Wednesday, January 18, 2012

Bengang Sikitlah Kottttt!

salam you all.. sihat semuanya? insya Allah sihat-sihat belaka :p

minggu nih banyak kerja.. haihh ini yang kurang gemar.. kena siapkan sebelum cuti.. kalau tidak, punahlah masa cutiku untuk berjimbaan.. tak suka kiah oiii!! bila cuti teringatkan kepada kerja yang tak siap lagi..

kisah hari nih..

tadi aku minta tolong dekat cikgu baru tiga hari posting.. alaaa cikgu-cikgu PISMP dengan KPLI tuh.. nanti ada masa aku update entry tentang mereka bersembilan.. sekolah aku kurang guru, memang patut pun hantar banyakkkkkk cikgu!

okay, sambung cerita.. tadi aku ada mesyuarat tergempar dengan GPK.. PPD minta dokumentasi apa benda entah.. nyampah i taw!! kena hantar sebelum atau pada 25 jan.. oiii cuti kot!?

aku kan setiausaha HEM.. jadi ada kerja yang aku kena buat.. okay 'saya yang menurut perintah'.. memandangkan hari nih jadual aku sangat pack iaitu empat jam kelas bahasa inggeris *nih pun dah tinggal kelas sejam sebab mesyuarat* jadi aku meminta pertolongan daripada cikgu baru ganti kelas aku kejap sampai balik.. alaaa Tahun 1 kan ada transisi.. bagi handout suruh dorang buat.. ada modul dah siap.. senang pun..

cikgu lelaki tersebut pun bersetuju memandangkan dia free dan heiii aku cikgu senior setahun daripada dia :o dan mesti dia tak berani nak kata TIDAK kan.. akekeee.. aku lempang laju-laju kalau dia tolak tawaran tadi tuh.. inilah masanya nak glamourkan diri dengan budak Tahun 1.. okay fine kejam kan..

masa aku on the way nak ke bilik guru dari kelas Tahun 3, aku nampaklah dia sedang menunggu di luar kelas Tahun 1 tersebut.. aku pun 'ohhh bagus nih.. boleh buli lagi'.. hahaa cakap dalam hati cukup..

tup tup masa aku tengah buat kerja dekat bilik guru *rasanya tak panas lagi punggung aku duduk dekat kerusi* aku didatangi oleh dia.. katanya ada cikgu lain dalam kelas tuh.. aku pun terpinga-pinga ternganga-nganga dengar jawapn dia.. aku pun cakap, 'ehh nih masa saya takkan ada cikgu lain kot?' dia pun diam jerk sambil menunjukkan wajah kesengalan dan selenga beliau.. cehh kunun nak minta aku masuk balik kelas tuh kottt..

aku pun cakap lagi, 'tak pelah terima kasih ekh'.. aku tengok jam baru 12.05 tengahari.. macam ada something jerk yang tak kena.. aku pun pergilah menjengah ke kelas Tahun 1 tersebut.. oiiii bising kotttt!! dan paling best non-ada cikgu pun!! haihhh ini yang aku mula rasa bengang sangat-sangat bengang nih.. derr, takkan ko tak boleh tunggu 10 minit kott?? biasalah kan kalau cikgu keluar kelas lambat.. haihhlahh dah tertangguh lagi kerja aku.. minta tolong dekat orang tapi tak kesampaian :(

memanglah aku tak nak minta tolong lagi dengan cikgu tersebut. kaw-kaw punya aku tak nak tengok muka dia minggu nih.. sedih mak jenab oiii.. uhukk uhukk..




pemerhatian aku untuk hari kedua nih:
dorang suka duduk dalam kumpulan dorang.. aikk dah macam ada group plak cikgu baru dengan cikgu veteran.. tak nak pun borak-borak dengan cikgu yang ada dalam bilik guru tuh.. hmmm sebab last year aku posting situ seorang diri, maka memang aku pandai bawa diri.. hahaaa boleh buat pantun sigh!! derr, sekarang bukan zaman maktab nak pergi mana-mana harus bergerak dalam kumpulan!!


2 makhluk comel yang memekak dekat sini:

faqhrule said... Reply To This Comment

ramai ke masuk cikgu baru?

noah darham said... Reply To This Comment

So far sembilan orang. Kurang lagi 13 orang