Monday, January 31, 2011

Nah..Balik Semula ke Johor..Aisehhai~


Salam buat semua..

Hari nih dah tak tahu hari ke berapa hujan turun tanpa henti dekat tempat aku. Dah ada tempat-tempat yang mula naik air. Nasib rumah aku dekat atas bukit. Jadi kebarangkalian nak banjir tuh adalah kurang. Cuma nak keluar pergi tempat lain tuh payahlah kalau dah banjir.



Nahh semalam petang aku dapat panggilan daripada KPM. Aku dapat tawaran untuk tukar ke Johor. Plak dah macam tuh. Aku baru semangat nak pergi Putrajaya. Sekarang kena tukar plak masuk Johor. Memanglah dulu aku yang minta Johor. Tapi aku nak rasa juga pergi mengajar dekat tempat yang high class tuh. *ayat makan diri ;p

Tapi pegawai KPM tuh sedaya upaya suruh aku terima juga tawaran tuh. Siap promote lagi Johor okay, kalau Putrajaya kos tinggi. Memanglah aku akui semua tuh tapi tapi. Tengok!! Aku pun tak de jawapan dah~~Selebet betul!!

Kalau dekat Putrajaya okay juga senang nanti aku nak pergi konvo. Tak payah dah cari tempat bermalam. Tapi bila aku dah fikir banyak-banyak kali, lagi bagus aku dapat Johor sebab kos hidup tak delah setinggi dekat Putrajaya tuh. Boleh juga aku simpan duit banyak sikit. Dekat Putrajaya berapa banyaklah aku boleh saving. Bagus juga KPM nih suruh aku terima tawaran tuh. Dia pun tak nak aku sengsara kalau duduk dekat Putrajaya. Memang i lapppp you lah KPM!!!! Siap bagi kata-kata semangat dekat aku lagi sebelum putus talian. Terharu (T__T)


p/s:Putrajaya susah hati, Johor pon susah hati~~

Friday, January 28, 2011

Wahh..Jadi Orang Putrajaya Plak..Selamat Tinggal Johor~~


Salam buat semua!!

Petang nih hidup aku jadi huru-hara kejap. Mahu lah tak tension. Orang lain dah tahu posting dapat dekat mana. Aku terkontang-kanting tak tahu lagi. Menyampah jerk rasa tadi. Bila semak dekat web KPM memang hancur lebur perasaan aku. Geram gila teramat. Dahlah geram, gila plak tuh. Ishh3


Lagi aku geram tapi tak gila bila line telefon asyik sibuk. Perghh! Nak menonggeng jugalah tadi. Dahlah mood dan hormon aku tak berapa nak betul. Tambah plak dengan isu posting nih. Bila buka FB, penuhlah wall group batch tuh dengan kejayaan masing-masing dah tahu tempat posting. Aku??


Tapi berkat kesabaran ibu jari nih menekan punat redial akhirnya nahh aku tahu juga posting dekat mana. Tapi aku memang tak sangka betul aku akan posting dekat situ!! Relak jerk suara akak tuh bagi tahu aku dapat dekat sana.

ND:Assalamualaikum.
Orang Itu:Waalaikumsalam. Yer ini bahagian *aku tak ingat dia cakap apa sebab timu tuh bising
ND:Kak, saya nak tanya pasal posting.
Orang Itu:Ohh. Berapa nombor ic adik?
ND:870913******
Orang Itu:Noor Asmawati yerk. Adik dapat dekat Putrajaya.
ND:Haaa!!

Disebabkan aku blur gila aku terus ucap terima kasih dekat akak tuh. Padahal banyak benda aku nak tanya dia. Aisehh. Sekali aku tercampak dekat Putrajaya plak kan. Kawan sekelas aku ramai yang dapat Kuala Lumpur. Memang nasib aku lah kan nak buat macam mana..


Hujung bulan nih aku kena berhenti kerja. Kena siap-siapkan barang untuk bertolak. Nih pon satu lagi masalah bila aku cuma ada motor jerk. Kena usaha cara lain plak. Nasib ada Fadh yang dapat Putrajaya juga. Alhamdulillah


p/s:Sedu sedan jugaklah masa telefon Encik JT~~

Takut Aku Tahu??Kau Tak Takut Ke??


Salam buat semua..

Wooo hujan lebat gila nih. Memang sedaplah kalau dapat tidur. Tapi aku hati masih tak tenteram sejak semalam dan semalam lagi. Nih semua posting punya hal. Bila entah aku nak tahu aku dapat mana.

Kelas aku baru seorang jerk yang dah dapat tahu. Minta Sabah tapi dapat dekat KL. Nasiblah kau Iqbal. Pergi sekolah naik motor jerk senang. Jimat duit lagi tuh. Nanti nak pergi konvo pon tak susah-susah dah.

Nih nak tunggu KPM update website pun mahu berjanggut. Cerita setakat nih ramai budak sains dan matematik dapat Sarawak. Ohh itu sangat best!! Aku suka Sarawak sebab kek lapis dia sedap ;p. Kalau aku dapat sana mesti boleh bisnes kek lapis. Hahaa. Budak math maktab aku pun seorang dah tercampak dekat sana. Aishh. Aku pun suka Sabah juga sebab aku boleh shopping mutiara banyak-banyak. Hahaa. Tapi aku lagi suka Johor sebab ini tempat aku dibesarkan ;p

Aku memang sangat berdebar nak tunggu jawapan posting nih. Nasib aku cuti hari nih semata-mata nak tahu pasal posting. Daripada malam tadi aku tidur-tidur ayam jerk. Nasib ayam tak tidur dengan aku sekali. Hehee

Kalau aku posting dekat Johor tak perlu aku bersusah hati sangat. Kerja part time nih pun aku boleh berhenti lepas CNY. Lebih sikitlah kan gaji yang aku dapat tuh. Boleh juga cover persediaan aku nak posting nanti.


p/s:Aku redha jerk kalau dapat mana-mana pun ;p

Monday, January 24, 2011

Wonder Girls??Bukanlah..Ini Super Bionic Girl~~


Salam buat semua..

Sejak aku kerja part time nih memang blog nih tak berapa nak update sangat. Pagi pergi kerja balik petang lepas tuh siap-siap masak. Bila malam menjelma aku lepak depan tv. Sampaikan kadang-kadang tv tuh yang menatap muka aku nih ;p
Nihlah dia penangan kerja part time. Superb aku sangat letih sebab kadang-kadang dalam satu masa aku kena buat tiga orang punya kerja padahal aku seorang jerk. Nak buat macam mana kan. Kudrat orang muda nih dikerah-kerah sampaikan aku dah macam burnout.

Serius beb sampaikan mata aku sekarang sangat kuyu. Kepala aku dah mula sakit dan suhu badan pun dah mula panas. Sekarang musim demam dalam rumah aku nih. Tuh belum lagi dekat tempat kerja. Bila semua pakat-pakat demam aku yang jadi mangsa kena kerja overtime. Alasannya sebab aku sihat. Ohhoii. Sejak aku kerja baru sekali jerk aku ambil cuti. Itu pun sebab orang yang suruh tahu ;(

Ada juga aku dapat kerja lain tapi aku malas nak lari-lari kerja sana sini. Biarlah aku habiskan satu-satu kerja. Bila kerja dekat stesyen minyak nih ramailah juga kawan-kawan sekolah yang aku jumpa. Ada yang dah kahwin, ada yang dah kerja hebat-hebat, ada yang tengah sambung master. Ohh hati aku agak terluka sikit bila tahu ada yang sambung master. Sedangkan aku masih menunggu posting tuh. Ikutkan hati aku nak jerk sambung master tapi aku terikat dengan kontrak plak.



Ini adalah gaya seorang bionic girl (T___T)




Wednesday, January 19, 2011

Sunday, January 16, 2011

Saya Pelajar IPG Kampus Perlis


Salam buat semua..

Tadi masa aku buat BW aku terjumpa ini. Macam best jerk so aku nak joinlah benda nih. Kepada sesiapa yang rasa nak join bolehlah join benda ini tapi yang ini khas untuk pelajar IPG macam aku *opss aku dah jadi bekas pelajar*.


Tak susah pon nak join Sahabat Blogger IPG nih. Cuma ada LIMA syarat sahaja. Kalau tak cukup syarat, anda tak layak!! hahaa. Aku kelentong jerk~Jom kita tengok apakah dia syarat yang LIMA itu.


1.Tajuk entri "Saya Pelajar IPG ...... (nyatakan tempat anda belajar)
2.Link blog ini
3.Gambar anda bersama rakan sekelas
4.Nyatakan apa kursus anda ambil dan anda akan menjadi guru subjek apa nanti..
5.Ceritakan pengalaman manis dan pahit sepanjang belajar untuk menjadi guru.. dan apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni? (wajib jawab ye)


Dan sekarang mari tengok apa dia yang aku nak jawab untuk syarat-syarat tersebut.

SYARAT 1:
Saya Pelajar IPG Kampus Perlis *bangga sigh*

 

SYARAT 2:

Sudah buat link untuk blog itu.



SYARAT 3:
Gambar bersama rakan sekelas PLUS mentor kesayangan *yang ini aku saja tambah ekh*


berdiri dari kiri: DAUS, PAK LAH, BOB, NA'IM, HALEQ, ED, ZAM, BAL, CEK MIE, KAY, CEK DIN, SABRI
duduk dari kiri: MEEN, NOAH, HAFIZ, FIK, EN. BADRUL, AN, MINDER, FYZA, DEE
 

SYARAT 4:
Kursus major ialah Pendidikan Jasmani, kursus minor ialah Pendidikan Kesihatan (PEERS) dan elektif adalah Bahasa Inggeris ;p. Kalau ikut yang sepatutnya memanglah Cikgu PJ, Cikgu Pk dan Teacher BI, tapi tak semestinya di sekolah nanti akan dapat apa yang kita belajar. Jadi, kena tunggu posting baru tahu dapat jadi cikgu apa ;o



SYARAT 5:
Yang nih panjang sikit jawapannya. Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang belajar untuk menjadi cikgu. Pengalaman PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) selama 4 semester, Praktikum selama 3 semester, Internship semasa Semester 8, Kajian Tindakan dan banyakkkkkk lagi. Tak muat plak nak bebel panjang-panjang. Sebab PISMP mengambil masa selama 5 tahun setengah dan terlalu banyak perkara yang dilakukan.

Perubahan dalam sistem pendidikan?? Bagi aku sistem pendidikan kita terlalu mementingkan peperiksaan sehingga aspek lain diabaikan. Jadi, kita kena tukar pentaksiran berasaskan peperiksaan kepada pentaksiran secara berterusan dan ditambah dengan unsur-unsur lain seperti kerja kursus, sahsiah, kokurikulum dan sebagainya.


p/s:Kepada incik blog, IPG dengan maktab tuh sama jerk. Bezanya cuma IPG telah dinaiktaraf sebab boleh keluarkan ijazah macam PISMP.

Friday, January 14, 2011

Tips Untuk Kelihatan Tinggi Walaupun Anda Sebenarnya 'RENDANG'


Salam buat semua..

Manusia dalam dunia nih ada macam-macam perangai. Yang rendah nak tinggi, yang kureng cantik nak cantik, yang miskin nak kaya, yang susah nak senang. Itu namanya kemahuan diri. Ohh apakah yang aku nak bebelkan nih??

Sebenarnya aku nak kongsi cara-cara atau tips bagaimana nak kelihatan TINGGI *siap highlight lagi* walaupun anda sebenarnya RENDANG *bukan rendang makanan tuh ekh*. Aku nih pun tak delah tinggi setinggi KLCC tuh. Tapi tinggi aku tinggi normal orang Asia. Hehee. Perasan kejap aku nih tinggi ;p


Nak tahu apakah tipsnya?? Tips aku nih tak perlukan sebarang pembedahan ataupun duit sangat pon. Yang korang cuma perlu ada ialah kamera dan diri korang sendiri. Sebabnya tips yang aku nak kongsi ini hanya untuk kelihatan TINGGGGGI di dalam gambar. Hua3.


Nih aku tak ingat photog mana yang ambil ;p tapi aku suka shoot kebaya nih~AWESOME


Ini photog khas aku yang ambil..Kaki aku sangattttt panjang..I like~~


Disebabkan aku nih tak delah berapa nak tinggi sangat, maka aku selalu menyuruh photog-photog aku mengambil gambar menggunakan syot sedemikian. Cehh ayat macam aku nih supermodel plak~


Yer kawan-kawan. Tak rugi kalau guna cara macam nih. Bukanlah niat nak menipu orang kan. Tapi gambar tuh kan memberi pelbagai ilusi ;p


p/s:Nanti aku kongsi plak tips bagaimana nak nampak comel dalam gambar (O_o)

Thursday, January 13, 2011

Super Something by Yuna


Salam buat semua..

Hari ini aku sangat penat!! Nak update blog pon rasa macam satu beban berat dekat atas kepala nih. Sekarang nih pon mata dah kuyu tahap cipan ;(


Sambil melayan mata yang kuyu nih, mehlah jom dengar dan tengok klip video nih. Ohh aku suka lagu nih. Super Something by Yuna~~







p/s:I am Super Something ;p

Tuesday, January 11, 2011

RESEPI:kuih keria keledek comel-comel


Salam buat semua..

Hari nih aku nak kongsi satu resepi yang aku suka makan tapi malas gila babas nak buat. Teehee. Bagi aku benda nih agak senang nak buat cuma part yang campur dengan tepung tuh leceh sikit. Melekat-melekat dengan tangan eewwww~okay murid semua. Sediakan pensil dan kertas untuk salin resepi cikgu kali nih. Ohh lupa plak. Hari nih cikgu nak ajar buat kuih keria keledek comel-comel ;p

************************************************************************************************

Bahan pembuatan:-
1)Keledek
2)Tepung gandum
3)Minyak
4)Gula
5)Garam
6)Air


***************************************************************************************************

Cara penghasilan kuih keria:-


1)Rebus keledek sehingga empuk. Campurkan sedikit garam dalam air rebusan. Bila dan empuk dan sejuk, lenyek-lenyekkan sehingga hancur.


 

2)Campurkan dengan tepung gandum. Kalau banyak tepung nanti keras dan kalau tepung sikit nanti lembik plak. Sendiri mahu ingat okay sebab aku punya resepi ikut sesedap tangan menguli ;p



3)Ulilah adunan tepung dan keledek tadi sehingga sebati. Kalau ada keledek yangtak hancur tuh silalah buang dalam tong sampah.




4)Bila dah siap uli, rekalah bentuk apa pun yang korang nak. Kalau aku senang buat bentuk bulat macam cincin tuh. Kalau korang superb punya malas, buat jek bulat-bulat macam bola ;)




5)Bila dah siap mereka cipta bentuk, panaskan kuali dan goreng kuih sehingga kekuning-kuningan. Jangan plak sampai kehitam legaman ekh~ 

***********************************************************************************************

Cara penghasilan gula sira:-
1)Panaskan kuali denagn api sederhana.
2)Letak gula berdasarkan bilangan kuih tuh. Kalau 10 biji mungkin 2-3 sudu dah memadai.
3)Letak sedikti air dan  biarkan sehingga cair. Kacau selalu. *Jangan sampai jadi gula karamel ekh*
4)Agak-agak gula tuh dah pekat dan putus-putus macam air hujan, perlahan api dan masukkan kuih keria tuh dalam kuali.
6)Kacau sampailah korang tengok benda ajaib akan berlaku. Sumpah aku tak tipu!!
7)Bila dah siap jangan lupa padamkan api dan apa lagi. Pergilah hidang dan makan bersama air teh 'o' panas!!!! Nyumm nyumm


Yang ini dah siap disira dengan gula. Tak sempat nak ambil gambar masa proses dijalankan~

 

Tadaaa!! COmel jerk kuih keria yang aku buat nih. Sekali masuk dalam mulut macam tak makan apa-apa. Maknanya kalau aku jerk yang makan 10 biji pon habis ;p

p/s:Silalah mencuba resepi yang cincai boncai daripada aku nih..

p/s/s:Kalau tak de keledek, boleh juga ganti dengan kentang. Tapi warna dia pucat sikitlah daripada keledek~

Monday, January 10, 2011

Penempatan Sekolah PISMP Jan 2007


Salam buat semua..


Hari ini minggu kedua sesi persekolahan. Sepatutnya hari ini pon mesti dah masuk dua minggu juga aku mula menjalankan tugas sebagai seorang guru. Itu yang 'sepatutnya' mengikut pelan dan jangkaan aku. Tapi sekarang dah hampir dua minggu juga aku masih-masih lagi tak dapat menjalankan tugas sebagai pendidik anak bangsa?? Bangga sangat ke nak menjadi seorang guru????

Ye aku memang bangga menjadi seorang guru walaupun hakikatnya sekarang tugas aku tak berkaitan langsung dengan pengajian aku. Hampir enam tahun aku bergelumang untuk menghabiskan pengajian untuk menjadi seorang guru. Tuhlah kan. Bila program baru macam-macam masalah yang ada bila nak akreditasi. Dan sekarang memang dah terbukti sangatttt.


Kununnya PISMP nih anak emas BPG. BPG mungkin tak de lagi dah. Sekarang dah jadi IPG. Tidak tahu di mana silapnya sehingga kini ke semua pelajar PISMP ambilan Januari 2007 masih lagi menanti surat panggilan untuk menjalankan tugas. Ehh kau tahu kan penantian itu sangattttt menyiksakan jiwa dan raga. Itu yang aku sedang rasa. Serius aku tak suka~


Dekat group PISMP pun macam-macam dah khabar terbaru yang diluahkan. Macam-macam spekulasi yang ada. Bila telefon sana, sana cakap kena tanya situ. Bila tanya situ, situ cakap kena tunggu kelulusan daripada sinun. Hahhh. Kalau sana cakap sini, sini cakap sinun macam mana nak tahu jawapan?? Tapi jawapan yang paling pasti tentang penempatan pelajar PISMP buat masa sekarang adalah KOSONG!!


Sepatutnya bila keadaan dah jadi macam nih, pihak terbabit kenalah ambil tindakan selanjutnya. Aku pun faham diorang mesti dah muak dengan bunyi telefon yang rata-rata mungkin panggilan tentang penempatan sekolah. Kalau dah tahu perkara ini dijangka berlaku sepatunya mereka kenalah:

1)Siarkan dalam lawan web rasmi tentang sebab musabab penempatan sekolah pelajar PISMP;
2)Nyatakan bila jangkaan tarikh untuk penempatan, sekurang-kurangnya tak delah mereka menunggu tercongok macma tuh. At least boleh cari kerja lain untuk tampung kehidupan sementara menunggu penempatan kan.



Aku rasa pelajar PISMP tuh yang macam aku nih memang ternanti sangat pihak-pihak tersebut membuat pengumuman sedemikian. Kalau tak nak siarkan dekat media, dalam laman web pun jadilah asalkan kami nih tak tertampi-tampi padi yang entah menjadi ke tidak.

Tapi aku bersyukur juga walaupun dihimpit gila-gila dengan masalah penempatan nih aku dah bersiap sedia dengan mencari kerja sambilan. Biarlah gaji yang aku dapat tak sebanyak mana, dan tak setaraf dengan ijazah aku asalkan dapat tampung hidup aku. Bantainya posting tuh bulan enam ke, tahun depan tak ke niaya macam tuh?? Sorry to say, kadang aku rasa bengang teramat dengan sikap kerajaan. Buktinya?? Tengoklah apa dah jadi dengan PISMP. Mungkin senasib dengan PPSMI.


p/s:Kalau korang terjumpa aku dekat stesen Petronas jangan lupa tweet tweet okay. Nanti aku retweet balik ;p

Sunday, January 09, 2011

Aku Bukan Engineer Petronas


Salam buat semua..

Dah beberapa hari aku tak update blog. Sejak aku kerja dekat Petronas nih ohh aku punya masa memang agak pack. Pukul 7 dah pergi keja pukul 3lebih baru sampai rumah. Aku bukanlah kerja engineer Pertonas ke apa. Tapi aku cuma cashier dan budak pam dekat stesen Petronas. Eheeee ;)

Disebabkan posting makanya aku mencari keputusan untuk buat kerja sambilan. Aku tak kisah pon kerja apa asalkan halal dan sesuai. Sejak aku jadi budak baru dekat Petronas tuh, hari-hari aku kena temuduga dengan pelanggan. Petronas tempat aku kerja nih pon bukan jauh mana. Dekat kawasan rumah aku juga. Jadi adalah juga orang-orang yang aku kenal. Lagi aku suka bila orang cakap aku budak baru habis SPM. Hahaaa.

Kan aku dah cakap. Walaupun umur aku dah berangka 2 tapi orang masih cakap dan anggap aku budak lepasan SPM. Aku suka kalau orang cakap aku muda!! Itu buktinya aku nih awet muda tahu tak. Maaflah aku ambil mood perasankan diri sekejap ;P

Sebab itu jugalah aku punya blog nih dah tak berapa nak update sangat. Tengah aku syok-syok idea datang mencurah mesti jerk si budak Danish nih kacau aku. Maknanya segala entry yang aku tulis tuh cuma jadi sebagai draf jerk. Tuh yang aku agak ketinggalan dalam beberapa hari nih.

Ini bukanlah kali pertama aku kerja sambilan. Masa aku muda-mudi zaman belajar dulu setiap kali cuti semester aku memang cari kerja sambilan walaupun elaun dapat masa cuti. Nak juga rasa duit hasil titik peluh sendiri kan. Barulah ada rasa macam mana susahnya nak mendapatkan duit kalau tak berusaha. Ohh ayat memang berbunga~

Walaupun baru seminggu aku kerja tapi pengalaman tuh banyaklah. Aku nak cerita pon nanti banyak sangat. Tunggulah kalau aku ada kelapangan insyaALLAH aku berikan cerita yang terbaik punya. Hari nih pon sebab aku kerja masuk pagi jadi alhamdulillah aku ada masa untuk update blog.


p/s:Malam nih aku nak buat persembahan untuk AJL. Jangan lupa tengok ekh~~

Tuesday, January 04, 2011

Tips Amalan Pemakanan Sihat #1


Salam buat semua..

Nak tahu amalan pemakanan yang sihat tuh macam mana?Tak semestinya kita makan sayur, makan buah itu tandanya amalan pemakanan kita sihat. Kalau makan segala buah dan sayur tuh belum tentu sihat kalau tak disertakan sekali dengan senaman dan yang sewaktu dengannya. Ohh. Panjang plak mukaddimah entry kali nih ;p


*************************************************

AMALAN PEMAKANAN SIHAT

1)Makan makanan yang HALAL dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Sebabnya makanan itu akan jadi darah daging kita kan.

2)Amalkan memulai makan dengan bacaan "Bismillah' dan diakhir dengan 'Alhamdulillah'. Masa kecil-kecil mak pesan kalau tak baca "Bismillah' nanti syaitan ambil makanan kita. Sebab tuh lapar jerk lepas makan~

3)Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk atau makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais. Penggunaan ais batu juga tidak digalakkan. Aku suka minum air suam~~

4)Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. Aku rasa orang Asia nih payah kot nak makan nasi sehari sekali lebih-lebih lagi orang Malaysia.

5)Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kekacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

6)Kurangkan makan makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi apa tah lagi ajinomoto. Prinsip aku memasak memang tak guna langsung ajinomoto.


Terima kasih kerana membaca (O_o)

Sunday, January 02, 2011

TUTORIAL:smokey eyes inspired by Kim Kardashian


Salam buat semua..

Malam nih aku nak kongsi cara-cara make up smokey eys. Bukan aku yang buat video nih tapi aku share dekat youtube. Minah tutorial nih memang best kalau dia buat make up. Daripada dia lah aku belajar pakai eye shadow ;p






p/s:silalah mencuba tutorial nih..sangat best dan senang ;p
p/s/s:kalau berjaya buat jangan lupa bagitahu aku *saja nak suruh datang blog aku lagi~




bila ND memekak lagi:
woww!!esok sekolah dah~

Saturday, January 01, 2011

1.1.11


Salam buat semua..

Ini entry PERTAMA tahun 2011!! Ohh. Hari nih banyak betul undangan perkahwinan kawan-kawan sekolah aku dulu. Aisehh. Memang perut aku nih kena biar kosong kot. Kang nanti baru jemputan pertama perut dah penuh.


Kawan-kawan sekolah aku dua orang kahwin hari nih. Yang lagi seorang abang dan kakak dia kahwin. Maknanya hari ini sahaja aku ada tiga jemputan. Hmm. Kena susun nak pergi yang mana dulu. Tuh baru tang jemputan. Belum campur lagi dengan kawan-kawan yang nak jumpa. Kunun-kunun macam reunion tuh.


Ohh. Malam tadi aku sangat bengang sebab tak dapat tidur dengan lena. Penat pusing kiri kanan tapi mata memang tak boleh tidur. Bila bangun pagi mata aku dah macam beruang panda!! Bengkak semacam jerk ;(


p/s:entry aku macam bengong-bengong jerk.

p/s/s:nak siap-siap pergi kenduri.pakai baju apa ekh??

p/s/s/s:aku masih frust sebab tak dapat surat posting lagi.


bila ND memekak lagi:
bila turn aku nak kahwin nih??