Salam.
Beberapa hari lepas aku beli mealworms a.k.a ulat roti? Nak buat apa? Haaa nak bagi dekat budak empat ekor nihlah-Juju Chika Penelope Gegurl. Kesian plak dorang makan buah, sayur, hpw, slurp, ayam jerk. Sekali sekala bagilah plak makan benda hidup. Nak bagi cengkerik susah plak binatang tuh suka lompat-lompat. Tuh belum lagi kalau bau pee yang sangat harum kalau makan cengkerik. Pengsan mak jemah noks :p
Tapi sebelum nak bagi dorang makan fresh from farm, aku 'gutload' kan dulu si mealworms nih. Apa benda 'gutload' tuh kan? Aku pun baru jerk dengar sejak bela sugar glider nih. 'Gutload' tuh kira macam proses nak bersihkan si mealworms nih. Ini ikut fahaman yang aku senang fahamlah. Sebab apa nak 'gutload'?
Sebabnya selalu dekat pet shop mealworms nih dibagi makan oat/roti/dan sebagainya. Sugar glider plak tak boleh makan benda yang ada kandungan yis/ragi macam roti/nasi. Jadi sebab itulah pentingnya 'gutload' nih. Tapi tak ramai yang tahu tentang 'gutload'. Sebab tuh bedal jerk bagi makan mealworms fresh dari pet shop. Aku tahu nih pun daripada Louis Sugar Glider.
Macam mana nak buat 'gutload' dekat mealworms? Haaa ekau bagilah si mealworms nih makan sayur! Aku mula-mula macam blur juga nak bagi sayur apa. Aku try bagi kobis bunga warna putih tuh. Ohhh seronok mealworms nih makan. Sekejap jerk dah habis. Then aku bagi mealworms nih makan kacang buncis. Sampaikan adik aku cakap 'kamu nak ternak ulat roti plak ke?' Ohhh sentap mak jemah okay!! Hari pertama aku beli mealworms nih tak delah dabak sangat. Selepas dua hari aku tengok dah montel-montel plak. Haihhh ko jangan obes yerk mealworms.
2 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Salam,saya baru beli mealworm sehari lepas. Hari ni dah mati. Mcm mana ye nak jaga?Some says sebab overheating. (Mungkin juga sebab saya letak di luar rumah) dan solutionnya kena letak dlm Fridge(?) Ada solution lain tak selain dr letak dlm fridge.
Ada tokeh kedai yang jual ulat ni kata kena letak tempat yang berhawa panas
Post a Comment