Saturday, August 27, 2011

Sugar Glider: Ilmu Sangat Penting

Ehemm aku bukanlah pakar dalam hal sugar glider nih. Ini cuma mengikut pandangan mata kasar aku sahaja. Kalau nak bela dan beli apa jenis haiwan peliharaan pon, benda pertama yang perlu kita tahu ialah ilmu. Ilmu itu penting. Kalau tak de ilmu susahlah kan. Mana nak cari ilmu? Dunia sekarang canggih manggih maa. Segalanya di hujung jari. Disusuli dengan usaha. ;p

SEBELUM beli sugar glider, kita kena tahu kemampuan yang kita ada. Sebabnya sugar glider nih bukan murah. Belum lagi itu ini dan sebagainya. Harga dirinya sahaja dah membuatkan orang berfikir banyak kali. Tapi kalau dah minat, kipas susah mati sugar glider, wang tuh tak jadi masalah. Tak bolehlah mula-mula nak terus beli sugar glider yang mosaic ke, WFB ker, ringtail ke kan? Mulakan segalanya daripada asas.


Lagi kita kena banyak research. Aku mula-mula berkenalan dengan sugar glider nih masa pergi uptown damansara. Jinak betul sugar glider dekat gerai orang tuh. Tapi masa tuh aku tak bernafsu sangat tengok sugar glider nih. Sebab aku teruja dengan iguana. Hahaa. Bila kita dah tahu pasal sugar glider nih serba sedikit, kita tambahkan lagi ilmu yang ada. Sebab tuh aku kata ILMU sangat penting. Tak kira apa pon yang kita buat ilmu itu perlu ada.

Kalau kita tak research kita tak kan tahu. Kalau asyik tanya orang jerk parahlah. Itu bukan research dah. Itu namanya spoon feeding. Kalau dah kita research tak jumpa kita tanya orang tak pelah. Ini tak research tanya orang bertubi-tubi. Kalau aku pun hangin~

Hampir dua tahun aku memendam perasaan terhadap sugar glider nih. Sebab masa tuh aku tengah belajar malas nak remehkan kepala mana nak letak sugar glider nanti. Kang tak pasal-pasal kena songlap dengan warden.

Lagi satu kalau kita tengok sugar glider kita tuh macam lain macam jerk, kita bawalah pergi vet. Kalau tak tahu dekat mana ada vet, cari dekat internet. Ini lagi satu kemahiran ilmu yang perlu kita ada. Dengan segalanya di hujung jari, kita kenalah tahu macam mana nak aplikasikannya kan. Membela haiwan peliharaan ini memang memerlukan belanja. Kalau nak murah, kahwinlah dengan doctor vet yang pakar tentang sugar glider ;p Gerenti khidmat yang diberikan adalah percuma.

Itu ajalah yang mahu aku kongsi. Lain kali celoteh lain. Anak-anak aku dua ekor tuh pon tak berapa nak behave sangat. Aku perlukan lagi ilmu menjinakkan mereka.

*Chika, si isteri sekarang dah berusia 4 bulan setengah*

*Juju si suami dah berusia 6 bulan setengah*

2 makhluk comel yang memekak dekat sini:

Amani said... Reply To This Comment

peminat exotic jugak ke?
i pun peminat exotic jgk.. hehe pun supply haiwan exotic :)
sugar glider mmg comel tp haiwan sensitip jgk.. my jimmy pun dh besar tgh tgu bini dia nak kawenkan.. hehe pape pun gud luck jaga suggie tu :)

noah darham said... Reply To This Comment

@Hani

hani supply haiwan apa ekh??macam best jerk nih ;p