Sunday, June 28, 2009

-:jiKa iA sebUah cIntA:-

Jika ia sebuah cinta ia tidak mendengar, namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta ia tidak buta, namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta ia tidak menyeksa, namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta ia tidak memaksa, namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta ia tidak cantik, namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta ia tidak datang dengan kata-kata, namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta ia tidak terucap dengan kata-kata, namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta ia tidak hanya berjanji,namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta ia mungkin tidak suci, namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta ia tidak hadir kerana permintaan, namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan, namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: