Tuesday, December 14, 2010

daulat si jerawat


2 Disember 2010, Khamis 10.45 p.m

Hari nih I pergi klinik untuk beli ubat. Macam biasa I perlu sediakan RM yang agak banyak untuk beli ubat. Tak kisahlah banyak pon asalkan penyakit kulit nih sembuh. Uhuu. Macam serius jerk kan bila I kata penyakit kulit. Saja nih nak buat gempak.

Sebab tuh sekarang I ada dekat Kedah lagi. Klinik nih dah jadi klinik wajib untuk I bila ubat I dah habis. Klinik pon ada dua cawangan jerk. Lagi satu dekat Ampang. Malas plak nak jelajah jalan cari klinik tuh dekat Ampang. Kalau dekat Jitra nih I dah tahu selok belok dia dekat mana. Tak payah nak susah-susah kepala cari klinik. Cuma perlu susah hati sebab RM yang bakal dilaburkan tuh sangat banyak. Lebih daripada setengah ribu agak-agak banyak tak?Kenapa I cakap penyakit kulit tadi?? Sebenarnya muka I nih bermasalah. Semuanya gara-gara makan ketam. Habis naik bijik-bijik yang macam jerawat tuh. Hampeh der. Ketam punya pasal muka I jadi mangsa kan. Jahat sungguh si ketam nih. Dahlah muka I nih sensitive. Tak ke pasal-pasal dapat jerawat free. Dahlah tak mahu hilang. Makin bertambah plak bila kena air dekat hostel tuh. Gerenti lepas mandi muka I nih dah macam pakai blusher tiga-empat inci. I mencik nyahhhh.

Tapi lepas si Liana kenalkan I dengan klinik orang Melayu nih Alhamdulillah kulit muka I dah beransur baik. Jerawat-jerawat jahanam tuh pon dah tak de nak hidup-hidup lagi. Kecuali time ABC-memang akan naik punya si jerawat nih. Bila doctor dah diagnos kenapa dengan muka I nih barulah doctor bagi ubat yang sesuai untuk I. Memula I macam ragu-ragu juga. Tapi kalau tak cuba memanglah tak tahu hasil dia macam mana kan. At least I dah usaha nak bagi kulit muka nih licin macam I sekolah dulu. Ouchhh

Dan sekarang setelah hampir empat bulan I guna ubat yang doctor tuh suggested, Alhamdulillah memang dah nampak kesan-kesan yang doctor cakap. Tapi tuhlah kan. Bila I makan ubat hormon nih period pon jadi tak tentu hala juga. Dua bulan pertama I makan, sembahyang I cukup lima waktu sehari tanpa ponteng!! Faham kan maksudnya?? Tapi dah masuk bulan ketiga I makan period I dah okay balik. Walaupun kadang-kadang I fikir kalau tak period pon tak pe. Ngeh3.

I pernah juga nak try New York Skin Solution tuh. You all ingat I tak tensi ke bila jerawat nih mengganas dekat muka I? Entah berapa ramai yang tanya kenapa dengan muka I nih. Ehh. I penat okay nak jawab soalan yang sama. Macam kaset jerk nak rewind balik apa yang I dah cakap. Kadang orang yang tanya tuh tahu tapi saja nak tanya banyak-banyak kali kan. Ingat I tak kisah ke dengan jerawat dekat muka I nih?? KISSSSAH sangat okay!!

Tapi bila I tengok muka kawan I yang guna NYSS tuh, I rasa lebih baik tak payah buat langsung!! Selepas jerk kawan I buat treatment mesti muka dia merah-merah. Lebih-lebih lagi jerawat tuh. Kadang kawan I tuh naik malu bila muka dia merah-merah lepas buat treatment. Mahu taknya kan. Setiap kali buat treatment dia mesti picit jerawat tuh. Oohhh. What the hell. Sakit okay!! I pernah buat facial sekali jerk. First time dia picit jerawat yang degil dekat muka I nih meleleh air mata I okay!! Seriously I memang tak tahan sakit kalau orang picit jerawat I. Akak spa yang buat facial tuh okay jerk sebab dia picit jerawat yang degil jerk. Jerawat-jerawat yang merah membara tuh memang dia tak sentuhlah. Sebab tuh I suka buat facial dekat spa dia. 

Doctor I pon suggest kalau boleh jangan guna alat yang orang selalu guna nak cucuk jerawat tuh. Ehh. I pon tak pernah ada alat tuh tahu! Dengan berkat ubat makan, ubat sapu, pencuci muka dan usaha I Alhamdulillah usaha I membuahkan hasil. Tengoklah nanti time konvo. Gerenti muka I licin punya. Sekarang nih I perlu habiskan makan ubat untuk tempoh lagi dua bulan setengah. Sebabnya doctor cakap I kena ambil ubat tuh selama enam bulan tanpa henti. Cuba you all bayangkan sebulan ubat tuh berharga lebih kurang RM250. Kalau enam bulan dah berapa banyak RM yang I dah habiskan?? Kalau I buat treatment dekat NYSS mesti I dah habiskan lebihbanyak riban-riban punya kan. Bagus juga Liana nih kenalkan I dengan doctor tuh. 



Nota pensel dan buku:
Ada jerawat pon I masih comel kan kan kan /wahaha