Thursday, July 29, 2010

.Gila Gaduh Otak.

salam dan selamat tengah hari you all....

ND ada cerita nak share nih..apakah kaitan antara GILA, GADUH dengan OTAK??meh meh jom baca sampai habis dulu okeh..(d_b)


ada 3 orang sahabat bernama Gila, Gaduh dan Otak. Pada satu hari, si Gaduh hilang, Gila dan Otak mencari ke mana-mana tapi tak jumpa juga..last-last, diorang pon pergi lah balai polis..dan bermula lah dialog ini..


Polis: Ya encik boleh saya bantu?
Gila: Saya datang nak cari gaduh.
Polis: Awak ni gila ke?!! (sambil menengking)
Gila: Ya saya gila.
Polis: Ish awak ni tak de otak ke?!!!
Gila: Otak ada tunggu kat luar.
Polis: Awak ni memang nak cari pasal! (menahan marah)
Gila: Saya bukan nak cari pasal. Saya nak cari gaduh! Kawan saya yang hilang..!
Polis: ??!!*&^%$#

nOta kHaki:mak bapak janganlah letak nama anak-anak tuh pelik sangat..kan dah susah~

Wednesday, July 28, 2010

sorakan merdeka INTERNSHIP

salam dan selamat pagi you all..

masih lagi dekat sekolah menghabiskan sisa-sisa INTERNSHIP yang berbaki lagi dua hari..ohhh..lama sangat nih nak tunggu 30 Julai..please....ND dah tak larat nak hadap kerenah orang pendek tuh..uhukk....

hanya Tuhan jerk yang tahu apa yang ND rasa..sebulan bagaikan setahun menghadap kerenah dan perangai dia yang entah apa-apa..nak mengajar orang laen tapi diri sendiri pon tak betul..huhhh..macam nihlah kan manusia..ND pon manusia juga..tapi masing-masing kenalah sedar diri sendiri kan..nih dah sampai tahap menyusahkan orang apa cerita beb??

dari mula sampai habis semua ND dan partner yang buat..dia??lenggang pak pandir plak..datang tengok daripada jauh..tak suka tak berkenan tahu komen jerk..nak suruh ND mengajar ikut style kau..ewah2 nih..kau ngajar kau punya stylr lah..ND ngajar ND punya style lah kan..tak kan nak kena sama plak??weihh..budak-budak tuh pon tak suka kau ngajar tahu??

sepatutnya projek INTERNSHIP ND dah habis minggu lepas..tuh pon kalau ikut perancangan awal ND dengan partner..tapi disebabkan kau dah spoil kan semuanya satu projek dah tertangguh!!!!FTW betul nih..ND nak menyenangkan semua orang orang buat kerja..tapi kau dah menyusahkan ND dan juga budak-budak tuh..bila hujan ND dengan partner sanggup redah hujan naek motor..kau boleh bagi alasan hujan tak boleh datang..perghh....ayat kau memang tak boleh blah kan??macamlah kau tak de tayar empat tuh..saja nak kenakan kita orang kan??huhhh..tak pe..tak pe..ND kena berfikiran positif..*oohhh positiflah sangat kan bila kau dah buat macam-macam yang menyusahkan kita orang*

dan petang nih ND dengan partner kena settlekan projek tuh yang sepatutnya bermula semalam..kau lah kan nak sangat buat bola baling..dari kertas kerja sampailah uruskan budak-budak semua lepas kat kita orang..huhh..bajet macam kita orang berdua punya tenaga nih macam 20 orang punya tenaga ke??mana nak urus budak, cari budak, beli hadiah..kau cuma tahu bagi arahan..kamu kena buat macam nih..kamu tak boleh buat macam tuh..ohh..bagi arahan memang senang..tapi cuba meh tengok kau buat apa yang bagi arahan tuh..

nak marah pon tak guna juga..ND cuma bersabar jerk..kalau ND tak suka memang ND akan tunjuk muka tak suka betul depan kau..rasanya kau pon perasan muka ND macam mana kalau jumpa buat kolaborasi dengan kau..kalau ikut hati memang tak hingin ND jumpa buat kolaborasi dengankau tahu tak..tapi sebab ND profesional ND blahkan jerk rasa tak puas hati tuh..kasihan partner..sampai dah tak boleh nak buat muka bila kau suruh kita orang buat macam-macam..HJ punya orang~




*geramkah ND??huhhh..tak dapat digambarkan dengan gambar nih*


nOta kHaki:hujung minggu nih nak pergi shopping..kasi release kepala otak nih..

