Saturday, April 07, 2012

JOHAN Karnival Bola Jaring P12 MSSD Kulaijaya 2012 #part 1 (UPDATE)

Assalamualaikum.

Maaflah yerk sekarang aku dilanda kesibukan melampau. Tak sempat nak update blog. Alaaa blog picitan jer. Orang tak hairan pun kalau tak update. Kan kan??

Tak nak cerita panjang. 3 April 2012, pasuka bola jaring Sekolah Kebangsaan Putra Utama telah dinobatkan sebagai JOHAN dalam karnival bola jaring perempuan bawah 12 tahun peringkat MSSD Kulaijaya.

Perghhh hebat kau jahhh!! Okay aku memang tak sangka pun team aku akan menang sejauh ini. Tahun lepas, peringkat kumpulan pun tak lepas. Tahun nih aku ubah strategi. Bulan Februari dah mula latihan. Sampaikan GPK KOKO cakap kenapa nak training awal-awal? PERLU KE TANYA SOALAN MACAM TUH????

Alhamdulillah team aku menang besar. Cuma sekali kekalahan di peringkat kumpulan kerana rehat yang panjang akibat hujan yang tak nak berhenti. Perlawanan selepas itu syukur dipermudahkan olehNya. Aminnn

Nanti aku cerita pada entry akan datang. Ini cuma hebahan di blog. Dekat facebook memang aku dah heboh bagai ;p

Carta kemenangan netballers SK PUTRA UTAMA

Pusingan 1:-
SK Putra Utama(15) VS SK Bukit Batu(2) 
SK Putra Utama(9) VS SK Bukit Ramun(4)
SK Putra Utama(4) VS SK Sinar Bahagia(5)

Pusingan 2:
SK Putra Utama (9) VS SK Murni Jaya (1)

Suku Akhir:-
SK Puta Utama (10) VS SKBandar Tenggara 1 (4)

Separuh Akhir:-
SK Putra Utama (8) VS SK Kulai Kampung Melayu (5)

Akhir:-
SK Putra Utama (8) VS SK Taman Kota Kulai 2 (4)



Netballers SKPU 2012 *ohhh cantik baju nokss!!




Nampak tak palitan becak tuh? Itu bermakna bermain dengan sesungguhnya!!

p/s: Tiba-tiba aku jadi glamour di kalangan jurulatih. Ohh saya cuma jurulatih picitannnn~

p/s/s: Sebelum pertandingan dah bermacam cerita ada. Sampaikan kisah perlawanan persahabatan dengan SK Bandar Putra pun sekolah di pedalaman tahu. Ohhh hebat nih! Gara-gara gol kemenangan 40 *sigh

p/s/s/s: Insya Allah empat orang netballers SKPU terpilih untuk peringkat negeri mewakili daerah Kulaijaya di Sekolah Sukan Bandar Penawar, Kota Tinggi.

p/s/s/s/s: GPK KOKO tak bagi aku pegang benda lain. Nampak gaya aku kena tolak pergi kursus SPBT. Alasan dia aku jurulatih team daerah Kulaijaya untuk peringkat negeri. Ehh aku tak hebattttlah~

1 makhluk comel yang memekak dekat sini:

Legendarian said... Reply To This Comment

wow..

http://www.legendnetball.com/