Tuesday, March 06, 2012

Sugar Glider: Mari Kita Mandi!!

Assalamualaikum.

Sugar glider korang wangi tak? Ke busuk? Pernah mandikan tak? Atau memang tak pernah langsung korang cium bau badan sugar glider korang?

Semalam aku mandikan Juju Chika Ralphie. Sebelum nih lap pakai wet tissuejer. Sebab aku tak yakin plak nak mandikan dengan air. Takut dorang mati kalau tak dikeringkan dengan betul. Lagilah kalau Raff yang mati. Meroyan kot aku nanti. 

Sebelum aku mandikan dorang bertiga, aku potong kuku dulu. Bagi dorang main-main atas kerusi dan biar ada perasaan gembira dan tak terkejut. Cehhh padahal aku takut sebenarnya nak mandikan dorang. Kuatkan hati nihh.

Aku tak simbah air direct kepada dorang. Aku ambil air letak dalam tangan dan usap perlahan-lahan. Sambil tuh tenyehlah bulu-bulu dorang tuh kot ada taik kering terlekat. Dah habislencun-lencan, jangan lupa LAP SEGERA DENGAN TUALA KERING! Penting nih tau. Kang kesejukan plak gliders korang. Kang bertemu ajal plak kang. 

Kemudian, aku guna conditioner khas untuk sugar glider. Mula-mula nak beli shampoo tapi tauke tuh cakap gliders aku bersih tak comot. So better i bought the conditioner than the shampoo.Haa kang dah speaking!

Spray sikit dekat badan, bawah badan, ekor, bontot. Tapi JANGAN kena mata sebab PEDIH. Aku belum vuba lagi dekat mata aku. Dah spray splushh splushh dengan conditioner tadi lap lagi dengan tuala. Lepas tuh pandailah dorang grooming sendiri.

Sekian, terima kasih.













2 makhluk comel yang memekak dekat sini:

Iza 2328 said... Reply To This Comment

Mana beli conditioner tu?

Iza 2328 said... Reply To This Comment

Mana beli conditioner tu?