Tuesday, January 04, 2011

Tips Amalan Pemakanan Sihat #1


Salam buat semua..

Nak tahu amalan pemakanan yang sihat tuh macam mana?Tak semestinya kita makan sayur, makan buah itu tandanya amalan pemakanan kita sihat. Kalau makan segala buah dan sayur tuh belum tentu sihat kalau tak disertakan sekali dengan senaman dan yang sewaktu dengannya. Ohh. Panjang plak mukaddimah entry kali nih ;p


*************************************************

AMALAN PEMAKANAN SIHAT

1)Makan makanan yang HALAL dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan. Sebabnya makanan itu akan jadi darah daging kita kan.

2)Amalkan memulai makan dengan bacaan "Bismillah' dan diakhir dengan 'Alhamdulillah'. Masa kecil-kecil mak pesan kalau tak baca "Bismillah' nanti syaitan ambil makanan kita. Sebab tuh lapar jerk lepas makan~

3)Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk atau makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais. Penggunaan ais batu juga tidak digalakkan. Aku suka minum air suam~~

4)Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin. Aku rasa orang Asia nih payah kot nak makan nasi sehari sekali lebih-lebih lagi orang Malaysia.

5)Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kekacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

6)Kurangkan makan makanan yang mengandungi garam dan gula yang tinggi apa tah lagi ajinomoto. Prinsip aku memasak memang tak guna langsung ajinomoto.


Terima kasih kerana membaca (O_o)