Monday, July 26, 2010

.ayat tersirat NOAH....ehh bukan..ayat tersirat PEREMPUAN. (dan memang ayat ND pon)

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak perempuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak perempuan tu?


Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!


Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yerk.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.


Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picitkan kepala I.


Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jerlah. Lepas tu, tolong basuh kain baju sekali okeh.


Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak faham-faham lagi ke?


Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you jerk.


Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.


Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.


Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


nOta kHaki:ND paling suka bab makan tuh..kui3

Monday, July 19, 2010

.SEMPURNA.

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula
ke dalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
Ketajaman mata kail kamu dan
mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup


Begitulah juga
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya
Selagi dia masih mengingati kamu


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan
menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu
Menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja


Begitulah juga
Jika kamu sedang memiliki seseorang TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
mengganggapkan dia begitu istimewa
Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu
Akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana
Kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT
Mengapa kamu berlengah lagi
Cuba mencari makanan yang lain
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri
Dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL


Begitulah juga
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU , MENGASIHIMU , dan MENCINTAIMU
Mengapa kamu berlengah lagi
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, dia akan BERJAUH HATI
Dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi


Janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
Serta BERSYUKUR dengan apa yang kita MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …
itu lebih BERMAKNA !


nOta kHaki:ND sedang bahagia dengan YY..terima kasih tuhan untuk bahagia itu~

Thursday, July 15, 2010

.surat romantik daripada bekas kekasih.

salam dan selamat sejahtera you all..

malam nih ND ada bedtime story..sesiapa yang agak-agak nak tidur tuh mehlah jom baca cerita sedih ND nih..

layannnnnn....

tersebut alkisah,

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan syahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stalagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang ku tempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, di sini, di atas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik di hadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

nOta kHaki:surat cinta nih ND ambil dekat sini..ohhh sadis sungguh!!

Sunday, July 11, 2010

.cinta ALLAH dan cinta MANUSIA.

cinta ALLAH suci tulus sehingga ke mati,
cinta MANUSIA selalu berakhir dengan benci....


cinta ALLAH menyubur ketaqwaan,
cinta MANUSIA penuh dengan kemungkaran....


cinta ALLAH tinggalkan larangan-Nya,
cinta MANUSIA meninggalkan syariat-Nya....


cinta ALLAH menyegarkan keimanan,
cinta MANUSIA mengikis keimanan....


cinta ALLAH menambahkan keimanan,
cinta MANUSIA menambahkan kelalaian....


cinta ALLAH meredhai ujian,
cinta MANUSIA meredhai kemaksiatan....


cinta ALLAH sepanjang masa,
cinta MANUSIA sekejap ada, sekejap tiada....


cinta ALLAH diiringi rahmat dan kurniaan,
cinta ALLAH bersulamkan keredhaan dan keampunan,
cinta MANUSIA meresahkan perasaan....



*credit picture to google*

Thursday, July 08, 2010

orang KURANG PANDAI dengan orang terLEBIH PANDAI

bismillahirrahmanirrahim....

sebelum anda meneruskan pembacaan, silalah banyak-banyak bawa bersabar okeh..

*orang KURANG PANDAI
-pakai credit card sampai maksimum lepas tuh tak boleh bayar (berlagak macam orang banyak duit!!)
*orang terLEBIH PANDAI
-pakai credit card tapi orang lain yang bayarkan (maknanya pakai kad klon nih)


*orang KURANG PANDAI
-ada motor tapi pergi kerja nak naik LRT (ini kes sebab suka 'bergesel')
*orang terLEBIH PANDAI
-tak de motor, tak de kereta, dan tak de LRT juga..tapi ada otak (kes suka menumpang kereta atau motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak)


*orang KURANG PANDAI
-company dah sediakan nescafe, milo, biskut dan bla bla bla tapi pergi juga minum kat kafetria..kena bayar plak tuh..
*orang terLEBIH PANDAI
-tak minum dekat kafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut dan bla bla bla angkut bawa balik rumah!!!!


*orang KURANG PANDAI
-beli surat khabar sebab nak tengok nombor ekor jerk..lepas tuh buang..
*orang terLEBIH PANDAI
-tunggu orang KURANG PANDAI buang surat khabar lepas tuh kutip..dapat baca semua part lagi!!


*orang KURANG PANDAI
-kentut kuat-kuat dekat office dan bangga dengan keharuman baunya..
*orang terLEBIH PANDAI
-kentut senyap sunyi (tak de bunyi)..tapi baunya mak aiiii..boleh buat unta sakit perut!!tak pon koma sejam dua..lepas tuh siap bermati-matian salahkan member sebelah (teka siapa member sebelah tuh??si KURANG PANDAI yang kentut kuat tuhlah!!)


*orang KURANG PANDAI
-bila ada masalah cerita dekat orang terLEBIH PANDAI..
*orang terLEBIH PANDAI
-dengar masalah orang KURANG PANDAI lepas tuh cerita dekat orang KURANG PANDAI yang lain..kemudian memperbodohkan orang KURANG PANDAI tuh..jadinya orang KURANG PANDAI yang pertama tuh jadi KURANG PANDAIS (plural nih)


haaa..nih yang terakhir plak..

*orang KURANG PANDAI
-orang yang memperuntukkan masa untuk membaca artikel nih (O_o)
*orang terLEBIH PANDAI
-orang yang post artikel nih untuk orang laen baca (ND lah tuh kan!!)



*orang KURANG PANDAI = stupid = bodoh*





*orang terLEBIH PANDAI = clever = cerdik*

you all semua jenis yang mana ntah??sila buat pilihan dengan tepat okay..ND tak mahu anda menyesal di kemudian hari, bulan dan juga tahun..ada kaitan kah??lantakkk~


nOta kHaki:minta ampun minta maaf..tiada niat nak mengguris sesiapa..~.~

aduhai cinta....milik siapa??makhluk atau pencipta??

salam dan selamat tengah hari you all..

malam tadi ND pergi dengar forum perdana kat dewan indera kayangan..tajuk yang sangat best - ADUHAI CINTA....MILIK SIAPA??MAKHLUK ATAU PENCIPTA??..barisan panel terdiri daripada Ustaz Hashim bin Othman Al-Hafiz, Tuan Haji Roslan bin Che Ros dan juga Tuan Sheikh Ahmad Faisol..

macam terkejut jerk kan ND pergi dengar forum perdana..kui3..siap berbaju kurung ungu berbunga pink lagi..haaa..siapa yang cakap ND nih jahat telahan anda silap!!nampak jerk luaran ND agak nakal..tapi dalam baek taw..kan dah mula perasan lagi nih..(O_o)

rata-rata penonton forum malam tuh perempuan..lelaki yang datang tak seramai perempuan..kenapakah??ND datang bukan sebab siapa-siapa..tapi memang sebab ND nak dengar forum tuh..banyak gak input yang ND dapat..walaupun mata semakin kuyu seiring dengan bertambahnya masa tapi gagahkan juga dengar apa yang ustaz-uztaz tuh cakap..tapi akhirnya forum belum habis ND dah balik bilik!!!!mengantuk gila beb..lagi pon kerja ada lagi yang tak siapa..si JEJAKA TINGGI pon balik lambat sebab tunggu forum sampai habis..

antara input yang ND dapat ialah:

1) macam mana nak bezakan pasangan yang dah kawen dengan belum kawen..
caranya tengok bila mereka naik motor..selalunya pasangan yang haram nih naek motor memang melekat habis..silap-silap boleh naek motor tuh 4 orang..dan pasangan yang halal nih plak kalau naek motor macam batu nisan..kenapa batu nisan??sebabnya batu nisan kan berjarak..itulah analoginya..sepatutnya pasangan yang haram nih kena naek motor duduk style batu nisan bukan macam kena gam..lagi bagus kalau naek motor asing-asing..itu yang terbaekkkkkk~

itu jerklah yang ND ingat tentang forum tuh..yang paling melekat dalam kepala..yang lain-lain tak berapa nak ingat plak..ustaz tuh siap cerita pasal Hassan Al-Basri lagi..siapa yang tak tahu cerita Hassan Al-Basri sila tanya kepada ustaz atau ustazah anda yerk..ND malas mahu menjadi ustazah bercerita dekat sini..lain kali mungkin , insyaALLAH..

kenapa ada forum kat IPGKP??sebabnya sekarang nih BULAN PENGHAYATAN ISLAM PERINGKAT IPGKP..tuh yang ada macam-macam program..hari sabtu nih ada PGPI GIRLS DAY plak..ND mungkin nak memalaskan diri daripada melibatkan diri..sebabnya mahu menyelesaikan tugasan AR yang sedang menanti untuk dibuat taw..ingat kerja ND sikit ker??siapa yang nak tambah kerja ND lagi, siap sedialah..sebab ND akan serang dengan berdas-das tembakan maut!!!!hahaaaa

okeh..sekarang waktu untuk balik..perut pon sudah berbunyi..niatnya mahu puasa sunat tapi batuk nih menyesakkan dada..so ND post pone puasa sunat tuh bila batuk dah reda sikit..





*cinta sebelah mata..ahak..ahak*


nOta kHaki:cinta ND hanya untuk DIA....si JEJAKA TINGGI kamu di bawah carta tertinggi~

Wednesday, July 07, 2010

saya rindu mereka....tersangat rindu!!!!

salam dan selamat maghrib....

erkk..sempat lagi time maghrib nih ND nak update blog..huhhh..setan-setan sedang berkeliaran di luar bilik..sebab tuh ND masih terpacak depan lappy nih..selalu *rasa macam kadang-kadang jerk* time maghrib nih ND pergi surau..tapi disebabkan internship selalunya excuse..kui3..pergi surau pon boleh kira masa gak ekh..hampeh ND nih..tapi nanti time bulan ramadhan gerenti insyaALLAH hari-hari ND pergi..kenapa bulan puasa jerk rajin??bulan tak puasa malas bukan kemaen lagi..

tadi sedang ND menjelajah ke folder-folder lama tetiba terjumpa gambar dengan classmates time muda belaka dulu..ihikkk..sekarang dah tak berapa nak muda sangat..masing-masing pon dah besar..siap ada yang bertambah dan berkurang isi dan lemak lagi..ND??mestilah berkurang isi dan lemak..hak3..*kau memang kuat perasan*






nih gambar masa kita orang tahun pertama degree, semester 2..masa nih buat trip pergi muzium anatomi dekat UKM, pastu pergi Pusat Perkembangan Kurikulum..selebihnya kita orang berjalan..kebetulan baru naek cuti semester..agak kaya dengan duit time tuh..dan sale masih lagi berleluasa..maka memang tak rugi kita orang pergi trip dekat KL tuh..banyak gaklah duit terbakar..kui3..

budak perempuan kelas ND tak ramai cuma 5 orang jerk..kelas PJ manalah perempuan nak ramai kan..dalam kelas ND 1 perempuan nisbah 3 lelaki..kalau time buat assignment memang parah budak perempuan..perempuan buat itu perempuan buat ini..lelaki??cuma present jerk apa yang budak perempuan buat..tak ke hampeh macam tuh..sebab tuh budak perempuan terutama ND tak berapa minat nak satu group dengan budak lelaki..tapi sebenarnya sangat best bila satu group dengan budak lelaki..tak payah susah-susah ND nak present..saja nak mengelat simpan suara..takut nanti lecturer tanya tak boleh nak jawab..ahakss..kan dah kantoi..







haaa..yang nih plak masa buat sukan rekreasi dekat pulau pangkor..time nih masa pre-degree semester 3..ohhh..ND sangat rindukan saat-saat bersama dengan classmates..sungguh!!!!dengan perangai yang gila-gila dan happy go lucky..terubat segala kerinduan kat family bila bersama dengan mereka..isk..isk..isk







yang nih plak hari terakhir semester 3 pre-degree..time nih semua agak bulat dan berisi..ND pon apa kurangnya..bulat tang pipi noooo..tang lain tak bulat lagi..sekarang dah kurus banyak..ahakss....agak perasan di situ..weih..ND memang suka memperasankan diri sendiri..macam tak de kerja laen kan..nihlah namanya mencari kerja..asal ND tak ganggu orang laen sudahlah..

memasing muka skema nak bagai..sekarang dah semester 8 tak de makna nak skema macam dahulu kala..lagi perangai macam apa ntah..sampai dah lecturer cop 'jaga-jaga dengan budak semester 8'..oohhh..what the fish....terasa macam budak semester 8 nih besar kepala sangat ke??pada hal yang selalu membuat onar bukan budak semester 8..sebab kami dah jadi senior maka segala benda yang kurang elok tuh semuanya senior yang buat ke??nih kira senior dah baiklah tak buli taw..

sekarang dah tak macam dulu lagi..bila masing-masing dah besar, dah ada yang jadi outsider maka hubungan kita orang dah tak serapat dan sengam macam dulu lagi..uuhhhh..ND tak suka macam tuh!!!!


SAYA MENCIKK BILA KELAS KAMI DAH TAK SEBULU DAN SENGAM MACAM DULU!!!!


nOta kHaki:sekejap jerk masa 5 tahun tuh berlalu..sedar tak sedar sekarang dah semester 8..tahun depan masing-masing entah ke mana hala dan tujuan....;(

Sunday, July 04, 2010

kemenangan dan kehitaman (O_o)

salam dan selamat pagi hari ahad....

ND masih lagi dalam mood kepenatan..semalam sampai kat bilik lebih kurang pukul 11.30 malam..gila penatlah..Karnival Sukan 1 Malaysia dekat IPG Kampus Pulau Pinang sangat best..lagi best bila team IPG Kampus Perlis balun 3 emas untuk netball, volleyball perempuan dan juga football..volleyball lelaki dapat perak..*tepuk tangan banyak-banyak*

kira hebat juga team IPG Kampus Perlis nih kan..paling tak sangka team bola sepak..rasanya sejak ND join team netball, team football tuh tak pernah dapat emas..KAGUM dulu pun teruk gak kena balun dengan team lain..cuma 5 IPG jerk yang join karnival tuh..yerlah..sebab kita orang IPG utara..so IPG dekat utara jerklah yang join kan..

yang sangat kelakar netball punya game..kebanyakan pengadil terdiri daripada student..cuma perlis jerk yang hantar profesional punya pengadil..siapa lagi kalau bukan puan mariani yang mulut dia macam petir tuh..kui3..faham-faham jerklah kalau dah student jadi pengadil..kalau pengadil tuh ada kelayakan tak pelah gak kan..first game dah huru hara..better lagi kalau ND jadi pengadil..walaupun tak de lagi kelayakan tapi ND berkebolehan..eheee..perasan sudah..amek kau!!

bila perempuan main netball, habis segala emosi pun turut terlibat..dengan pengadil yang buat keputusan ikut cakap coach pihak lawan..perghhh..tak boleh blah betul pensyarah tuh..bajet kau pengadil plak..kalau pengadil tak blow wisel maknanya dia tak nampaklah kesalahan tuh..kau sibuk-sibuk plak kan nak jadi pengadil tambahan kat tepi tuh..yang paling tak best kau tuh lecturer lelaki..mengalahkan lecturer perempuan plak bisingnya..adehhh..tuh belum lagi dengan player yang emo nak mampus..agak-agaklah kot kalau jadi defender..kau macam tak faham plak rules maen netball..netball tuh permainan yang tak de contact tahu tak..haaaa..kan ND dah start jadi cikgu nih..dah tuh nak marah-marah supporters kat tepi padang..apa kes nih??kau yang emo lebih sangat..last-last team kau kalah....haaa..kan dah padan dengan muka..kau main habis-habisan pon akhirnya kau jadi cikgu juga..bukan join karnival tuh siapa menang dapat jadi atlet negara..HJ betul kau nih ekh..

okay2..ND malas nak tulis panjang-panjang lagi..sekarang ND masih menunggu gambar-gambar untuk diuploadkan..nanti dah ada ND buat entry laen ekh..sekarang masa untuk mengemas barang..esok nak pergi sekolah buat internship plak..

nOta kHaki:kerana demam netball, ND pun turut demam gak..uhukk..uhukkk

Thursday, July 01, 2010

ND nih perigi??how dare you!!!!

salam dan selamat pagi you all..

hari n ih hari keempat semester lapan..tersangat lega baru ada kelas..dua hari pertama sangat membosankan sebab tak de kelas..duduk kat bilik pon sampai mati akal tak tahu nak buat apa..at least bila ada kelas terhilang sekejap kebosanan yang mula melanda jiwa dan akal..kui3..ayat tak boleh blah betul..yerlah dah semester lapan..kenalah skema sikit..perlukah????

ada apa dengan tajuk entry di pagi hari khamis nih??spesialkah??mungkin kot..tetiba mendapat akal nak post entry pasal kejayaan pertama ND mengurat lelaki..kui3..ND nih dah join kelab PCT ke??weihh mangkuk tingkat..apa ke benda PCT tuh??hahaa..PCT tuh PERIGI CARI TIMBA lah samdol..ada faham sudah??tak faham sendiri buat-buat faham ekh..tak kuasa ND nak terang lebih-lebih..membazir air liur jerk.. (O_o)

beginilah ceritanya bermula..tapi sebelum tuh ND kenalkan watak-watak utama dalam cerita nih....


*nih watak utama iaitu ND sebagai timba yang comel..baru teringat masa kecik-kecik ND ada anak patung nih..cumey~*


*nih watak hero iaitu YY..tapi dia bukanlah seperti ini..hanya gambaran sahaja..incik YY lebih baik daripada ini..kan nih cerita perigii cari timba..tak kan ND nak letak tong gas cari api kan..*

masa bulan April (kalau tak silap) ND sesaja lah usha junior ND..sesaja nak test market ND nih boleh ke tak nak mengurat lelaki..asyik lelaki jerk kan yang ngurat ND..kali nih dengan azam yang menggunung, padukan tekad nan waja *cehhh..over plak sampai nak menyanyi nih* ND pon trylah usha sorang mamat nih..memula tuh tak delah niat nak usha sangat pon..cuma nak kacau-kacau jerk..alahhh..bajet ND mood gedik time tuh..kunun-kunun nak mereleasekan tension praktikum dan exam..kunun jerklah..

tak sangka plak daripada usha-mengusha, ngurat-mengurat akhirnya tertangkap cintan+jiwang plak dengan ND..aisehhh..siapa nak sangka kan..walaupun beza umur 2 tahun..ada aku kesah??korang nak kesah silakan lah..ND sikit pon tak hairan okeh..nak kata ND nih perigi cari timba ke, gatal ke apa ke ND tak kesah..asalkan ND tahu apa yang ND buat..salahkah perempuan mengurat lelaki??rasanya tak de undang-undang dalam dunia yang menjatuhkan hukuman kepada perempuan yang mengurat lelaki kan..cuma mungkin kurang manis kot..lelaki dikatakan gentleman mengurat perempuan..kalau perempuan mengurat lelaki dikatakan apa plak??gentlewoman??macam tak sesuaiiii jerk..

okah..secara jujur dan gediknya *tersipu-sipu menahan malu* ND suka dengan dia..dengan dia ND sudah berjaya menghalau beberapa TIMBA yang selalu menambahkan beban kepada ND..dan ND juga berjaya menahan diri daripada melayan TIMBA-TIMBA yang agak berusia dan ganyut tak ingat dunia tuh..huhh..banyak gak TIMBA-TIMBA yang singgah dalah hidup ND yerk..eheee..

pesanan penaja kepada incik YY..

cik ND tak mau orang laen lagi dah..YY mungkin bukan orang yang pertama tapi ND harap YY adalah orang yang terakhir..dan yang teramat specialnya, YY adalah lelaki pertama yang ND ngurat yerk..eheee..jangan cuba-cuba nak kata ND miang keladi~semoga hubungan ini diberkati olehNYA..aminnnn

nOta kHaki:kepada sesiapa yang tak suka tolong blah okeh!!!!