Huhh!! Malam tadi tengah syok-syok I buat laporan orientasi tiba-tiba plup!! Boleh plak blackout kan. Sengal gila dahlah I punya lappy tak guna bateri. Memang rasa nak cekik jerk leher sesiapa time tuh. Kalau ada mak ponti memang dah kojol dia nyah. Wahh bajet macam berani nak cekik mak ponti ;p
Dengan penuh bersemangatnya I terus call abang-abang TNB sebab ada certain houses jerk yang blackout. Heii mana boleh macam tuh. Orang lain syiok jerk dapat tengok Ummu Hani. Rumah I plak dilimpahi dengan nyamuk-nyamuk drakula yang sentiasa gilakan darah manis I tuh!! Selebet betul tahu??
9.30 malam I call abang-abang TNB *nasib suara sedap ;o* Tapi pukul 11.30 malam baru nampak kereta TNB rinda-ronda jalan depan rumah I. Ehh you all tahu tak I duduk dekat luar rumah taw dilimpahi dengan nyalaan lilin. Sedih I macam duduk dekat setinggan. Sob sob sob. Siap beriadah lagi makan ais krim Malaysia dengan mak buyung dan Danish. Sejuklah sikit hati I walaupun sebenarnya panas mendadak sebab kerja I dah terbengkalai!! Shittake kau~~
Dah puas I beriadah di malam hari I sambung lepak dalam rumah. Omaigucci!! Memang nyamuk drakula menderu-deru datang dekat I!! Danish dah mengamuk nak tidur, siap suruh I jadi kipas bergerak plak. Hukalohh si kecik nih. Nasib comel kalau tak memang dah bagi pang sebiji.
Cantik jerk tonggengan Danish. Tergoda mak~~ |
I memang menci dengan nyamuk drakula!! Habis tangan dan kaki I yang gebu geban nih digigit!! Nanti esok kalau anak murid nampak mesti kena gelak-gelak jerk. Apalah cikgu nih tangan kena gigit nyamuk. Nak tidur pakailah kelambu! Ohh tidak. Kalau itu jawapan anak murid serius I pakai handsock sampai ke jejari cawan nih ;)
p/s:Bila elektrik dah sedia ada, mata plak tak mahu tidur!!!!