Saturday, August 06, 2011

Berita Keguguran

Haa ini berita bukan sebarang berita. Juga bukan berita yang luar biasa. Hahaa ada plak yang terkejut nanti tengok tajuk entry aku tuh. BERITA KEGUGURAN. Jeng3~Apakah??

Ini bukan cerita aku keguguran baby ke apa. Nikah pon belum mana nak mengandungnya. Ini berita KEGUGURAN RAMBUT aku!!!! Haiyaaa. Aku benci bila rambut gugur. Gila aku tak suka bila sikat rambut, banyak helai yang luruh dekat sikat tuh.

Punca?? Few years ago, aku pergi Indon kampung atok. Mandi air perigi. Uhuu. Bila balik Malaysia habis luruh bagai rambut aku nih. Sobsobsob. Sedih oo. Bukannya sikit tapi banyak. Aku punyalah berusaha nak bagi rambut nih lebat.

Few months ago, aku pun menggatallah nak cuba syampu BAWANG. Alaaa yang si Jackie Chan tuh dia punya duta tuh. Harga dia RM59.90 kalau tak silap aku dengan perapi siap. Minggu pertama aku pakai okaylah sikit. Masuk minggu kedua perghh makin banyak plak yang gugur!! What?? Biasanya syampu cina nih kan guna herba mesti okay rambut aku. Tapi syampu Jackie Chan nih buat kepala aku botak plak.

Nah terus aku berhenti pakai syampu Jackie Chan tuh. Kembalilah aku kepada syampu Sun Silk yang aku selalu guna. Syampu Rejoice, Clear memang tak boleh sebab rambut aku kejung. Huhh!!



1 makhluk comel yang memekak dekat sini:

Miss Sunshine said... Reply To This Comment

hmm, nampaknya kita mengalami masalah yang sama... Tapi, org kata syampu bawang tu ok... rupenya tak ok ye... tak pernah pulak try..