Showing posts with label #benci cinta kasih rindu. Show all posts
Showing posts with label #benci cinta kasih rindu. Show all posts

Monday, December 17, 2012

Alhamdulillah ♥

Assalamualaikum,

Syukur alhamdulillah segala perancangan untuk majlis bertunang selesai dilaksanakan. Ikut perancangan awal sepatutnya Khamis ni aku bertunang. Tapi disebabkan komitmen kerja, aku dan dia awalkan majlis pada Rabu lepas.

7 berbalas 9. Aku cuma buat yang mudah jer untuk majlis. Tapi disebabkan mahu menghormati pak cik mak cik, aku turutkan apa yang dorang suruh. Kalau aku tak perlu nak berkhemah bagai. Cukuplah doa selamat dan jamuan ringan untuk pihak dia.

Banyak masalah untuk aku sebelum majlis ni diadakan. Yatim piatu. Sampai aku rasa majlis tu bukan majlis aku. Aku kena ikut apa Pak Long aku cakap. Nak melawan, dia tu wali utama. 

Terima kasih pada mak cik pakcik sepupu sepapat yang tolong aku dan adik-adik aku hari tu. Meriah dengan macam-macam celoteh! Kalau dorang tak tolong confirm huru-hara ;(













Sunday, December 02, 2012

Tahniah Sahabat-Siti Fariza dan Khairul Ezry!!

Assalamualaikum,

Selamat pengantin baru,
Semoga kekal abadi bahgia,
Ke anak cucu sentosa,
Murah rezeki.

Tahniah diucapkan kepada sahabat aku, Siti Fariza dan Khairul Ezry selamat diijabkabulkan pada 30/11/2012. Huii aku yang berdebar lebih malam akad nikah hari tu ;)

Dulu tengok kawan-kawan aku yang lain akad nikah, langsung aku tak de perasaan. Aku sengih-sengih jer masa akad dah diucap tanda sahlah menjadi suami isteri. Tapi malam tu tidak!

Sementara nak tunggu pengantin lelaki, aku yang berdebar. Dupdap dupdap jantung ni. Aku tengok bff aku ni tak siap make up lagi. Relax jer muka dia. Padahal nak nikah lepas Isya'. Selamba derk jer muka dia! Geram aku noks. HAHAA! Tengok ni! Orang lain yang nak nikah, aku plak overrrr. 

Bab yang buat aku mengalir air mata masa pengantin salam mak ayah. Haihh menderu laju jer air mata. Macam manalah akad aku nanti. Mak abah dah tak de. Hurmm.

Okay mari kita tengok beberapa keping gambar yang dapat aku tangkap ;)

Bersama emak mertua :0. Emak cantik, anak handsome~~

Dah ni jer gambar sekeping. Aku memang menyampah gila bila update blog guna tab! 

Sunday, August 28, 2011

Countdown Raya: 2 Hari Sebelum Raya

Salam Ramadhan sayang..

Dah tak lama masa yang ada untuk Ramadhan. Lusa dah raya insyaAllah. Hari nih hari kedua aku bercuti. Sekolah kan memanglah cuti Sabtu dengan Ahad nih.

Hari nih aku kemas rumah, kemas cage Juju Chika, kemas segala-galanya. Huhh penat! Mana nak kemas mana nak layan budak dua orang dan budak dua ekor tuh lagi. Dahlah aku seorang! Fffttt~

Hari aku berbuka dengan chicken porridge, double GCB, kuih lopez dan coolblog. Nyumm nyumm. Tak larat nak masak. Penat. Bazar pun dah tak ramai orang yang berniaga. Esok pun terfikir nak makan apa lagi ;p


p/s:Ada tak sesiapa yang sudi pinjamkan emak dan abah dia untuk raya pertama nanti??

Monday, August 08, 2011

Header Blog Baru Sempena Bonus Raya


Nahh sempena bonus raya yang bakal menjelma *aisehh macam confirm dapat!!* nih aku suruh encik tersayang buatkan header blog aku!! Muahahaa. Apa guna ada orang terror-terror nih tak suruh buat kan? Nasib dia bukan terrorist ;p

Laptop kecil nih tak de perisian adobe, so aku suruh jerk Kanda buatkan. Dia buat cepat sikit berbanding aku yang detail tang sana tang situ.


p/s:Aku tak reti buat header. Sekian pengakuan jujur!!

Monday, August 01, 2011

Bila Aku Tak Mampu

Ya Allah,
aku mohon kekuatan dan kesabaran dariMu,
hendaknya aku berupaya hadapi sebarang kemungkinan,
aku perlukan abah dan emak,
tempat aku berkasih dan bermanja.

Sunday, July 31, 2011

Bila Cinta Beralih Arah

Korang pernah rasa bila cinta beralih arah? Aku bukan pakar dalam percintaan. Tapi bila aku setia, memang aku setia maut-maut punya. Hahaa ayat puaka. Memanglah aku nih nampak macam buat tak kisah jerk tapi aku sebenarnya sayang. Aku bukan romantik. Kunun.

Aku pernah punya seorang sahabat. Sahabat yang aku sayang sampai bila-bila. Dan aku rasa aku tahu dia pon sayangkan aku sampai bila-bila. Okay aku perasan. Perasaan seorang sahabat lama-lama bertukar tak menjadi sahabat. Huhh. Bila lelaki dan perempuan berkawan, mustahil lah kan tak de perasaan lain. Macam tuhlah yang jadi dekat aku dan dia.

Perkenalan di bangku sekolah yang bermula dengan perasaan benci. Sumpah aku memang benci dia sebab dia PLAYBOY. Aku dulu masa sekolah macam anti-lelaki sikit. Kunun aku fokus pada study. Hampeh. Padahal masa sekolah dulu aku banyak skandal. Keliling pinggang sampai nak gaduh-gaduh. Aku tak cun tapi aku hot ;p

Bila kita pendam perasaan, sakit kan? Aku pendam bertahun-tahun. Aku tak tahulah dia pendam berapa lama. Dalam aku pendam perasaan dekat dia, dengan sesiapa jerk aku layan. Kunun nak tunjuk aku nih macam tak perlu dia sangat. Tapi hakihatnya aku perlu dia. Dah lama putus hubungan, akhirnya Allah temukan kembali aku dengan dia.

Kuat betul jodoh aku dengan dia. Sampai emak aku pun tangkap cintan suka dekat dia. Masak bagai kalau dia datang rumah. Keakraban aku dengan dia yang telah disalahertikan. Aku salah faham, dia salah faham, orang lain salah faham. Yes, I am puzzled.

Sumpah!!Hidup Aku Kosong..

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Puasa kali nih hidup aku makin sayu dan sepi. Aku berpuasa dan berbuka dengan adik-adik. Tak de lagi suara emak.

Cukup. Aku rindu dekat emak. Rindu pada abah juga. Orang cakap bulan puasa nih roh balik rumah dia kan. Ohh aku harap emak dan abah berada di samping aku. Sumpah hidup aku kosong tanpa mereka.

Monday, July 11, 2011

Sugar Glider: Ini Chikaro Juju, Chika Namanya


*Arghh!!Betapa super comel Chika nih....

Name:Chika
Gender:Female
Adopted Since:19 Jun 2011 (she was 2 months old, bought from Sepul)
Fav. Food:Apple
fav. Drink:Honey
Fav. Veggie:Sengkuang
Fav. Treat:Ayam rebus madu+telur burung puyuh

More info about Chika:
Aku bela Chika nih sebab aku kesiankan si anak bujang teruna aku tuh, JUJU. Dia sekarang dah bukan kemain gatal. So aku kenalah cari chikaro untuk dia. Ohh macam mat rempit plak Juju nih siap ada chikaro ;p

Aku ingatkan nak bela female nih lagi senang walaupun masa tuh umur dia baru dua bulan. Tapi rupanya sangkaan aku meleset. Lagi agresif dan payah nak bonding! Nahh ini yang aku suka kalau binatang nih ganas-ganas.

Chika paling suka gigit tangan aku. Dia nih behave sikit daripada Juju yang suka kencing, berak dekat aku. Tapi se-behave2 Chika nih dia pantang kena usik. Mesti bunyi crabbing tuh. Aku benci dengar suggies crabbing. Dahlah kuat gila, sakit telinga aku!!

Aku suka kacau dia tidur. Sebab dia suka kacau aku time aku nak tidur. Dan sebab masa aku beli dia kecil comel lagi, ada satu masa tuh aku rasa macam nak picit jerk dia nih. Hahaa punyalah zalim kan perasaan aku tuh. Tapi aku tak delah kesampaian hati nak picit-picit anak aku tuh. Dahlah mahal, kang sia-sia plak mati di tangan aku kerana geram sangat sebab comel~

Chika nih tak macam Juju. Kalau Juju makan nak bersuap bagai. Chika nih simple jerk. Aku bubuh makanan dalam bowl dia akan bangun sendiri. Kalau Juju minta ampun banyak-banyaklah dia nak bangun sendiri kan. Kadang tuh Chika bawa buah dalam hammock Juju yang menghabiskannya. Sangatlah pemalas si Juju dan sangatlag perajin si Chika ;p

Aku suka nak tayang Chika dekat khalayak ramai. Tapi nanti bukan orang ramai jerk yang histeria tengok dia, tapi dia pon akan histeria juga. Har har har~

ANG-ANG!!

Monday, June 06, 2011

Sugar Glider: My New Lover, JUJU

*My first and only him, Juju~~
Name:Juju
Gender:Male
Adopted Since:16 May 2011 (he was 3 months old, bought from Zukie)
Fav. Food:Honeydew
fav. Drink:Honey
Fav. Veggie:Sengkuang
Fav. Treat:Ayam rebus madu


More info about Juju:
Aku bela Juju nih sebab aku pencinta binatang *ayat puaka. Dia suka kencing dekat aku, gigit tangan aku kalau dah habis licking madu dekat jari, suka cirit kalau aku bagi dia makan HPW. Juju paling benci menyampah kalau aku nak potong kuku dia. Sebab tuh aku rela dan redha jerk kalau tangan aku nih penuh dengan cakaran harimau dia tuh.

Aku suka kacau dia tidur. Sebab dia suka kacau aku time aku nak tidur. Ohh paling comel kalau dia barking. Macam nih hah ANG-ANG. First time aku dengar, anjing-cino mana nih yang menyalak dalam bilik aku. Sekali rupanya si Juju nih yang barking sebab dia bosan aku tidur awal ;p

Juju sangatlah pemanja dan layanan yang nak bagi dekat dia mestilah top high class punya! Juju tak pandang kalau kau setakat letak buah depan dia macam tuh jerk. Dia buka mata and then tutup balik! Nahh jangankan dua biji mata, sebelah mata pon dia tak pandang kau. Kalau kau nak bagi dia makan kau kena belai-belai dia dulu. Panggil nama dia yang comel macam aku tuh *haktuihh!!

Kau kena rajinkan tangan suap dia makan. Kan aku dah cakap layanan dia kena top high class punya. Kalau letak jerk dalam bowl memang aku sumpah kau tidur, bila kau bangun balik makanan tuh dia tak usik pon.

Aku tak suka nak tayang Juju dekat khalayak ramai. Sebab aku tahu ramai peminat dia akan histeria terjerit-jerit bila tengok kepala dia terjenguk daripada bonding pouch tuh. Har har har~~

Friday, June 03, 2011

Mamat Maybank Bikin Panas Hati Jerk~~

Aku memang hangin dekat mamat Maybank nih. Dahlah call aku lepas waktu kerja. Lagi siap salahkan aku tentang sesuatu perkara. Tengok nanti kau. Aku pergi Maybank tuh aku buat aduan pasal kau. Memang tak de adab langsung.

Suka suki kau kata aku tidur ekh. Kau ingat asal petang jerk aku tidurlah?? Kalau dah kau call sampai tiga kali tak jawab tuh maknanya orang tengah sibuk tahu tak!! Nak jerk aku sembur kau balik. Tapi sebab aku nih dah diajar dengan adab dan tatsusila, maka selamatlah dikau wahai Encik F*****S!!

Sebab tuh lah kenapa LELAKI tak sesuai duduk dekat kaunter pertanyaan. Aku bukanlah nak diskriminasi tapi nih kenyataan beb. Jangankan kaunter pertanyaan, jadi juruwang pon tak sesuai juga. Nak bukti?

Pagi tadi aku pergi shell. Masuk dalam aku disambut dengan ramah oleh juruwang PEREMPUAN. Aku tahulah sebab orang yang jadi juruwang nih memang selalu kena ramah, ucap selamat datang, terima kasih dan macam-macam lagi.

Dua minggu lepas, aku pergi shell dekat Hentian Kulaijaya nak isi minyak. Aku masuk dalam si LELAKI tuh tak ucap sepatah haram pon. Yang aku nampak mata dia duk tenung aku atas bawah. Wadehel kan!! Aku memang benci tahap cipan kalau lelaki tenung-tenung perempuan macam tuh. Bukan aku tak pakai baju pun masuk dalam stesen minyak tuh!!

Nih lagi bukti kedua. Kes petang tadi. Banker *perempuan* sebelum nih cakap aku start bayar kereta bulan TUJUH! Si banker lelaki nih plak cakap bayaran pertama 30 Jun. Aku tanyalah balik, "Ehh banker sebelum nih cakap bulan TUJUH start bayar. Tapi kenapa awak cakap 30 Jun plak?"

Banker LELAKI: "Ohh mesti ada salah faham di pihak cik. Tadi saya cakap 30 Jun awak a'a a'a jerk."

Aku: "Tak kan kau cakap aku nak menyampuk plak". 
*Dalam hati aku sangat membara sebab dia terus-terusan menyalahkan aku!!Sibet kau~

Dan akhirnya setelah aku dan banker LELAKI perang mulut kejap, dia cakap macam nih:

"Nanti cik tunggu agreement sampai. Kalau ada tak puas hati cik boleh call waktu pejabat."

Aku plak menjawab:

"Okay nanti saya nak buat aduan pasal adab pekerja. Boleh plak awak call saya di luar waktu pejabat." 
*Nah sebiji aku bagi dekat kau!

Hahaa..Nasib baik di akhir peperangan, kau cakap SORRY MENGGANGGU WAKTU CIK. Tahu pun kau kan kacau waktu aku. Dah tergendala masa aku nak pergi beli ayam!!


p/s:Aku bukan diskriminasi dengan LELAKI. Peace not war ;p

Wednesday, June 01, 2011

Sugar Glider: Juju Bukan Tikuslah Sengal!!

Bengang betul bila orang panggil Juju nih tikus! Eiii tak de makna okay aku nak bawa tikus ke hulu ke hilir!! Yarkssss~~

Tuhlah nih mesti masa dekat sekolah dulu cikgu Sains ajar tak habis. Sugar glider kau panggil tikus@tupai. Tupai tuh okay lagilah comel sikit. Nih disamakan plak dengan TIKUS! Ewww jijik aku dengan tikus taw.

Sugar glider nih spesies marsupial. Tikus tuh spesies rodent. Kan dah beza tuh. Tuhlah kau malas nak cari ilmu. Main serkap jarang jerk cakap Juju aku tikus. Wadehel!!~ Tahu-tahu buka internet cari gosip dulu. Sebab tuh tak boleh beza tikus dengan suggie.

Sebab Juju nih ekor panjang, mata besar, bulu dia warna cokelat kau kata dia tikus ekh. Ohhh buta ilmu betul kan. Kalau tak tahu jangan main cakap jerk. Kan ke elok tanya apa nama binatang comel tuh. Tak pon kau Google jerk banyaklah info pasal binatang kononnya freaky tuh.


*Tengok pakai mata hati bukan pakai mata kepala. Tikus ada line dekat tengah-tengah kepala ke??


p/s:Sugar glider nih binatang paling comel okay~~Aku tumbuk kang siapa cakap aku bawak tikus dalam pouch!!

Sunday, May 29, 2011

Sugar Glider: Hari Pertama Juju ke Sekolah. Bagus Budak Kecil Nih~

Aaaa ingat orang jerk ke yang nak pergi sekolah?? Juju nih pon nak juga pergi sekolah. Bosan kot jaga budak exam. Lebih baik aku bawa Juju pergi sekolah. Biar beradab dan cepat pandai sikit ;p dan lagi tak delah aku penat melayan kerenah budak-budak yang minta jawapan dekat aku~Huhhhh

'Ti, tak de binatang lain ke nak bela?Ada bela binatang luar biasa,' *sesetengah cikgu panggil aku TI

Nahhh itu dia soalan yang aku dapat. Nak bela kucing?? Aku pembenci kucing. Arnab? Dah empat ekor mati. Kura-kura pon ada juga dekat rumah. Ikan ada dah 2 ekor. Burung?? Aku tak suka burung. Makanya dengan itu aku nak bela binatang yang luar biasa. Macam sugar glider nih.

Dah lama aku usha dekat uptown damansara. Tapi time tuh aku tak kepingin sangat sebab sibuk dengan final year. Laa nih dah kerja asyik mengadap muka orang jerk baik aku cari partner bukan orang kan. At leasr tak delah tension sangat kalau mengadap binatang nih kan.

Juju sangat suka hati pergi sekolah. Memang dia menjaga adab dan tatasusila betul. Selalunya kalau pagi-pagi pukul 7 nih tak de makna dia nak tidur. Memang kau sangat behave anak. Sampai aku pun jadi bosan tengok kau tidur jerk~


*Nahh membuta jerk kau dekat sekolah ekh~~


*Nih selimut kesayangan Juju. Aku korbankan sehelai tshirt nak bagi dia bonding. Tapi suka gigit aku gak..Gggrrr~~




p/s:Sepatutnya entry nih publish hari Rabu ;p

Tuesday, May 24, 2011

Mangsa Kepada Lebuhraya....Ohhh Sweat!! #2

Ingat lagi tak kisah tragis aku dekat lebuhraya hari tuh? Kalau tak ingat meh sini aku kasi refresh balik kepala korang dengan cerita nih. Kali nih adalah aku sertakan sekali gambar untuk tatapan korang. Bukan senang sekarang aku nak ambil gambar. Pemalas terlebih plak ;p


*Di kala sang merah ditimpa musibah. Kesian aku terkontang-kanting tunggu bantuan;(


*Hahaaa. Datanglah si heroin menyelamatkan si hero. Ehh terbalik sudah. Terima kasih encik-encik PLUSRONDA ;p Aku tak sempat call dorang dah ronda-ronda dekat situ.


*Nih encik Botak. Oppss lupalah nama dia. Pak cik gelak-gelak dekat aku. Dia cakap perempuan nih tahu bawa motor jerk. Perghhh ayat!!? Time nih encik botak nih sedang memasukkan cacing getah kat dalam tayar.


*Sibet betul!! Nih kali kedua pancit selepas tak samapi 10 minit  aku tunggang si BJV nih. Macam hampeh kan~~Memang flat terus tayar aku tuh!!




p/s:Jangan buat niaya dekat pengguna lebuhraya terutama dekat aku nih yang menunggang motorsikal. SEKIAN~~

Monday, May 23, 2011

Sugar Glider: Si Juju Hiperaktif

Hari nih aku ponteng kerja. Bukan sengaja tapi terpaksa. Ponteng kerja gara-gara ini. Besok budak dah mula periksa. Sekarang aku tengah siapkan buku rekod. Tiga hari pergi kursus macam-macam benda yang terbengkalai.

Nahh pagi nih aku dikejutkan dengan bunyi keletung keletang daripada jiran di sebelah-sebelah sana. Aisehh! Nih mesti projek nak buat longkang depan rumah. Bukan aku yang kesian. Tapi si Juju nih terlompat-lompat jerk dalam cage. Badan siap shaking plak tuh. Terkencing-kencing lagi.

Juju nih dahlah sensitif dengan bunyi kuat. Aku tak tahulah sampai pukul berapa bunyi gerudi nih akan berhenti. Aku pegang Juju pon dia tak mahu. Lari-lari pusing dalam cage. Bagi makan pon dia tak nak.


*Gaya Juju tengah makan pagi tadi. Comel~~

Thursday, May 19, 2011

Berempitan Meredah Highway!!!!

Hampeh lah kan siapa yang buat jadual Bengkel Pemantapan J.Robik Peringkat Negeri Johor nih. Macamlah tak de hari lain nak buat. Dah tuh dekat Pagoh plak!! Oppa oiii jauh okay. JAUH!!

Dahlah pendaftaran dalam lingkungan masa 8.00 hingga 10.00 pagi. Entah sempat ke tidak aku nak sampai nih. Kenapalah kan tak buat jerk dekat KBS Larkin tuh. Nih dah susah payah aku nak merempit subuh kala plak. Eii sejuk tahu tak! Mengantuk mata aku nanti nak merempit.

Bila aku tengok senarai nama peserta tuh tak de plak orang daripada Muar. Yang meramaikannya cuma daerah JB jerk. Kan ke senang semudah ABC kalau buat dekat KBS Larkin tuh. Uhuuu. Satu hal aku nak meredah highway esok pagi! Bak kata Adnan Sempit kan: Di mana ada jalan, di situ ada highway!!

Nahh dah terkena dekat batang hidung sendiri. kenapa aku tak nak baik bas jerk kan?? Elehh aku nih bukan tahu pun stesen bas Muar tuh dekat mana. Pakatnya lagi jauh nak sampai ke IKBN Pagoh tak ke naya dekat aku nanti. Biarlah aku merempit pun kan *walau aku tahu perempuan tak elok merempit

Aku punya tayar empat tak keluar lagi. Maka berempitanlah esok meredah highway!! Yeahhhh~~

Wednesday, May 18, 2011

Musim Entry Bertulis Tak Bergambar

Sekarang aku punya entry banyak tulisan jerk. Gambar pon kadang macam tak wujud. Bukan sebab aku malas. Tapi sebenarnya adalah sikit malas tuh.

Dulu aku memang camwhoring. Tapi sekarang aku dah tak hairan bin ajaib dengan kamera pon. Sebabnya handphone bapak gajah aku tuh dah jadi slow learner plak. Damn betul!! Nak minta yang barulah tuh kan.

Apa jenih telefon lagi entah yang aku nak guna. Dari si Iphone tuh sampailah yang si Milestone nih. Semua buat perangai. Nih yang buat aku mogok nak guna telefon awam jerk ;p


p/s:Banyak sangat gambar kang orang bosan plak.

Monday, May 09, 2011

Mencari Reward Untuk Diri

Gaji dah dapat dua kali. Tapi aku masih lagi mencari hadiah untuk diri sendiri. Apa entahnya yang aku nak beli aku pun tak tahu.

Kasut sukan aku tuh dah menunjukkan tanda-tanda TUA. Ohh sengaja kan suruh beli kasut lain. Lama gak aku tak tukar kasut sukan. Beli yang mahal nih memang berbaloi kan ;p

Jam tangan aku nih pon bateri dah nazak. Tuhlah tinggal satu-satunya jam tangan aku. Yang lain semua dah masuk dalam kubur. Ngehh2.

Bila disenaraipendekkan, makin berjela plak benda yang aku kena beli. Kena fikir lagi nih dengan tenang. Membezakan antara kemahuan dan keperluan. Huhhh. Seksa! Akhirnya duit gaji aku banyak disedekahkan kepada orang.

Haaa itu yang paling afdhal kan. Rasa-rasa dalam kepala otak nih nak beli cincin kahwin plak ;p


p/s:I am healing the feelings....

Sunday, May 08, 2011

Kehilangan Demi Kehilangan Semakin Menguatkan Hati.

Kehilangan lagi orang yang aku sayang. Untuk kali yang keempat. Bila dah banyak kali kehilangan orang yang tersayang, aku dah jadi immune. Dah lali. Dah biasa. Sehingga timbul satu perasaan aku jadi tak kisah dengan kematian orang yang tersayang. Kejamkah??

Pemergian nenek ayah tidak memberi kesan yang besar kepada aku. Kami jarang jumpa dan arwah nenek ayah sangat garang. Buat aku gerun bila balik kampung. Cuma bila balik kampung terasa sepi jerk rumah tak dengar suara arwah nenek ayah. Itu masa tahun 1999. Aku baru berumur 12 tahun. Masih mentah lagi dengan makna kematian dan kehilangan.

2004, 17 tahun, SPM. Saat yang memberi kesan paling mendalam dalam hidup aku. Abah tinggalkan aku dan keluarga buat selama-lamanya. Pemergiaan dia yang tidak disangka-sangka. Sedang aku berjuang dengan SPM, abah pula berjuang antara hidup dan matinya. Setelah dua hari koma, abah pergi menghadap yang Maha Esa. Aku??

Aku meredhakan pemergiaan dia. Walau dalam hati aku terasa sangat berat beban yang aku rasa. Perginya seorang ketua keluarga. Perginya orang yang telah membesarkan aku dan adik-adik. Perginya seorang lelaki yang aku cintai. Hanya untuk bertemu Penciptanya.... Dan segala episod duka kehidupan aku bermula. Menjadikan aku semakin kuat dan tabah mengharungi hidup ini. Sehingga menjadikan aku insan yang degil dan hampir tidak punya perasaan.

Lima tahun kemudian nenek menyusuli pemergian arwah abah. Hilang tempat aku bergantung. Duka yang ada belum sembuh, timbul pula luka yang baru. Jiwa aku terus-terusan diragut dengan pemergian orang yang tersayang. Kisah hidup aku menjadi begitu sedih selepas pemergian nenek. Aku bagai tidak punya sesiapa. Saudara-mara hanya gah pada nama. Bila aku ditimpa musibah, semuanya senyap menyepikan diri. Ketika ini aku hanya punya emak. Ya emak yang masih menyayangi aku dan tidak meninggalkan aku lagi.

Tapi tidak sehingga 4 Mei yang lalu. Emak turut mengikut jejak nenek ayah, abah dan nenek. Dunia aku langsung gelap. Tidak nampak apa-apa. Aku mencari cahaya untuk meneruskan hidup yang berbaki ini dengan kekuatan dan ketabahan yang aku ada. Aku menutup telinga mendengar tohmahan-tohmahan insan yang dulunya bermacam janji dengan aku. Insan yang ikhlasnya sukar untuk dimengertikan. Keikhlasannya berubah kerana harta. Yaa aku insan yang tak punya harta....

Hingga sekarang aku masih lagi terngiang-ngiang pesanan emak. Emak nak makan ayam goreng, nak makan buah oren, nak makan buah lai, nak makan kacang kuda. Macam-macam pesanan emak. Bila aku sampai, emak dah tak de. Menitik air mata aku tatkala mengeluarkan pesanan emak daripada beg. Melihat air mata aku menitik, lagilah mengalir deras air mata yang lain. Aku sedekahkan kepada anak-anak kecil pesanan emak itu.

Kata Paman, "Kak Long telat satu hari. Sebelum nyawa emak habis, emak tanya Kak Long dah sampai ke belum."

Pesanan emak, "Kak Long jaga diri elok-elok ekh."

Aku benci pesanan yang itu. Kerana aku tahu pesanan itu menandakan aku bakal ditinggalkan!!

Penyesalan yang tiada ganti. Aku tak dapat tunaikan janji pada emak. Aku dah hilang orang yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan aku. Orang yang telah bersusah payah membesarkan aku. Memberikan didikan walau emak cuma sekolah pondok. Merotan tangan aku kalau salah buat kerja. Kerana emak juga aku berjaya mengecapi kejayaan hari ini.

Kepada kawan-kawan yang memberikan sokongan dan ucapan takziah, terima kasih aku ucapkan. Aku menjadi kuat kerana adanya kamu semua di sisi aku.


p/s:Hari Ibu dan Hari Bapa tiada lagi dalam kamus hidup aku....

Wednesday, May 04, 2011

Emak Pergi Jua........

Balik latihan sukan dekat sekolah tadi, aku dikejutkan dengan panggilan yang tak disangka. Paman bagitahu emak telah meninggal dunia....

Kelam. Dunia aku gelap. Emak, kenapa tak tunggu akak?? Akak dah beli macam-macam yang emak nak makan. Kan emak nak rasa gaji pertama akak. Kenapa emak tak tunggu akak?? Emak tipu akak lagi....

Kalaulah aku ambil cuti awal sehari.... Aku tahu masa tak akan dapat diundur balik. Aku redha dalam pasrah..

Al-fatihah untuk emak.

Monday, May 02, 2011

Kasih Seorang Emak

Cuti Hari Pekerja yang sangat tak best. Paman call cakap emak sakit teruk. Uhhh apa aku boleh buat sekarang nih?? Aku cuma mampu doa kepada Allah supaya emak sihat dan aku sempat bertemu dengannya.

Emak penipu?? Yee emak tipu aku. Aku tak suka penipu. Aku rasa sangat teruk bila orang tipu aku. Kenapa emak sanggup tipu aku?? Sebab tak nak aku risau pasal dia? Kalau emak tak nak aku risau, aku dah memang sedia risau pasal keadaan emak. Lagilah bila duduk berjauhan dua negara nih. Emak dekat sana, anak dekat sini. Huhhh aku mengeluh~~

"Akak jaga diri baik-baik". Aku tak suka orang sebut ayat tuh dekat aku. Dulu abah cakap macam tuh dekat aku. Sekarang emak plak. Lepas nih siapa yang nak tinggalkan aku lagi? Aku benci kena tinggal!!

Orang yang tak pernah rasa kehilangan sebab kematian memang tak akan tahu perasan kita. "Sabar jerklah banyak-banyak", "Dah ajal dia nak buat macam mana".. Okay aku benci ayat klise macam tuh. Kau tak rasa memanglah kau boleh cakap macam tuh. Orang yang rasa nih tak dapat nak gambarkan apa yang dia rasa. Dan aku lebih suka menangis.

Ye menangis bukan tanda orang tuh lemah. Kuat atau lemahnya seseorang bukan terletak pada air mata dia kan. Kalau kau tak nangis kau tuh hebat sangat ke? Kalau orang yang cengeng asyik-asyik menangis tuh lemah sangat ke jiwa dia?? Menangis tuh kan cara untuk melepaskan tekanan der~

Aku berharap bila aku ngadap muka GB nanti dia akan luluskan permohonan cuti aku. Kalau tak diluluskan juga memang aku dah nekad nak ponteng kerja 3 hari. Aku sayangkan nyawa emak daripada kerja aku. Kerja bila-bila boleh cari dan dapat, tapi nyawa emak siapa yang nak bagi dekat aku?? Kau boleh gantikan nyawa emak kau dengan nyawa emak aku??

Aku harap emak dapat bertahan sampai aku datang dekat dia.. "Emak tunggu akak datang ekh" itu janji aku pada dia. Mudahan janji yang satu itu akan termakbul.


p/s:Entry penuh emosi. Aku rindukan emak~~