Tuesday, July 28, 2009

+CINTA+

Cinta itu seperti lukisan indah dan agung
berbahagialah yang pernah mendapatkannya
meskipun tidak abadi
..

Cinta tidak membuat dunia berputar, tetapi
Cinta inilah yang membuat perjalanan tersebut berharga..

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain
tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama..

Locengbukanlah loceng sebelum engkau membunyikannya
Lagu bukanlah lagu sebelum engkau menyanyikannya
Cinta di dalam hatimu tidak diletakkan untuk tinggal di sana
Cinta bukanlah cinta sebelum engkau memberikannya..

Nafsu adalah emosi
Cinta adalah pilihan
Cara untuk mencintai sesuatu adalah dengan menyedari
Bahawa sesuatu itu mungkin hilang..

Cinta adalah kunci utama yang membuka pintu kebahagiaan
Kekasih yang bijaksana tidak menghargai hadiah dari kekasihnya
Sebesar cinta dari si pemberi..

Jika anda ingin dicinta, mencintalah
dan jadilah orang yang layak dicintai..

Persahabatan sering berakhir dengan cinta
Tetapi cinta kadang berakhir BUKAN dengan persahabatan..

Kita harus sedikit menyerupai satu sama lain
untuk mengerti satu sama lain
Tetapi kita harus sedikit berbeza
Untuk mencintai satu sama lain..

Cinta yang belum matang berkata:
"Aku cinta kamu kerana aku perlu kamu"
Cinta yang sudah matang berkata:
"Aku perlu kamu kerana aku cinta kamu"

Cinta memasukkan kesenangan dalam kebersamaan
kesedihan dalam perpisahan
harapan pada hari esok dan
kegembiraan di dalam hati..

Siapa pun yang mempunyai hati penuh cinta
selalu mempunyai sesuatu untuk diberikan
Cinta sejati dimulai ketika tidak sesuatu pun
diharapkan sebagai balasan..

Cinta...
Jika anda memilikinya,
anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain

Dan jika anda tidak memilikinya,
apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti..

Cinta tidak dapat dipaksa
Cinta tidak dapat dipujuk dan digoda
Cinta muncul dari syurga tanpa topeng dan tanpa dicari..

Cobalah berfikir tentang cinta dan engkau pun
akan kehilangan fikiranmu..


nOta kHaki:asek2 cinta..mcm xde bnd laen jerk..

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: