Thursday, December 31, 2009

..last entry for 2009..

salam kengkawan..

ini adalah entry yang terakhir untuk tahun 2009..esok kehidupan di tahun 2010 akan bermula..segala2nya masih di luar jangkaan..kalaulah i ada kebolehan untuk pergi ke masa hadapan....waahhhh..sangat hebat tuh..i akan tahu dengan siapa i kahwin, berapa orang anak i, i mengajar kat mana dan macam2 lagi..tapi i kan cuma manusia biasa..tak akan mampu untuk melihat masa depan....

banyak kenangan pahit maung yang i lalui tahun ini..rasanya tahun 2009 banyak mencabar keimanan i sebagai seorang manusia, kawan, kakak dan juga anak..i sendiri pon tak sangka i akan menghadapi cabaran, dugaan dan halangan seperti itu..semuanya tak pernah terlintas di fikiran i..tapi semua itu telah memberi banyak pengajaran dan pengalaman pada i..walaupun mungkin ianya pahit tapi i redha..i bukan manusia yang sempura..kalau lah mereka2 di luar sana faham apa yang i rasa....kalaulah....

walaupun blog i baru setahun jagung, i anggap ia seperti separuh daripada hidup i..i meluahkan apa yang i rasa, i lihat dan i lalui dalam hidup ini..melalui luahan itu, i dapat memperbaiki diri i secara tak langsung,.walaupun suatu ketika dulu ada sesetengah yang tak suka denagn apa yang i tulis kat blog nih..tapi ini kan blog i..didaftarkan atas nama i..so i berhak sepenuhnya terhadap blog i nih..


nOta kHaki:moga kehidupan i pada tahun 2010 akan berubah sedikit demi sedikit..

1 makhluk comel yang memekak dekat sini:

[MiSs1904] said... Reply To This Comment

perubahan ke arah yg lebih positif.. :)