Sunday, November 27, 2011

Juju Chika Masuk Sugar Glider Competition!!

Salam.

Hari nih hari bersejarah buat Juju dan Chika. Sebab sepanjang aku bela dorang, inilah kali pertama aku bawa dorang masuk pertandingan. Alaa pertandingan sugar glider nih pun pertama kali buat :p

Penelope dah bagitahu awal-awal tak nak ikut. Geram betul aku dengan Penelope tuh. Bersusah payah dia tak nak keluar daripada pouch! Rasa macam nak jentik jerk hidung dia tuh. Nasib baik comel. Terus mommy sejuk hati tengok kecomelan kau tahu!?

Aku sampai awal jugaklah. Dalam pukul 10.30 camtuh. Aku tengok lengang jerk centre atrium dekat IOI Mall tuh. Hari ahad kan. Orang bangun lambat. Aku bukan berniat pun nak suruh Juju Chika masuk bertanding. Aku saja nak datang nak show off anak-anak aku nih. Alang-alang dorang boleh window shopping kan. Huhhh!

Tunggu punya tunggu aku pun tak tahulah pukul berapa event mula. Juju Chika nih bukan boleh duduk diam. Nak melompat ke sana ke mari. Aku pun dah penat layan dorang. Nasib baik Penelope tak ikut tadi. Tangan akau dah penuh bagai dengan cakaran dorang. Malas nak groom kuku dorang sebab di akhirnya aku cuma boleh groom kuku sebelah tangan jerk!!

Okay, masa judge tengok Juju Chika aku tahu mesti dia tanya pasal kuku. Aku cakap malas nak groom sebab dorang buas. Hahaaa. Nasiblah kan dapat cakaran Juju Chika. Tambah lagi kena gigit dengan Juju. Aku tengok participant lain sugar glider dorang semua gemuk debab. Juju Chika jerk macam terbantut. Ada sekor tuh umur baru tujuh bulan tapi badan debab dah macam umur dua tahun! Aku tanya bagi makan apa. Owner dia cakap bagi hpw.

Bagi hpw pun boleh gemuk debab macam nih ekh? Juju yang dah lapan bulan tuh pun berat dia baru 83 gram. Lastly owner dia cakap tak control makan. Huhhh padanlah pun. Juju Chika nih suka masuk gym. Sebab tuh badan maintain jerk :p. Tak pelah kan Juju Chika. tak gemuk debab pun taknpe. mommy nak Juju Chika Penelope panjang umur dan sihat.

Keputusan tadi, Juju Chika cuma dapat hadiah saguhati jerk. Okaylah tuh sekor dapat hpw dengan cormer hammock. Jimat ohhh duit mommy nak beli hpw. Bertambah lagi mainan dorang. Tadi pun aku sempat beli bungee play untuk dorang. Lama dah tak beli mainan untuk dorang. Next time kita masuk lagi pertandingan ekh :-)






p/s: Tak de gambar Juju Chika sebab aku sibuk main dengan orang. Huhhh geram!!

Friday, November 25, 2011

Bila GIGI Sakit Jangan Cari Masalah!

Salam namastee!!

Haaa aku menyampah betul bila gigi sakit nih. Bukanlah aku tak reti nak jaga gigi. Gigi aku nih sihat belaka elok jerk tersusun rapi walaupun tak cukup sebatang. Nih sebab baby geraham baru nak tumbuh. Waduhhh bapak-bapak ibu-ibu, sakitnya ngak bisa ditanggung dong!

Kalau aku dah sakit gigi, jangan sengaja atau tak sengaja nak cari masalah. Lagilah aku hangin sebadan bila dengar anjing depan rumah nih barking macam kena sampuk hantu pocong. What the fish kan. Aku rasa nak lempang laju-laju jerk si anjing dua ekor tuh. Dapat baling dengan selipar pun macam best. 

Haaa tuh tambah lagi jiran sebelah menyebelah nih tukang rumah! Arghhh aku rasa nak lari masuk dalam hutan jerk taw! Terseksa jiwa raga mak jemah noks. Bila dah sakit gigi nih mulalah kepala pun nak sakit juga.

Tapi, walaupun gigi aku tengah mogok nak keluar nih, selera makan tetap tip top. Sakit tuh sakitlah tapi makan wajib derr. Lagilah kan hari nih aku baik rajin gila masak ayam merah dengan daging balck pepper. Aummm terliur beb!!


Welcome Penelope!!

Salam you allll!!

Okay mak jemah ada ahli keluarga baru. Ini bakal awek kepada Juju. Kalau Juju tak mahu mak jemah kena bagi dekat King Kong yang on the way daripada USA tuh. Huhhh kemain ko King Kong ekh. USA tuh beb!!

Ini nama dia Penelope. Malas nak tukar nama dah sebab mak jemah pun memang nak letak nama Penelope untuk bakal sugar glider mak jemah yang akan datang. Lagi pun nama Penelope pun glamour apa. Tapi si bapak Kaka Kyky tuh sesuka hati panggil Penelope si Pineapple. Tak rock betul ^•^

Umur Penelope nih sebelas bulan. Sesuai sangat kalau nak kahwinkan dengan si Juju tuh. Juju pun dah hampir sembilan bulan. Ohhh sejuk perut mak jemah mengandungkan dia. Hikss~

Penelope dah pernah beranak dan dapat anak satu. Kira Penelope nih janda terhangatlah macam RCW tuh. Ouchhh!! Bangga mak jemah dapat menantu hotsss. Tak kisahlah kan Juju dapat awek janda. Ada pengalaman cukup dah nanti nak ehem-ehem :p

Chika kita simpan untuk King Kong okay. Awww tak sabar nak tunggu anak mat salleh nih sampai. Teruja sampai bengkak pipi nih sakit gigi tahu. 



p/s: Aummm! Welcome to my family Penelopeeeeee!!


Saturday, November 19, 2011

Kursus, Kerja, Cuti

Salam.
Ehhh tengok! Aku sekarang bukan main susah nak update blog. Padahal banyak jerk benda nak story mory dekat korang. Tak pe. Blog picitan :p

Minggu nih minggu terakhir sekolah. Okay bestlah korang anak murid CUTI lama bagai. Sebulan setengah tuh. Cikgu punya cuti jangan cakaplah. Kalau tak, tak delah aku terperuk dekat hotel seri malaysia nih sampai esok. Okay then cuti dua hari. Rabu sampai jumaat kerja balik. Lepas tuh baru cuti ekhhh. 

Tapi cuti-cuti pun dah ada kerja sedang menunggu. Kena buat kerja HEM sebab aku telah dilantik sebagai setiausaha HEM untuk tahun depan! Wahh macam best kan. Bukan tuh jerk. Ramai benor nak rebut aku jadi setiausaha nih. Haihhh cikgu hebat menaip semua nak rebut. Citttt~~


Friday, November 11, 2011

Salam November

Salam semuanya!!

Ada yang rindu dekat aku tak? Tak de? Okay tak pe noks, mak tak kisah :p

Banyak kerja, tersangat banyak sampai tak tahu nak mula nak yang mana satu dulu. Haihhh migrain kejap kepala aku beberapa minggu nih. Tuhlah aku rasa kalau buat peperiksaan sebelum cuti diwali hari tuh mesti tak kelam-kabut. Tapi apakan daya - SAYA YANG MENURUT PERINTAH (SYMP).

Minggu depan minggu terakhir persekolahan. Minggu nih dah sibuk dengan macam-macam mesyuarat. Ohh nak latih budak koir lagi untuk majlis anugerah cemerlang. Hmm nih pun aku kena migrain juga. Elok-elok aku dah latih dengan lagu yang aku dah pilih, last minute kena tukar! Okay aku diserang migrain serta-merta masa tuh :(



Ulat Dalam Kiub Pati Tomyam Mag*i

Salam.

Kembali sudah aku ke arena blogging nih. Sebenarnya curi masa sikit. Kertas peperiksaan budak tengah menunggu giliran. Haihhh. Macam-macam der. SAPR, SAPS, SPSK, SYMP. Hahaaa pening kepala eden oii.


Okay hari nih teringin sangat nak makan tom yam ayam. Nyummm terliur beb. Itu belum lagi kalau makan. Aishhh meleleh sekali lagi :p


Tadi dah pung pang pung pang bagai sediakan bahan-bahan yang perlu. Tiba masa nak masukkan kiub pati tom yam mag*i dalam periuk arcopal arwah abah. Alah kiub yang bentuk empat segi tuh. Taw kan kan? Okay aku memang teliti bab makan. Aku belek-belek dulu kiub tuh.


Sekali tanpa disangka-sangka ada plak SEEKOR ULAT meliuk lentok dekat dalam kiub tuh. Kira macam dia nak keluarkan diri daripada kiub tuhlah. Ohhh whatthefish kan!! Okay fine aku buang ambil kiub lain.


Kali nih aku penyekkan kiub tuh. Nak tengok ada ke tak ulat. Nahh sekali sah memang ada ulat juga dalam kiub tuh. Derr, habislah hancur resepi tom yam aku! Aku beli kiub nih semalam. Dalam packing tuh ada enam kiub free dua kiub. KESEMUA KIUB tuh ada ulat!!


Heii hilang dah selera aku. Nak tak nak kena pergi kedai cari rencah lain. Bila dekat kedai aku ternampak lagi kiub tomyam cap Mag*i tuh terus aku teringat pada ulat-ulat yang aku jumpa. Hahhh trauma beb! 


Dan akhirnya lauk tom yam yang aku masak hari nih menggunakan perencah tom yam cap Ada^i. Tuh pun aku usha-usha dulu kotlah kan ada plak si ulat-ulat menggelitik tuh. Tapi syukur aku dapat makan si tom yam dengan lazatnya. Yang pasti lepas nih aku TAK KAN lagi guna KIUB PATI TOM YAM cap MAG*I. 



Sekian.






p/s: Kalau makan dekat luar pun aku tak kan order tom yam ;p