Saturday, October 24, 2009

perlu ke saya amek taw semua tuh??

salam peep..fellas..hari ini saya merasa agak sedikit bengang tahap gaban dengan seseorang (bukan seseorang saja tapi berorang-orang) dan bukannya orang-orang di tengah sawah tuh..kenapalah dugaan ini yang saya dapat??bukan sekarang ini saja saya dapat dugaan itu, tetapi sejak daripada dulu lagi.. =(

saya merasa sangat sedih..kenapa saya perlu sedih??tidakkah setiap masa saya harus bergembira sahaja??oohhh..itu tidak patut..segembira macam mana pun saya, saya pasti akan bersedih juga..mungkin cara saya menunjukkan kesedihan itu berlainan dengan cara orang lain..mungkin....

orang melihat saya bergembira sahaja seperti tidak mempunyai masalah..walaupun saya keseorangan ke sana ke mari..saya tidak kisah semua itu..perlu ke saya ambil tahu apa yang orang fikir tentang saya??perlu ke??tolonglah jawab untuk saya.... ='(

apakah orang yang pada luarannya kuat, di dalamnya juga kuat??begitukah saya??saya rasa saya seperti itu..tetapi tidak setiap kalinya..bila saya sedih saya sendiri tidak tahu mahu lakukan apa..sudah pasti saya tidak akan melakukan perkara yang di luar kewarasan fikiran saya..kerana saya masih lagi mempunyai iman, akal yang waras dan mampu berfikir dengan sempurna..walaupun kadang kala ada suatu perasaan jahat yang cuba menghasut saya..

saya selalu meronda bersama nouvo saya bila saya sedih..saya tidak mampu untuk mengalirkan air mata apabila saya sedih..saya tidak tahu kenapa..saya akan mengalirkan air mata apabila saya teringat kepada abah dan emak saya..juga kepada nenek saya..ketika mengingati mereka baru saya akan mengalirkan air mata..begitu juga ketika saya menghadap ILAHI..saya hanya mampu mengadu kepada DIA..DIA yang memberi kekuatan kepada saya untuk menghadapi semua ini..saya redha dan tabah..

sekian sahaja untuk kali ini..


nOta kHaki:kadang kala saya tidak tahu apa yang saya rasa..seolah-olah saya seperti tidak mempunyai perasaan..

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: