salam and morning fellas..
sepatutnya entry nih published malam tadi. tapi disebabkan kebengongan berukband maka ia pon publish hari nih. pity me uhh??
semalam ada karnival sukan dekat IPSAH. dan syukur alhamdulillah team netball jadi JOHAN. team bola sepak plak dapat tempat ketiga. tahun nih saja team netball dah jadi JOHAN sebanyak dua kali dalam karnival yang kami sertai. alhamdulillah....
tapi banyak juga yang tak best semalam. biasalah kan. setiap benda pasti ada kekurangannya. paling haru bila tiada makanan disediakan walau pun pendaftaran kena bayar RM60. adoyaii. datang setakat lawan kemudian kalau team kalah awal balik. kesian beb. netball tak pe jugaklah kan cuma ada 5 team. bola sepak tuh kesianlah sebab banyak team. yang datang jauh-jauh macam kita orang daripada perlis nih. bila beli makanan dekat kafe, lauk plak seperti hidup segan mati tak mahu.. huahuahua. akhirnya ND makan nasi dengan lauk telur. gagal untuk memenuhi tuntutan CIK PERUT yang sudah lima hari tidak makan nasi. pity me again.. ;(
tapi tidak mengapalah kan. at least kemenangan sudah di tangan kami walau pun perut berdondang dendang. lagipun maktab ada bagi duit RM10 setiap orang. kot-kotlah menang nih maktab bagi duit lagi kan. siapa tahu rezeki tak nampak nih kan. semalam pon kali pertama ND jadi pengadil netball. syiok jugaklah meniup si wisel tuh. coach ND yang suruh sebab nak gilap bakat terpendam. hua3 ayat memang tak boleh blah betul. (o_o)
bila dah main game macam nih kulit pon sudah pastinya bertukar warna. ND yang jadi pengadil nih pon dah merah-merah mak ngah apa tah lagi team ND yang main. cuaca semalam memang agak dahsyat jugalah. kalau dah libatkan diri dalam sukan memang payah nak dapat warna kulit seperti asal.
nOta kHaki:bila entah nak study nih ;(
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment