Friday, April 09, 2010

perkara yang membuatkan cik noah menyampah kat lelaki #2


sambungan daripada entry sebelum nih....silakan jangan baca hingga habis kalau anda memang mempunyai ciri-ciri tersebut..ahakssss~


11. MATA DUITAN


Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!



*cik noah:nih namanya lelaki pisau cukur..selalu orang cakap perempuan jerk yang pisau cukur kan..kali nih kita tukar plak-LELAKI PISAU CUKUR..eheee..kalau ada perempuan mata duitan, lelaki pon mesti ada gak yang mata duitan kan*


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA


Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita.
Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


*cik noah:ini workaholic..cik noah pon workaholic gak..tapi still ada masa nak keluar hang out ngan kawan-kawan.. (o_O) kawan-kawan okeh..boyfriend tidak ada!!!!kalau kau asyik ngan kerja kau jerk, baek kau tak payah ada awek kan..kau jadikanlah kerja tuh sebagai bini kau..kau suruh dia masak, iron baju, buatkan air untuk kau..boleh ke??*


13. PANAS BARAN


Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai kawal okeh. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


*cik noah:uhhuuu..bahaya nih kalau dapat kekasih yang hot tempered..kalau dah mengamuk mahu pecah termometer kott..tipu okeh..nih kes lelaki yang tak boleh kawal perasaan..kalau tak puas hati dihamburnya terus..tak de soal siasat ataupun edisi siasat yerk..nasiblah kau perempuan yang dapat kekasih hati macam nih..sebab tuh banyak kes yang dah kahwin atau pun belum, semuanya redha dan redah jerk kalau dah pasangannya kaki baran..tuh yang banyak jejak kasih sayang kat badan kan??*


14. KAKI MEROKOK


Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

*cik noah:FYI, cik noah memang tak suka smokers okeh!!sakit dada den nih haaa..perempuan pon sekarang ramai dah jadi smokers..hhmmm*


15. PENGOTOR


Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


*cik noah:maaf yerk..cik noah seorang yang sangat pembersih..jadi lelaki pengotor sahaja yang komen tentang ini*



16. GELOJOH


Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


*cik noah:kahkahkahhhh....makan gelojoh, laju-laju buat apa??bukan kenyang pon kan..perempuan makan sopan sebab ikut sunnah..kunyah 44 kali.. >.<*


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN


Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolehlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


*cik noah:baek kau kapel jerk ngan kawan-kawan kau tuh..tak payah ada awek..lagi senang kan*


18. TIDAK TAHU MENGHARGAI


Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


*cik noah:elehh....tak payah nak ngengada sangat..perempuan pon ada gak yang jenis macam nih..bila dah dapat kita tak hargai dia..bila dia tak de baru nak ingat hargai dia..*


19. PUTAR BELIT


Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


*cik noah:lelaki memang pakar putar belit..cik noah tahu sebab cik noah ada pengalaman..apa dia??rahsia okeh..kunun nak tunang tapi hakikatnya skandal ngan kawan cik noah sendiri..hampehhhhh*


20. SUKA KONTROL MACHO


Pergghhh!Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


*cik noah:bajet nak macho..ingat semua perempuan yang ada kat dunia nih pandang yang macho ke??kalaulah macho tuh boleh bagi kebahagiaan dan kekayaan, meh cik noah pon nak rasa gak dapat kekasih hati yang macho-cho nih*



nOta kHaki:kepada mana2 lelaki yang nak terasa silakan okeh....korang makan cili takkan plak cik noah yang rasa pedas kan..kan..

2 makhluk comel yang memekak dekat sini:

Unknown said... Reply To This Comment

wah wah wah.. panjangnyer list.. eheheheh :P

noah darham said... Reply To This Comment

ann,

x pnjg pon..pendek jerk tuh~