Sunday, May 02, 2010

derita ciptaanku..(**,) #1


salam dan selamat tengah hari ahad....


derita merindu..hhmmm..sekarang cik noah tengah layan lagu Ahli Fikir tuh..suka pada bait-bait lagu tuh..'engkaulah bahagia, engkaulah derita'..bila kita dah sayang kat seseorang..bila orang tuh dah menguasai akal dan fikiran kita..bila kita hanya mahu dia di hati..bila kita terlalu menyayangi dirinya hingga melupakan hakikat yang sebenar....bila kita tak dapat terima hakikat dia bukan milik kita....semuanya apabila kita mahukan dia kerana nafsu untuk memiliki..


apa cik noah merepek nih??huhuuu..hari nih mahu update tentang hati dan perasaan cik noah..glluupppp..perkara yang selalu cik noah ketepikan..perasaan ingin dimiliki yang selalu dipinggirkan..yang selalu disisihkan....hhmmm


kerana terlalu berpegang pada sebuah janji, aku telah mencipta derita sendiri..derita ciptaan aku yang telah menghukum diri aku sendiri..sedangkan insan itu tetap terus sedang bahagia..yaaa..kerana aku berpegang pada janji yang telah dimeterai..kerana aku tahu manusia itu dipercaya kerana berpegang pada janjinya..dan salahkah aku andai aku masih lagi terus berpegang pada janji yang telah kami meterai dulu??kerana aku mahu orang tahu bahawa aku boleh dipercayai kerana berpegang pada janji..salahkah aku??salahkan??


bukan niat aku untuk menuduh dia mungki janji..tapi perkataan apa lagi yang sepatutnya aku guna untuk insan itu??membina janji yang tak mungkin akan dia tepati..sedangkan aku bertahun memegang janji itu..dan dia sewenang-wenangnya melanggar perjanjian kami..tidakkah dia sedar aku tersiksa dengan janji yang kami cipta itu??apakah di fikirannya janji itu tidak penting??apakah aku ini hanya insan untuk dia meluahkan segala-galanya??dan apabila dia selesai meluahkan masalah aku tidak diperlukan lagi??


'bila kita dah jumpa orang yang terbaik untuk diri kita, jangan lupa bagitau sesama sendiri'..itulah janji keramat yang menyekat aku..apakah dia lupa pada janji itu setelah menemukan insan yang lebih baik daripada aku??aku terkontang-kanting..terpinga-pinga sendirian..hubungan yang dulunya akrab sekarang seperti sudah tidak mengenali..apakah susah bagi dirimu untuk berterus terang denganku??aku bukan meminta emas permata tetapi hanyalah sebuah penjelasan..kerana tanpa penjelasan aku tidak akan faham..kerana dengan penjelasan itu, baru aku tidak akan salah faham dengan dirimu..kerana selagi tanpa penjelasan darimu aku akan terus berpegang pada janji itu..yaaa..janji yang telah kita meterai pada waktu itu..


dan apakah aku bodoh masih bertahan pada janji itu??sedangkan kau bahagia dengan dirinya....


nOta kHaki:aku hanya berserah pada-NYA..~

0 makhluk comel yang memekak dekat sini: