Esok ada kursus dekat Muar. Ohhh segala baju dan keperluan aku langsung tak prepare. Memang tak de hati sebenarnya nak pergi. Walaupun boleh hooray hooray sebab tak masuk kelas. Tapi kerja dekat sekolah tuh berlambak.
Kursus dah makan masa tiga hari sampai Khamis. Jumaat tuh plak aku ada temuduga SPP dekat Menara Ansar. Dahlah sesi pertama pukul 7.30 pagi! Agak-agak aku nak keluar rumah pukul berapa beb?? Mahu gak aku jadi minah rempit hari tuh kang~
Kemudian hari Sabtu plak ada Hari Terbuka. Ohh da**! Aku dah macam robot minggu nih. Minggu lepas kejar cikgu nak minta markah exam budak. Minggu nih aku jadi tak ketahuan dengan kursus, temuduga dan hari terbuka! *aku harap aku dapat cikgu pembantu untuk hari Sabtu tuh ;(
Sekarang aku sedang lagi meng-emailkan nota-nota berkaitan dengan SPP. Ehh tadi aku baca dengan wall group aku ada sorang geng nih cuma senyum jerk sebab soalan yang ditanya berada di luar jangkaan. Hahhh memang aku akan buat macam tuh pun! Serius aku memang blur dan blank pasal temuduga SPP nih. Skop soalan yang dia nak tanya tuh besar. Jadi aku akan bantai-membantai jerk masa jawab nanti. Mudah-mudahan dengan senyuman dan pahala aku hantar nota, urusan aku dipermudahkan. Aminnn~