Friday, October 23, 2009

pertanyaan untuk CINTA (~.~)

~Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
+Itu bukan Cinta, itu SUKA..

~Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
+Itu bukan Cinta, itu NAFSU..

~Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
+Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN..

~Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
+Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN..

~Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?
+Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN..

~Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
+Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA..

~Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
+Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN..

~Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
+Itu bukan Cinta, itu DUSTA..

~Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
+Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI..

Tetapi

~Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami.... menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
+ITULAH CINTA.

~Apakah kamu menerima kesalahannya kerana itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
+Jika demikian, ITULAH CINTA..

~Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
+Jika demikian, ITULAH CINTA..

~Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
+ITULAH CINTA..

~Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
+ITULAH CINTA..

~Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
+ITULAH CINTA..

~Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk kalbu?
+Yang demikian itulah namanya CINTA..

adios..amigos..


nOta kHaki:aku tidak mempunyai sebarang pertanyaan untuk cinta..kih3.. (O_o)

2 makhluk comel yang memekak dekat sini:

noah darham said... Reply To This Comment

khas untuk beast..menjawab x soalan smlm tuh??

noah darham said... Reply To This Comment

beast berkata :

hahaahha ni sindir ke?ok mnjawab soalan..dah sedar diri ni...heheheehe