Monday, June 08, 2009

ada ketika

ada ketikanya
aku sendiri sering tertanya
aku di sini untuk apa
aku begini kerana siapa

ada ketikanya
aku sendiri tidak sedar tentangnya
entah bila
perubahan ini begitu ketara
entah bagaimana
ini semua bermula
atas dasar apa
untuk apa
atau penyebabnya

akhirnya
tersedar aku dari alam ilusi
yang aku kini sendiri
dalam lautan manusia

jiwaku
masih kosong
walaupun hari-hari berlalu
ditempuh penuh tawa dan senyum

hatiku
masih membeku
bila mana pantas waktu yang berjalan
meninggalkanku
masih ianya tak mampu
mengikis sejarah suatu masa dulu

~dandeliOn~

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: