ohhh.. minggu ini ND mendapat title baru iaitu baby sitter selama 5 hari. ouchh!! si papa pergi camping jadi si mama perlu mengambil alih tugas si papa.. apakan daya si mama nak menolak kan ;(
uhuuu.. yeahh ND sekarang menjadi baby sitter kepada dua ekor anak yang sangat degil! caittt. sungguh degil si bitbit itu. sanggup dia gigit tangan mama!! anak derhaka ini budak. tapi tak sampai hati nak marah sebab bitbit pasti membuat muka toya bila mama marah kan ;(. tuhlah papa manjakan sangat bitbit dengan momo nih. suka buat mama marah kan~
hari-hari nak makan banyak. dah bagi seorang sikit pon tak cukup lagi. memang pelahap mentekedarah punya anak. ishh3. sian papa dengan mama nanti kena beli pallet banyak-banyak lagi. papa pun suka bagi makan banyak sangat. tuh yang momo pon dah mengalami tumbesaran tubuh badan yang amat dahsyat~ kang kena obesiti mama tak mahu bawa pergi klinik yerk.
kalau nampak jerk mama datang mulalah si bitbit tak reti duduk diam. dengan besi rumah digigitnya semata-mata minta jasa baik mama supaya bawa dia keluar. bila mama bawa keluar habis diselongkar, keluar masuk almari. aippp. memang sungguh aktif dan degil bitbit nih. tak reti nak duduk elok-elok. malu mama nak bawa jalan-jalan taw ;(. momo pon lebih kurang jerk. dahlah kaki tuh dengkot sebelah. ada hati plak kan nak main sorok-sorok dengan bitbit. ishhh.. memang mengundang kemarahan mama jerk nih.
bila waktu malam suka buat bising. mama nak tidur selalu jerk terjaga. anak-anak tak kesian dekat mama ke tak cukup tidur?? bila mama buat kerja, buat nota maka sibuk jugaklah dia membuat bising. mama nak jerk bagi ubat tidur biar aman kejap dunia mama nih. tapi tak sampai hati plak. kang papa tahu habislah mama kena nanti. tengok!! betapa sayangnya mama dekat bitbit dengan momo taw. walaupun ini adalah kali pertama mama jaga momo dengan bitbit. janganlah plak cakap mama nih mama tiri. dalam keadaan sekarang papa jerk yang boleh dan sesuai menjaga bitbit dengan momo. bukan mama tak mahu jaga tapi mama perlu mengikut peraturan. lagi pun dekat rumah papa kan boleh main lari-lari. rumah papa besar tak macam bilik mama nih.
hari ini mama akan kembalikan bitbit dengan momo kepada papa. mama perlukan waktu dan ruang untuk membiasakan diri dengan keadaan. bitbit dengan momo jangan sangka yang bukan-bukan. mama sayang denkat bitbit dengan momo walaupun kuat melantak macam gajah, suka buat sepah dan macam-macam lagi. nanti bila mama dah beli rumah besar macam rumah papa, mama jagalah bitbit dengan momo yerk. nanti mama siap buatkan playground untuk bitbit dengan momo main. tak delah main dekat tempat sempit tuh lagi. bitbit dengan momo nak makan banyak-banyak sampai gemuk gedempol macam gajah pon boleh. tapi kena sabarlah yerk sayang. mama minta bitbit dengan momo faham situasi mama sekarang nih.
nOta kHaki:sangat comel kan anak-anak Papa dan Mama <3
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment