Sunday, December 19, 2010

sekilas....TIPS cantik comel macam ND #2~


salam buat semua..

malam nih I nak sambung lagi celoteh tentang tips cantik comel macam I *bluuerkk.muntah pink* hari tuh dah bagi yang part 1 punya sekarang I bagi part 2 punya. sharing is caring kan. memang musim menganggur nih I suka sharing dengan orang lain~





.:Solekan mata tidak akan lengkap tanpa maskara. Bagi mendapatkan lentikan bulu mata yang seksi, anda dinasihatkan menggunakan 'eye curler' terlebih dahulu. Dalam bahasa jawa 'pinjam pelentik bulu mata kau jap'


.:Bibir akan kelihatan lebih padat dan seksi jika penggaris bibir digunakan bagi melukis bentuk bibir.


.:Jika impikan bentuk bibir yang seksi dan lembut, gunakan penggaris bibir dari warna yang lebih lembut daripada warna gincu. Ehh. Kalau susah sangat pinjam jerk bibir Angelina Jolie ke, Megan Fox ke.


.:Jika kulit wajah anda dari jenis yang berminyak, elak menggunakan alat solek berasaskan minyak atau krim. Pilih alat solek dari jenis 'water base foundation' yang dibalas dengan 'pressed powder' dan bedak debu.


.:JANGAN sesekali memadankan warna solekan dengan warna baju. Pilih warna solekan yang bersesuaian dengan warna kulit anda.


.:Pastikan anda menyapu pelembap bibir untuk mengelakkan bibir kering sebelum mengoles gincu.


.:Sebelum tidur, gunakan pelembap yang mengandungi AHA (alpha hidroxy acid) serta enzim 'super superoxide dismutase' *haram jadah apa benda nih*. Pelembap ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada hidrasi sekaligus menghaluskannya.




tanpa make up pun saya dah comel kan kan.. ;p


Terima kasih kerana membaca (O_o)



bila ND memekak lagi:
Banyak betul tips. I pon belum tentu buat yang ada ;p