salam ku hulurkan buat pembaca sekalian....
syaaban kian beransur pergi dan bakal digantikan dengan ramadhan..esok insyaALLAH seluruh umat Islam yang ada di dunia ini akan berpuasa..mudah-mudahan ND mempunyai kesempatan untuk menempuhi ramadhan kali ini sehingga ke akhirnya..dan bulan ramdhan adalah waktu yang paling ND suka pergi surau..kui3..waktu bulan lain pon pergi juga tapi tak delah sekerap time bulan ramadhan..kantoiiii~
hari nih ND nak buat entry sedih lagi menyayat hati..mampukah??tak delah..ND tak suka buat orang sedih-sedih..ND nak semua orang gembira walaupun pada hakikatnya kegembiraan itu bukan sepanjang masa ada..tapi bila ramadhan tiba, perasaan sedih ND akan berdouble triple punya..yaaa..sedih itu akan berlipat kali ganda bila melihat kebahagiaan kawan-kawan bersama keluarga tersayang....hhmmm..wahai air mata, ku pohon tahanlah engkau daripada menitis..
ku titipkan warkah ini khas untuk abah....
abah nak tahu tak ini adalah tahun keenam kita tak dapat puasa bersama..akak sangat rindukan abah..sejak abah tinggalkan akak, angah, eken dengan emak semuanya jadi tak ketahuan..orang cakap macam-macam pasal emak bila abah tak de..sampaikan keluarga sendiri pon fikir dan cakap yang bukan-bukan pasal emak..kalaulah abah ada time tuh..setiap masa akak tak dapat lupakan abah..walaupun dah enam tahun abah pergi..abah tinggalkan akak pada masa yang salah..walaupun akak tahu itu adalah ketentuan DIA..
akak tahu kenapa abah tak pernah bagi kesenangan pada akak..akak tahu kenapa abah selalu lebihkan angah dengan eken..apa yang akak minta abah tak pernah bagi kecuali akak minta buku baru dapat..itu pun kena simpan duit yang abah bagi..kalau angah dnegan eken minta sekejap jerk dapat..tapi akak tak pernah pon macam tuh..sampaikan akak selalu fikir abah tak sayang akak..kadang-kadang siap fikir lagi akak nih bukan anak abah..mentang-mentang akak anak sulung semua benda akak kena buat..semua benda akak kena mengalah..angah dengan eken tak pernah mengalah pon dengan akak..kalau dorang buat salah akak juga yang kena..adil ke macam tuh abah??
tapi bila abah tinggalkan akak, akak tahu kenapa abah buat semua tuh..abah nak akak berdikari kan..nak bagi akak rasa macam mana tanggungjawab anak sulung bila tak de mak bapak..memang banyak benda yang akak belajar sejak abah tinggalkan akak dulu..semuanya akak buat sendiri..urus sekolah angah dengan eken walaupun tinggal dengan pak andak..urus duit nak beli barang dan lain-lain..tuh pun guna duit abah dalam bank..sampai sekarang akak ingat lagi no pin bank abah tuh..dengan duit tuhlah akak sara hidup adik-beradik..tak kan nak minta dekat orang kan??walaupun angah dengan eken selalu minta macam-macam..akak kena kuatkah hati untuk berkata 'tidak'..walaupun akak tahu angah dengan eken akan tarik muka masa dan merajuk tak nak makan tak nak pergi sekolah..
tapi bila akak dah selalu ingatkan dengan angah dengan eken tentang keadaan kita orang masa tuh barulah dorang mula nak faham..walaupun angah dengan eken dah besar tapi apa yang akak cakap mesti ada yang tak kena..sampaikan akak cakap kat dorang bila marah 'nih sebab abah dengan emak manjakan sangat korang jadi macam nih..ingat semua benda boleh dapat dengan air liur ke??'..abah mesti tahu kan perasaan akak masa tuh..tekanan yang dapat terasa berat sangat..akak tak de tempat nak kongsi masalah..angah dengan eken cuma mampu jadi pendengar jerk..sampaikan eken buat keputusan berhenti sekolah walaupun tahun tuh patutnya dia ambil SPM..hancur luluh hati akak bila eken berhenti sekolah..dan akak tiada daya nak halang sebab eken dah nekad dengan keputusan dia..
hidup tanpa abah dengan emak memang menyeksakan jiwa dan raga akak..bila dapat sambung belajar lagilah terasa sesak dada nih..bila isi borang maklumat diri akak akan termenung tengok bahagian maklumat ibu dan bapa..apa akak nak tulis dekat situ??akak pon tak tahu siapa nak jadi penjaga akak..walaupun adik-beradik abah ramai dorang nak ke??lagi banyak masalah bila isi borang perjanjian..semua nak elak jadi penjamin..hhmmm..salah ke jadi anak yatim??tuh bukan kehendak akak..dan bukan juga kehendak abah..tapi semuanya dah tertulis di Luh Mahfuz..kenapa orang nak pertikai semua tuh??salah ke buat pengorbanan yang sedikit untuk anak yatim??berdosa ke tolong anak yatim??tak berkat ke hidup kalau bantu anak yatim??
akak sendiri pon tak suka orang panggil akak anak yatim..walaupun abah tak de, tapi kematian itu kan pasti..siapa yang boleh elak MATI??kalau abah boleh elak mati mesti hidup akak lagi senang sekarang nih..tak payah susah-susah balik johor naik bas yang lama nak bagai tuh..anytime akak boleh minta abah belikan kereta..tapi semua tuh tak kan berlaku sebab kematian akan menjelma juga..cuma manusia tak tahu bila masa dia akan datang..dan manusia sering lupa tentang mati..MATI ITU PASTI DAN HIDUP ITU INSYAALLLAH..akak redha walaupun abah pergi awal..tanpa sempat emak datang dan menyelesaikan segala kekusutan..dan tanggungjawab akak menjaga emak, angah dan eken juga semakin berat..segalanya perlukan pengorbanan..akak korbankan kemahuan akak untuk penuhi kehidupan angah dengan eken..tolong emak jual nasi lemak yang dah sememangnya jadi rutin semasa hayat abah masih ada..tapi angah dengan eken tak pernah kisah dengan semua tuh..
abah tahu tak..setiap malam sebelum tidur akak mesti tengok gambar abah kat dalam handphone..bila duduk sorang-sorang air mata nih selalu mengalir..akak rindu dekat emak dengan abah..walaupun emak selalu membebel dekat akak, tapi bebelan emak tuhlah yang sering ingatkan akak dalam kehidupan nih..abah pernah datang jumpa akak dalam mimpi..tapi abah tak cakap sepatah pon..bila akak tanya abah diam jerk..emak yang membebel walaupun akak tak tanya emak..abah cuma senyum jerk tengok akak..dah dua kali abah datang dalam mimpi akak macam tuh..kalau abah tak cakap macam mana akak nak tahu apa yang abah nak??mungkin minggu tuh akak lupa buat rutin biasa untuk abah..akak minta maaf sangat-sangat kalau akak tertinggal rutin tuh..
abah,
esok nak puasa nak start dah..nih kali keenam akak puasa dekat perlis..abah pon tahu kan akak bakal jadi seorang cikgu..akak ikut cakap nenek suruh jadi cikgu walaupun akak tak nak..nenek umpan akak cakap abah yang suruh akak jadi cikgu..tapi akak tahu kenapa nenek buat macam tuh..walaupun jadi cikgu gaji tak seberapa tapi pahala memberi ilmu tuh yang nenek nak akak dapat..biar hidup akak berkat di dunia dan akhirat..betul kan abah??walaupun akak tak dapat tunaikan cita-cita sendiri akak akan tunaikan cita-cita abah dengan nenek, insyaALLAH....
sebelum akak mengakhiri warkah nih, akak nak minta maaf banyak-banyak dekat abah..esok kan nak puasa kan..akak nak puasa akak nih mendapat keberkatan daripada ALLAH..sebab tuh akak nak minta maaf dekat abah dulu..sebab akak tahu akak banyak buat salah dekat abah..tak terkira kesalahan yang akak dah buat dekat abah dulu kan..banyak kenangan time kita puasa kan abah..akak rindu nak masak sahur untuk abah..walaupun abah tak suka akak susah payah masak lauk untuk abah..mana nak belajar lagi..nak urus rumah lagi..tapi semua tuh mendewasakan akak dengan pengalaman yang tak semua orang boleh dapat..ada hikmah apa yang terjadi pada keluarga kita kan abah..
akhir sekali, kerinduan akak pada abah tak pernah padam..akak sentiasa doakan kebahagiaan abah di alam sana bersama nenek ayah dengan nenek..abah doakan yang terbaik untuk akak walaupun akak tahu itu tak mungkin terjadi..YA ALLAH, kau tenangkanlah abah di sana..aminnnn
allahyarham DARHAM BIN HAJI DIN dalam kenangan....
nOta kHaki:aku harap emak tidak meninggalkan aku di saat-saat aku memerlukan dia..YA ALLAH, kau pulihkanlah kesihatan emak seperti sedia adanya..aminnn
1 makhluk comel yang memekak dekat sini:
apasal ada rasa iri dalam hati kamu...tak baik bergitu...kamu bakal menjadi guru, tunjuk perangai dan sifat yang mulia...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah kamu, Amin.
Post a Comment