Monday, November 22, 2010

cantik kan heels gladiator nih....


semalam ND deactivated FB.hmmm.kan tak pasal-pasal kena tazkirah dengan Jejaka Kacak.padan muka sendiri kan.panjang lebar tazkirah kau dapat.free plak tuh.kau kan dah lama tak dengar tazkirah kan.tuhlah.masa ada tazkirah dekat surau nurul iman, kau main ngelat.dengar dekat bilik jerk.tapi semalam secara langsung kau dapat dengar dekat telinga tuh.tazkirah dekat surau nurul iman pon tak selama tazkirah yang kau dapat semalam..ngeh3



dah sudah.itu cerita semalam.kepada Bella; akak ada sebab kenapa deactivated FB semalam.hari ini dah aktif balik /wahaha.kalau deactivate lama-lama nanti hilanglah keGLAMOURan ND nih.hak tuihh!!dalam keadaan macam nih pon nak perasan tak habis-habis.memang muka tak malu sungguh manusia yang bernama NOAH nih..yer saya mengaku.saya memang muka tak malu /blush.

kalau ada masalah, jiwa tengah kacau, mood memang spoil habis-satu jerk yang ND buat.MENDIAMKAN DIRI.mendiamkan diri dari segalanya.dari FB, blogging, malahan telefon tuh kalau bunyi memang sedaya upaya cuba pekakkan telinga.bukan niat diri untuk mengenepikan semua itu tapi perasaan ini tika celaru, tika keliru, otak tidak dapat berfungsi dengan waras.akibat mengikut kata hati, hahhh ambil kau!!kan dah dapat tazkirah free!!!! /floor

itu kelemahan diri ND.segala masalah yang ND dapat seboleh-bolehnya cuba diselesaikan sendiri.biarlah orang tak tahu apa masalah ND.sebab tuh orang tengok ND nih huru hara sana sini.tapi dalam hati berselirat segala benda.ND tak reti nak luahkan apa yang terbuku dalam hati nih.hatta dengan bestfriends daripada umur 6 tahun pon.dengan adik beradik sendiri pon ND tak luahkan masalah ND.bukan tak percaya tapi mulut ini gatal tak reti nak luahkan dekat orang lain.anggapan ND bila pendam seorang-seorang ini-TAK MAHU MENYUSAHKAN ORANG LAIN.itu jerk.bukan niat ND nak mengenepikan kehadiran dia dalam hidup.tapi biarlah ND rasa sakit sendiri.tak mampu nak lukakan dan tambah masalah dekat orang lain.

mungkin sebab dah lama single.yerlah kan.bila single semua pon buat sendiri.tapi ND memang begini.tak couple pon ND akan selesaikan semuanya sendiri.kalau minta pendapat daripada kawan-kawan pon ND akan guna kiasan.abah yang ajar ND supaya hidup di atas kaki sendiri.ehh ehh.kalau ND hidup atas kaki orang lain habislah.larat ke dia nak angkut ND ke sana ke mari??hahaaa.sebab tuh bila dengan spesies berlainan jantina *ayat kemas* ND akan tunjukkan yang ND nih memang keras kepala, keras hati, kepala batu.sebab??sebab ND tak mahu spesies berlainan jantina dengan ND nih pijak kepala, pandang rendah dekat spesies macam ND.semua yang ND buat ada sebab....kalau tak de sebab tuh sengaja nak cari publisiti.ahaaa

pandangan pertama orang tentang ND mungkin ramai yang beranggapan ND nih sombong, bongkak, muka ketat.itu orang cuma tengok dekat luar jerk.pada hal ND sebenarnya lain daripada yang itu.memang trade mark ND muka ketat *ini adik-adik junior yang panggil okay* tapi muka ketat pon hati ND masih baik ooo.haaa nih dah start nak masuk lif tekan sendiri /XD.

best apa buat muka ketat kan.nak tahu kenapa ND cakap best??tunggulah entry lain ekh.tak bestlah kan kalau semua benda nak cerita dalam satu entry jerk.kita buat hot gossips lain kali plak okay.barulah you all nak datang jengah blog ND cap arnab nih kan ;)





*gambar saja nak tunjuk heels gladiator yang cantik nih.ND punya okies!!!! *



nota pensel dan buku:
kelebihan diri seseorang akan menutup kelemahan diri orang lain (O_o)


nota pen dan buku:
tajuk entry tak de kaitan langsung dengan isi.harap ampun~