Salam.
Putus asa. Perasaan yang jarang aku alami. Tapi dengan sugar glider nih aku dah ada rasa putus asa sikit. Kenapa? Hampir lima bulan aku bela Juju dan empat bulan aku bela Chika. Tapi kedua-duanya masih separuh jinak atau semi-tamed. Ehh ada ke istilah semi-tamed?
Aku bela Juju semasa dia berumur tiga bulan. Memang bela seekor nih senang sebab tak de komitmen dekat sugar glider lain. Juju dah semakin jinak dengan aku. Tapi dia suka gigit. Aku tak kisah. Tapi lepas tiga minggu Juju tunjuk perubahan. Dia dah kurang makan, nampak pasif jerk. Aku ajak main pun layan tak layan jerk. Aku pun risau kenapa dengan Juju.
Before I adopted Juju, he had many friends. Owner lama dia ada berapa ekor entah. Bila dengan aku dia sorang-sorang dia jerk. So may be that is a reason why Juju became passive and so on. So then I surveyed at FB to find friend for Juju. Fortunately, I got friend for Juju. Hahaa. Awek cantik punya. I bought Chika, two months from Shaiful Suggies Shop.
Haaaa part nih yang buat rasa putus asa aku tuh timbul. Bila dah ada dua ekor sugar glider, so I have to divide everything into two. Kasih sayang dan masa!! I cant be unfair. Tapi memang terkadang aku tak adil juga dengan budak dua ekor nih.
Juju bila dah dapat Chika terus tak mahu dengan aku. Silap aku juga terus campurkan dorang dalam cage. Syukur juga dorang nih serasi tak de gaduh-gaduh belasah. Tapi aku kempunan plak bila Juju tak nak dengan aku. Chika mesti crabbing bagai kalau Juju tak de dekat dia. Aku mati akal. So aku pun trial and error. Aku biar dulu tengok dorang nih.
Macam-macam cara aku buat bagi nak jinakkan budak dua ekor nih. Bagi aku dorang jinak ke tidak aku dah tak kisah sangat. Yang penting aku nak dorang nih sihat dan selamat. Syukur hingga ke saat aku tulis entry nih, Juju dan Chika masih bernyawa dan hidup dalam keadaan yang sihat hendaknya.
Mungkin aku salah mendidik anak-anak. Hahaaa. Ayat puaka kan. Yerlah hari-hari aku cakap dengan Juju dan Chika jangan jahat-jahat dengan mommy. Kalau nak bawa Juju, aku kena bawa Chika. Vice versa. Tak boleh tinggal seekor. Hari nih aku bawa Chika pergi sekolah. Huhhh crabbing memanjang kalau aku nak pegang dia. Chika bila tak de Juju dia rasa tak selamat. Aku saja tak mahu bawa Juju sebab hari tuh dia berjaya escaped from pouch dekat bilik guru. Kiranya nih denda untuk Juju lah ;o
Tak pelah Juju Chika. Mommy tak kisah kalau korang berdua semi-tamed pon. Perasaan cemburu tuh memang ada kalau tengok suggies lain jinak bagai dengan owner dia. Tapi tak mengapa. Rezeki masing-masing. Kalau Juju Chika nih subur ada baby baru, nanti aku akan jaga sampai jinak. Tak nak ulang kesilapan lama dah ;p
*Aku tak kan putus asa. |
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment