Friday, September 23, 2011

Cik Laxy Yang Seksi

Salam.

Harih genap seminggu aku guna si samsung galaxy tab 10.1 atau nama gelaran dia CIK LAXY. Kenapa aku beli? Sebab aku kaki game!! Ehhh tak lah sangat kan. Ini aku beli sebagai hadiah untuk diri aku sendiri. Hadiah hari jadi aku.

Best sakan aku dapat Cik Laxy nih. Dah lama aku tak beli hadiah untuk diri sendiri selepas Ollie, Juju dan Chika. Heheee aku tengah merancang nak tambah geng Juju Chika. InsyaAllah mungkin hujung tahun nih kalau ada rezeki lebih selepas modify ollie :p

Danishlah paling suka bila aku beli Cik Laxy. Dia sibuk nak main angry bird. Heiii umur belum tiga tahun dah tunjuk belang nak main game jerk!! Hebat sangatlah tuh kan.


Rakan sekerja aku cakap plak boyfie aku belikan si Cik Laxy nih. Alahaiiiii bertuahnya kan. Pelik ke kalau beli hadiah hari jadi untuk diri sendiri??

2 makhluk comel yang memekak dekat sini:

Cik Puan Bunga said... Reply To This Comment

Beli sendiri? Kenapa tak mintak bf belikan? KEHKEHKEH! Barulah sayang menyayang! HUHU!

noah darham said... Reply To This Comment

@Cik Puan Bunga
Kekekeee..
Bf tak bergaji lagi lah kak :-)