Salam buat semua..
Tadi masa aku buat BW aku terjumpa ini. Macam best jerk so aku nak joinlah benda nih. Kepada sesiapa yang rasa nak join bolehlah join benda ini tapi yang ini khas untuk pelajar IPG macam aku *opss aku dah jadi bekas pelajar*.
Tak susah pon nak join Sahabat Blogger IPG nih. Cuma ada LIMA syarat sahaja. Kalau tak cukup syarat, anda tak layak!! hahaa. Aku kelentong jerk~Jom kita tengok apakah dia syarat yang LIMA itu.
1.Tajuk entri "Saya Pelajar IPG ...... (nyatakan tempat anda belajar)
2.Link blog ini
3.Gambar anda bersama rakan sekelas
4.Nyatakan apa kursus anda ambil dan anda akan menjadi guru subjek apa nanti..
5.Ceritakan pengalaman manis dan pahit sepanjang belajar untuk menjadi guru.. dan apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni? (wajib jawab ye)
Dan sekarang mari tengok apa dia yang aku nak jawab untuk syarat-syarat tersebut.
SYARAT 1:
Saya Pelajar IPG Kampus Perlis *bangga sigh*
SYARAT 2:
Sudah buat link untuk blog itu.
SYARAT 3:
Gambar bersama rakan sekelas PLUS mentor kesayangan *yang ini aku saja tambah ekh*
berdiri dari kiri: DAUS, PAK LAH, BOB, NA'IM, HALEQ, ED, ZAM, BAL, CEK MIE, KAY, CEK DIN, SABRI duduk dari kiri: MEEN, NOAH, HAFIZ, FIK, EN. BADRUL, AN, MINDER, FYZA, DEE |
SYARAT 4:
Kursus major ialah Pendidikan Jasmani, kursus minor ialah Pendidikan Kesihatan (PEERS) dan elektif adalah Bahasa Inggeris ;p. Kalau ikut yang sepatutnya memanglah Cikgu PJ, Cikgu Pk dan Teacher BI, tapi tak semestinya di sekolah nanti akan dapat apa yang kita belajar. Jadi, kena tunggu posting baru tahu dapat jadi cikgu apa ;o
SYARAT 5:
Yang nih panjang sikit jawapannya. Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang belajar untuk menjadi cikgu. Pengalaman PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) selama 4 semester, Praktikum selama 3 semester, Internship semasa Semester 8, Kajian Tindakan dan banyakkkkkk lagi. Tak muat plak nak bebel panjang-panjang. Sebab PISMP mengambil masa selama 5 tahun setengah dan terlalu banyak perkara yang dilakukan.
Perubahan dalam sistem pendidikan?? Bagi aku sistem pendidikan kita terlalu mementingkan peperiksaan sehingga aspek lain diabaikan. Jadi, kita kena tukar pentaksiran berasaskan peperiksaan kepada pentaksiran secara berterusan dan ditambah dengan unsur-unsur lain seperti kerja kursus, sahsiah, kokurikulum dan sebagainya.
p/s:Kepada incik blog, IPG dengan maktab tuh sama jerk. Bezanya cuma IPG telah dinaiktaraf sebab boleh keluarkan ijazah macam PISMP.