Monday, January 18, 2010

iNgat LELAKI tak dE brEAst caNcer kE??


Info nih untuk bacaan umum, baik lelaki mahupun perempuan..tetapi isu fokusnya adalah kepada golongan LELAKI..yang perempuan pon boleh baca juga sebagai peringatan dan persediaan untuk masa hadapan..

*Sila baca sehingga habis tau*
Jangan kau ingat kau lelaki kau tak de penyakit nih yerk..

WALAUPUN anda seorang lelaki, kemungkinan untuk diserang barah payu dara tetap ada, apatah lagi jika anda obes dan lahir dalam keluarga yang memiliki sejarah penyakit itu.


Pakar Bedah Am, Hospital Damai Jalan Ipoh, Dr Chaw Kien Chee, berkata umumnya peratusan kes barah payu dara lelaki agak kecil iaitu satu peratus dalam semua kes barah payu dara.

Bagaimanapun, katanya kerana kebanyakan lelaki beranggapan barah payu dara itu penyakit wanita, ada yang tidak mempedulikan simptom yang ada pada mereka.

Justeru, katanya, apabila pesakit lelaki datang mendapatkan rawatan kebanyakan mereka sudah berada di tahap akhir.

"Simptom paling ketara adalah ketulan di payu dara. Disebabkan payu dara lelaki lebih dekat dengan dada, ia lebih mudah merebak berbanding barah payu dara yang menyerang wanita," katanya.

Dr Chaw berkata, lelaki memiliki sejumlah kecil tisu payu dara yang tidak berfungsi. Pada peringkat kanak-kanak tisu payu dara kanak-kanak lelaki dan perempuan hanya terdiri daripada struktur seperti tiub atau saluran yang dikenali sebagai puting susu.

Bagi perempuan apabila datang haid, ovari menghasilkan estrogen menjadikan saluran itu membesar dan kelenjar susu terbentuk di hujung puting itu. Lelaki pula, hormon testosteron menekan pertumbuhan tisu payu dara dan pembentukan kelenjar susu.

Justeru, payu dara lelaki selalunya kecil dengan puting yang tidak terbentuk dan sejumlah kecil lemak dan tisu.

"Lelaki yang diserang barah payu dara selalunya gemuk kerana golongan itu memiliki lebih banyak tisu pada payu dara," katanya.

Walaupun barah payu dara lelaki agak jarang berlaku tetapi Persatuan Barah Amerika meramalkan untuk tahun ini, 1,990 kes baru akan dicatatkan dengan 480 kematian dicatatkan.

Simptom barah payu dara antara lelaki dan wanita juga sama. Ada ketulan kecil di payu dara atau ketiak, lelehan daripada puting atau kulit di payu dara yang termasuk ke dalam membentuk lekuk.

INFO: Faktor risiko barah payu dara pada lelaki

Berusia

Memiliki sejarah keluarga yang didiagnos dengan barah payu dara

Terdedah pada rawatan radiasi

Penyakit hati yang kronik

Berhadapan dengan masalah hormon perempuan yang berlebihan (sindrom klinefelter)


Rawatan
Tiada beza rawatan barah payu daya sama ada untuk lelaki atau perempuan. Apa yang perlu ditekankan adalah pada tahap mana barah itu berada. Ada pesakit yang hanya memerlukan pembedahan kecil dan tanpa kemoterapi. Ada juga yang memerlukan rawatan kemoterapi dan terapi hormon.



*gambar nih sekadar ilustrasi saja..tak de kaitan dengan yang hidup, yang tengah sakit mahupun yang sudah mati..*



sudah faham sekarang??ingat yerk..barah payu dara bukan hanya untuk kaum wanita jerk..mungkin untuk lelaki kita boleh tukar nama penyakit nih..iaitu BARAH PAYU TERUNA..amacam??ada setuju tak??


nOta kHaki:jagalah kesihatan anda sebaik-baiknya..TUHAN dah bagi anugerah yang tak terhingga kepada manusia..so tolong please jangan abaikan kesihatan diri anda dan juga orang lain..pesanan ringkas ini disampaikan oleh cik noah..@_@


0 makhluk comel yang memekak dekat sini: