Hari paling tak best semalam. Dahlah aku dilanda sakit ABC *siapa perempuan mesti tahu nih. Kena plak lagi menunggang si BJV tuh. Adoii2 sakit pinggang aku. Memang tak sedap duduk. Tak kan plak aku nak stay dekat Pagoh tuh kan. Isnin sekolah kot.
Sampai dekat mana entah tiba-tiba tayar motor jadi gelong. Haii tak kan plak si tayar nih pancit. Jangan buat taik ekh. Nah bila aku turun tengok perghhh. Kempis dah tayar belakang aku!! Oiii dahlah dekat highway Pagoh tuh panas tahu tak. Sibetlah siapa yang letak paku dekat highway!! Nih yang aku benci tahap cipan kalau bawa motor lorong tepi.
Aku pandang depan aku pandang belakang. Kereta, lori, van, motor besar segala kenderaan semua pakat HON! Aku bencilah dengar HON korang tuh. Kalau kau tolong berhenti kejap tanya kenapa bagi bantuan ke tak pe gak kan. Aku lagilah hangin sepoi-sepoi bahasa tahu dengar bunyi hon korang.
Masa nih aku memang melilau cari telefon kecemasan. Tapi nan adoo!! Tak kan plak aku nak menapak ke depan ke belakang cari telefon tuh. Highway kot. Orang semua merempit jerk dekat highway nih. Kang tak pasal-pasal aku jadi mangsa nahas lebuhraya. Ohh nauzubillah.
Nasib aku memang baik sebab ada encik-encik PLUSRONDA tengah meronda dekat seberang jalan tuh. Alhamdulillah. Di saat aku kesusahan Allah memberikan kemudahan kepada aku. Syukur weih. Kalau tak de PLUSRONDA nih memang aku blur sungguh! First time kot tayar aku pancit dekat highway. Jangan tanya kenapa aku tak naik kereta.
p/s:Nantikan sambungannya..Jeng jeng jeng ;p
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment