Friday, October 14, 2011

Cerita Aku dan Ubat

Salam sayang!

Terkedek-kedek nak update blog. Nih pon belum sepenuhnya sihat. Huhhh batuk kalau dah serang memang sakit dada aku!

Ehhh hari tuh pergi klinik semata-mata nak medical certificate jerk. Ubat?? Aku simpan elok jerk dalam peti ais. Okay serius aku anti-ubat. Tak pelah demam panas ke selsema meleleh-leleh ke. Janji tak makan ubat!




Masuk hospital dulu pun aku buang ubat dalam jamban. Hahaaa. Depan nurse tunjuk baiklah kunun-kunun makan ubat. Tapi sebenarnya ku simpan dalam mulut! Hahaaa gagahkan diri bangun nak pergi toilet semata-mata nak flush ubat. Lagi satu taktik: aku bagi alasan dekat nurse nak tidur dulu, kang kejap lagi makan ubat. Serius nurse percaya. Padahal dorang tak tahu aku sorok ubat bawah bantal :p

Punyalah aku anti gegila dekat ubat nih. Memang rugilah siapa yang tanya stok panadol ke, paracetamol ke, ubat batuk ke dekat aku. Sebab aku memang tak simpan segala bagai ubat-ubatan. Selagi boleh tahan, aku tahan. 

1 makhluk comel yang memekak dekat sini:

Dhinai said... Reply To This Comment

Sampai macam tu sekali...sihatlah sedara sedara kita dalam jamban tu..