia cuma lompat si katak lompat jerk. Arghhh!! Juju buat hati mommy tak tenteram ;(

Bila dia dah kembali ke pangkal jalan, aku pun bagi upah dekat dia. Cengkerik empat ekor. Huhhh tamak haloba punya anak. Aku tahu dia lapar duduk dekat bumbung tuh. Lain kali jangan nak buat cubaan melarikan diri lagi~

Chika pun sukalah bila hubby dia dah balik. Sampai berebut-rebut cengkerik dengan Juju. Nasib aku tak geli nak pegang cengkerik ;p

Wednesday, August 24, 2011

Countdown Raya: 6 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan semua~

Sekarang musim ujian bulan 2. Huhh hampehlah kalau ujian masa nak raya. Clashing masa dan plan aku! Sekarang aku lagi tengah menggigihkan mata dan kepala untuk menanda kertas Bahasa Inggeris 2 Tahun Empat punya. Senang cerita kertas essay.

Adehhh berpinar mata den nih haa tengok jawapan anak murid nih. Baru tanda dua kertas mata aku dah ting tong. Ini nak menghabiskan 40 orang anak murid punya kertas. Fulamak! Memang aku tidur kejap lagi kertas soalan nih jadi selimut.

Tadi aku buka puasa dekat Mama Chop Papa Gril *ke terbalik entah namanya nih* dengan Jaja dan adik aku. Sebab dekat situ tengah buat promosi kan haruslah makan. Nanti dah tak de promosi harga dah tak sama ;p Kita kena pandai rebut peluang~~

Okay itu jerk nukilan dan coretan sebelum raya menjelma. Ohh iya terlupa nak khabar. Kek lapis aku dah tinggal separuh. Ketiga-tiga jenis dah tinggal separuh. Anak buah aku punya pasal. Asal buka peti ais minta kek. Asal nak kek jerk buka peti ais. Memang tak sempat untuk raya kek lapis tuh!! Gggrrrr

Tuesday, August 23, 2011

Countdown Raya: 7 Hari Sebelum Raya

Salam dan selamat sejahtera semuanya ;p

Hari nih kek lapis Sarawak yang aku tempah sudah dapat. Ahh ini gamaknya sebelum raya menjelma kek lapis, kuih-muih aku memang licinlah! Dahlah aku nih sangat HEBAT kununnya nak buat kuih-muih tuh. Yerlah hebat MEMBELI!!

Tadi dah tercium-cium bau kek lapis tuh. Aduh sedapnya bau hingga menusuk ke kalbu. Tapi tak delah sampai niat nak buka puasa kan ;p InsyaALLAH kalau tiada aral melintang puasa tahun nih penuh lagi seperti sebelum-sebelum ini. Aminn

Aku cuma beli tiga jenis jerk kek lapis Sarawak tuh. Masam manis, Milo dengan Coklat cheese. Ohh confirm buka puasa karang aku sebat sedikit tiga-tiga jenis kek lapis tuh!! Mumumuuu


*Ohhh sangat berwarna-warni!! Rambang mata jap~

Monday, August 22, 2011

Countdown Raya: 8 Hari Sebelum Raya

Ahh aku nak countdown untuk raya! Dah lama aku tak rasa suasana hari raya sejak abah pergi. Tahun nih emak pergi lagilah hampeh suasana hari raya aku. Ini mulalah aku nak buat kisah air mata plak ;p

Rasanya sejak tujuh tahun yang lalu aku tak pernah beraya dengan emak. Lama kan? Raya pertama aku mesti dengan Eno atau Eken atau nenek. Emak raya dekat kampung. Barulah aku berangan nak beraya dengan emak tahun nih. Tapi Allah lebih sayangkan emak. Nak ziarah pusara emak pon jauh di seberang. Hanya doa yang mampu aku hadiahkan ;)

Ngaa tahun nih tahun pertama aku beraya dengan Juju, Chika dan juga Bobo. Ohh masyuk nih. Minggu nih nak bawa Bobo pergi servis. Aku rasa tayar tuh macam dah lari allignment jerk. Aku kalau bawak kereta tak best mulalah hati rasa tak sedap.

Persiapan raya?? Aku dah ada baju raya sepasang. Warna dirahsiakan sehinggalah aku pakai baju tuh. Budget over noks~ Kuih raya plak tengah menunggu giliran nak pergi ambil. Aku cuma beli berapa jenis jerk sebab raya kedua dah balik Selangor. So, beli sikit-sikit jerk. Tak nak membazir. Best sikit sebab aku beli kek lapis Sarawak. Duit raya Eno yang settlekan. Aku dah settle bab lain, jadi duit raya dia yang sediakan ;o
 
 

 
p/s:Cuti raya nih serabut kepala nak tanda kertas ujian. Arghh stress sedikt yaaa~~