salam peeps..sekarang nih aku maw memberi jawapan kepada rahsia cik yuna mengenai jamuan Jabatan PJ hari tuh..nak reply kat comment takut panjang sangat kan..so aku post entry kat blog aku jerklah ekh..
MENGENAI AYAM, IKAN DAN DAGING YANG TELAH DIPERAP TETAPI....
JAWAPAN:kami bertungkus lumus membersihkan ayam yang sedia keras dan kaku tidak bermaya yang kami temui di dalam freezer tuh..anda pon taw berapa banyaknya ayam2 itu kan..tenaga pekerja yang ada pada pagi itu pon tidak ramai..super duper junior hanya memerhatikan (senang cakap jadi MANDO) kami melakukan kerja..bila disuruh itu dan ini ada yang menarik muncung mulut itik..ada ke patut nih??
dan lagi bukan salah kami andai ketiga2 binatang itu membusuk..sepatutnya binatang2 itu dibakar awal..kami diberitahu pembakaran makanan lambat bermula..jika dibakar awal tentu binatang2 tersebut tidak akan busuk kan??mesti ada yang berkata kenapa tidak letak dalam freezer??weihh mangkuk!!kang nanti keras dan kaku lah semula binatang2 tuh kan????so dont blame us okay..kami hanya batu loncatan terhadap kerja MENGURUSKAN MAKANAN jamuan itu..harap maklum..
dan begitu juga tentang daging yang liat..kat kertas tuh pon tulis separuh masak kan..so kami watlah apa yang disuruh..xkan plak nak wat lebih2..kami menerima daging itu dalam keadaan yang kaku dan keras seperti ayam tadi..dan kami tidak melakukan sebarang perubahan terhadap daging tersebut..sama ada mengecilkan saiznya atau mengurangkan jumlahnya..senang cerita kami melakukan kerja berdasarkan arahan yang telah ditulis pada kertas itu..
nasib baik juga kami tidak keluarkan sosej daripada freezer itu..bayangkan apa jadi kalau sosej itu pon kami keluarkan awal??kami berada di dapur surau seawal 8 pagi sehingga 330 petang..cuba imagine betapa penatnya kami walaupun kerja di dapur tidak sepenat kalian berada di padang netball kan..kami bertindak mengikut arahan yang telah ditulis pada sehelai kertas..jadi di sini tidak ada pihak yang salah atau betul..kalau kalian maklumkan kepada si pembakar makanan supaya membakar awal tentu kejadian BUSUK tidak akan terjadi kan??pastinya orang lain akan bertanya siapa yang buat kerja2 tuh??dan jawapannya tentulah kami kerana orang taw kerja itu diserahkan kepada kami kan..dan yang bakal mendapat nama tidak elok juga adalah kami..sedangkan hal yang berlaku adalah sebaliknya....
sekian sahaja jawapan kepada rahsia cik yuna itu....
adios..amigos....
nOta kHaki:jamuan pada malam itu memang tersangat tidak best!!junior dengan selambanya blah apabila selesai makan..harapnya jamuan tahun depan (yang terakhir untuk batch 2007-2010) tidak akan menjadi sebegini lagi..xtawlah kalau ada orang nak boikot kan.. o_O
0 makhluk comel yang memekak dekat sini:
Post a Comment